Selasa, 11 Disember 2012

PERINGATAN MENGENAI PENGGUNAAN KEMUDAHAN PERALATAN PEJABAT OLEH PEGAWAI DAN ANGGOTA KERJA KRAFTANGAN MALAYSIA

SUMBER : BLOG KETUA PENGARAH KRAFTANGAN MALAYSIA.

Saya ingin mengingatkan kepada semua anggota kerja Kraftangan Malaysia untuk mematuhi Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 5 Tahun 2007 – Panduan Pengurusan Pejabat di mana Pekeliling tersebut menyediakan garis panduan mengenai tatakelakuan penjawat awam termasuk menggunakan kemudahan pejabat hanya bagi tujuan rasmi sahaja dan adalah menjadi satu perlanggaran peraturan jika ianya disalah gunakan untuk urusan peribadi. Senarai kemudahan peralatan pejabat adalah sebagaimana berikut :

                        a) Kenderaan (contoh : kereta, motorsikal)
                        b) Peralatan Audio Visual dan Multimedia 
                            (contoh : kamera, speaker)
                        c) Peralatan ICT (contoh : computer, pencetak, pengimbas)
                        d) Peralatan Pejabat
                            (contoh : mesin faks, fotostat, binding, perincih)
                        e) Peralatan telekomunikasi (contoh : telefon)
                        f)  Peralatan sukan
                        g) Alat tulis

Tindakan tatatertib boleh diambil sekiranya didapati pegawai atau anggota kerja yang menyalahgunakan kemudahan pejabat. Perbuatan ini  adalah bertentangan dengan Peraturan 3, Bahagian II, Jadual Kedua Akta Badan-Badan Berkanun (Tatatertib dan Surcaj) 2000 yang menyatakan seperti berikut :

             “4 (2) Seseorang pegawai tidak boleh –
( c ) berkelakuan dengan apa-apa cara yang mungkin menyebabkan syak yang munasabah bahawa –
(ii) dia telah menggunakan kedudukan awamnya bagi faedahnya sendiri”

Diharap semua anggota kerja mengambil maklum dan melaksanakan urusan pejabat dengan penuh integriti, cekap dan berkesan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan