Jumaat, 28 Jun 2013

PROMOSI KERJA KAHWIN 2013

Kraftangan Malaysia telah menganjurkan Promosi Kerja Kahwin mulai 19 Jun hingga 1 Julai 2013. Promosi Kerja Kahwin yang bermula dari 10 pagi hingga 10 malam pada kali ini mengetengahkan kepelbagaian penggunaan produk kraf tempatan dalam majlis perkahwinan. Majlis Sidang Media telah diadakan pada 24 Jun 2013 (Isnin) dan telah disempurnakan oleh YB Dato' Seri Mohamed Nazri Tan Sri Abdul Aziz, Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia. 

Antara acara menarik sepanjang promosi berlangsung termasuk majlis persandingan  beramai-ramai, peragaan fesyen pengantin kraf tekstil Malaysia, manifestasi perkahwinan Malaysia, pertandingan seni perkahwinan Malaysia, rewang Pengantin dan bual bicara dekorasi & hiasan perkahwinan.










Selasa, 11 Jun 2013

LAWATAN BERPANDU SEMPENA PROMOSI KERJA KAHWIN 2013

Kraftangan Malaysia, agensi di bawah Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan (KPK) akan menganjurkan Promosi Kerja Kahwin 2013 yang akan bermula pada 19 Jun - 1 Julai 2013, jam 10.00 pagi hingga 10.00 malam di Kompleks Kraf Kuala Lumpur, Jalan Conlay. 

Pelbagai aktiviti menarik diadakan sepanjang Promosi Kerja Kahwin 2013, seperti jualan produk kraf, pameran produk baru, demonstrasi kraf, interaktif kraf, manifestasi perkahwinan Malaysia serta demonstrasi masakan kuih tradisional. Promosi ini melibatkan sejumlah 250 orang usahawan dalam bidang kraf dan perkhidmatan perkahwinan yang menyediakan perkhidmatan tempahan majlis perkahwinan dan penyajian. 

Kraftangan Malaysia menjemput semua rakyat Malaysia yang berminat untuk menyertai Lawatan Berpandu Berkumpulan untuk mengisi borang di link berikut. Sebarang pertanyaan lanjut, boleh hubungi urus setia di talian 03-2161 1480 / 03- 2161 3793.