Isnin, 20 Mei 2013

ARTS FOR THE WORLD


Aktiviti ini merupakan Acara Kompleks yang  dirangka dan dirancang bagi mempromosikan serta memeriahkan Kompleks Kraf Kuala Lumpur (KKKL) sebagai destinasi pelancongan utama di bandaraya Kuala Lumpur. Ini adalah bertujuan sebagai menghargai sumbangan mereka yang telah lama berkecimpung menghasilkan karya seni dan kraf yang menjadi salah satu produk kepada KKKL.

Arts for the world merupakan tema bagi acara ini. Konsep ini diambil dengan menggambarkan seni yang universal dan diterima ramai. Antara acara menarik menanti pengunjung :
  • Lelongan Amal Karya Seni (Acara Khas)
  • Pameran Karya Seni
  • Bazar Karya Seni
  • Interaktif Kraf /Lukisan
  • Expatriate Buying Mission
  • Live Sketches
  • Aktiviti bersama pelajar sekolah/IPTA/IPTS
  • Seni Santai Jalanan (Persembahan Kesenian)
  • Jualan Makanan Ala Warung – Malaysian Hawker Stall
24 – 27 Mei 2013, 10pg- 6ptg di Kompleks Kraf Kuala Lumpur. JANGAN KETINGGALAN! 

Selasa, 14 Mei 2013

PERTANDINGAN KUCING PERINGKAT KEBANGSAAN

Pakcu Cat dengan kerjasama Kraftangan Malaysia akan menganjurkan Pertandingan Kucing peringkat Kebangsaan pada 18 Mei 2013 (Sabtu) di Kompleks Kraf Kuala Lumpur.
Orang ramai djemput hadir bagi menyaksikan aksi-aksi kucing comel ini bertanding. 
Masuk adalah PERCUMA! Jangan ketinggalan


Khamis, 9 Mei 2013

SEPETANG BERSAMA PENGKARYA SENI DAN USAHAWAN KRAF


Satu sesi perbincangan  bersama pengkarya seni  dan usahawan kraf yang menyewa premis Kraftangan Malaysia di Perkampungan Pelukis dan Perkampungan Kraf telah diatur oleh  Kompleks Kraf Kuala Lumpur  pada 16 April 2013 ( Selasa ). Perjumpaan bersama pengkarya seni dan usahawan kraf adalah untuk membincangkan aktiviti-aktiviti yang boleh dijalankan bersama bagi memeriahkan Kompleks Kraf Kuala Lumpur sebagai destinasi pelancongan yang ‘patut dilawati’.

Diantara aktiviti-aktiviti yang telah dicadangkan semasa perbincangan adalah Pameran Dan  Jualan Amal   Karya Seni, Pameran Dan Jualan Produk Kraf, Bicara Seni, Demonstrasi Kraf dan Seni, Aktiviti Interaktif Kraf, Expatriate Buying Mission, Pertandingan Seni yang melibatkan pelajar sekolah, Art Workshop, Persembahan Kebudayaan dan Demonstrasi Makanan Ala Warung. Aktiviti ini adalah dicadangkan untuk dilaksanakan pada bulan Mei, Jun dan September. Kepada semua peminat seni dan kraf nantikan aktiviti – aktiviti yang menarik ini julung kali diadakan sekita bulan Mei ini. 





LAWATAN : SRK BEACONHOUSE SERI INAI, PJ


LAWATAN SEKOLAH RENDAH KEBANGSAAN BEACONHOUSE SERI INAI, PETALING JAYA

Seramai 80 orang pelajar Sekolah Rendah Kebangsaan  Beaconhouse Seri Inai , Petaling Jaya telah mengadakan lawatan di Kompleks Kraf Kuala Lumpur pada 9 dan 10 April 2013. Lawatan ini adalah bertujuan untuk mendapatkan maklumat berkenaan perkembangan seni kraf seramik .  Lawatan ini bertepatan  dengan Pameran Seni Kraf Seramik yang diadakan di Muzium Kraf yang mempamerkan perkembangan perusahaan seni kraf seramik yang mencakupi sejarah, asal usul, bahan, proses dan teknik pembuatan, reka bentuk dan reka corak seramiktradisional dan kontemporari. Pameran ini mampu mendidik serta member maklumat yang begitu berharga kepada para pelajar ini yang menjadi pelapis kepada seni warisan budaya.

LAWATAN : IFLA



LAWATAN  PRESIDEN INTERNATIONAL FEDERATION OF LIBRARY ASSOCIATIONS AND INSTITUTIONS (IFLA)  KE KOMPLEKS KRAF KUALA LUMPUR

Kompleks Kraf Kuala Lumpur  (KKLW) telah menerima kunjungan rasmi daripada Presiden International Federation Of Library Associations And Institutuions (IFLA) , Ms. Ingrid Parent pada 24 Mac 2013. Lawatan rasmi ini bersempena dengan 21st Conference of Directors of National Libraries  in Asia Oceania (CDNLAO) yang berlangsung pada 25 hingga 29 Mac 2013 yang dianjurkan oleh Perpustakaan Negara Malaysia.

Kunjungan rasmi daripada delegasi luar Negara serta minat mereka terhadap produk kraf tempatan membuktikan produk kraf tempatan telah diterima oleh masyarakat luar . Hal ini sekaligus membantu Kraftangan Malaysia dalam mempromosikan produk kraf tempatan hingga ke persada antarabangsa.







LAWATAN : IDFR


LAWATAN PESERTA DIPLOMA IN DIPLOMACY (DID),  INSTITUT DIPLOMASI DAN HUBUNGAN LUAR NEGERI (IDFR), KEMENTERIAN LUAR NEGERI

Kompleks Kraf Kuala Lumpur telah menerima lawatan daripada para peserta Diploma In Diplomacy (DID), Institut Diplomasi dan Hubungan Luar Negeri , Kementerian Luar Negeri.  Kunjungan ini telah diadakan pada 25 Mac 2013 yang melibatkan seramai 21 orang peserta. Para peserta ini merupakan bakal diplomat yang akan berkhidmat di luar Negara setelah tamat pengajian.

Melalui kunjungan serta lawatan ini dapat memberi  pendedahan kepada para peserta dalam membentuk hubungan diplomasi dalam dan luar Negara serta mampu memartabatkan warisan dan budaya bangsa hingga ke persada dunia.