Isnin, 20 Mei 2013

PAMERAN DAN JUALAN KARYA SENI - ARTS FOR THE WORLD


Arts For The World merupakan tema bagi program pameran dan jualan karya seni dan karya kreatif kraf yang dihasilkan oleh artis-artis perkampungan pelukis dan perkampungan kraf, Kompleks Kraf Kuala Lumpur. Seramai 18 orang pelukis terbilang dan 9 orang artis kraf berpengalaman mengambil bahagian di dalam program ini. Kejayaan mereka menghasilkan karya lukisan yang diterjemahkan melalui media kanvas dan teknik catan merupakan ilham cipta yang asli dan setiap karya mempunyai identiti tersendiri. 

Produk kraf artistik dihasilkan oleh karyawan perkampungan kraf merupakan manifestasi identiti tersendiri termasuk ukiran 3 dimensi dan figura seperti burung hantu, hidung, parang menggunakan media kayu terbaik seperti raja kayu, kemuning hitam, tulang dan sebagainya. Begitu juga dengan karya seramik studio pottery yang menampilkan reka bentuk 3 dimensi.

18 orang artis dan 9 orang artis kraf yang berpengalaman dan berkemahiran melibatkan diri dalam bidang masing masing secara sepenuh masa dan mengetahui selok belok tentang hasilan kerja yang mereka lakukan. Kebanyakan daripada mereka pernah mengadakan pameran solo di dalam dan luar negara, memenangi beberapa pengiktirafan dan anugerah, menjadi tenaga pengajar kepada pencinta seni dan komited dalam kepakaran masing-masing. 

Semua ini dikumpul dan dipamerkan pada pameran dan jualan karya seni dan karya kreatif kraf bermula pada 24 - 27 Mei 2013 (Jumaat-Isnin) 10.00 pagi - 6.00 petang

Acara menarik seperti pameran lukisan berkonsepkan universal dan bazar jualan lukisan-lukisan dari pelbagai aliran serta produk kraf diadakan.


PAMERAN & JUALAN KARYA SENI
‘ARTS FOR THE WORLD’


Tempat : Kompleks Kraf Kuala Lumpur, Jalan Conlay, Kuala Lumpur
Tarikh : 24 hingga 27 Mei 2013
Masa : 10.00 pagi – 6.00 petang


Tarikh & Masa
Program
24 - 27 Mei 2013
(Jumaat – Isnin)
10.00 Pagi
hingga
6.00 Petang





26 Mei 2013 (Ahad)
2.30 Petang
Hingga
4.00 Petang
 Acara Utama :
       Prebiu Lelongan Amal Karya Seni
       Pameran Karya Seni – Lukisan / Produk Kraf
      Bazar Karya Seni – Lukisan / Produk Kraf
       Expatriate Buying Mission
            •       Life Sketches
            •       Demonstrasi & Interaktif Kraf
-       Batik, Seramik & Lukisan
-       Seni Arca Kayu


Lelongan Amal Karya Seni



*Maklumat lanjut sila hubungi talian : 03-2161 1470 / 03-2161 3793.


18 Orang karyawan hebat yang akan terlibat ialah:

ABU HASAN
AHMED FAUZI
AJIS
ZAIDI YUSOF
FUAD BAKAR
FAUZIAH HAJI YAHYA
HARIS RIBUT
ISMAIL BABA
KAMARUDIN TALIB
KASBI SARBINI
MAT RAZAK ISMAIL
MOHAMED ZAKI ZAKARIA
NIZAR KAMAL ARIFFIN
RONNIE
SABRI MOHD SALLEH
SAMSUDIN
SHIMA
ZAHARUDDIN SARBINI

9 Orang Karyawan Kraf yang mengambil bahagian ialah:

C.WOKS
LAZIM ISMAIL
RAHIM
SALLEHIN MD NOH
SARINAH
SHAHARUDIN
SHAHARUDIN MAT JASIN
TAUFIK BURAHAN
ZORRO

24 – 27 Mei 2013, 10pg- 6ptg di Kompleks Kraf Kuala Lumpur. JANGAN KETINGGALAN! 

Selasa, 14 Mei 2013

PERTANDINGAN KUCING PERINGKAT KEBANGSAAN

Pakcu Cat dengan kerjasama Kraftangan Malaysia akan menganjurkan Pertandingan Kucing peringkat Kebangsaan pada 18 Mei 2013 (Sabtu) di Kompleks Kraf Kuala Lumpur.
Orang ramai djemput hadir bagi menyaksikan aksi-aksi kucing comel ini bertanding. 
Masuk adalah PERCUMA! Jangan ketinggalan


Khamis, 9 Mei 2013

SEPETANG BERSAMA PENGKARYA SENI DAN USAHAWAN KRAF


Satu sesi perbincangan  bersama pengkarya seni  dan usahawan kraf yang menyewa premis Kraftangan Malaysia di Perkampungan Pelukis dan Perkampungan Kraf telah diatur oleh  Kompleks Kraf Kuala Lumpur  pada 16 April 2013 ( Selasa ). Perjumpaan bersama pengkarya seni dan usahawan kraf adalah untuk membincangkan aktiviti-aktiviti yang boleh dijalankan bersama bagi memeriahkan Kompleks Kraf Kuala Lumpur sebagai destinasi pelancongan yang ‘patut dilawati’.

Diantara aktiviti-aktiviti yang telah dicadangkan semasa perbincangan adalah Pameran Dan  Jualan Amal   Karya Seni, Pameran Dan Jualan Produk Kraf, Bicara Seni, Demonstrasi Kraf dan Seni, Aktiviti Interaktif Kraf, Expatriate Buying Mission, Pertandingan Seni yang melibatkan pelajar sekolah, Art Workshop, Persembahan Kebudayaan dan Demonstrasi Makanan Ala Warung. Aktiviti ini adalah dicadangkan untuk dilaksanakan pada bulan Mei, Jun dan September. Kepada semua peminat seni dan kraf nantikan aktiviti – aktiviti yang menarik ini julung kali diadakan sekita bulan Mei ini. 





LAWATAN : SRK BEACONHOUSE SERI INAI, PJ


LAWATAN SEKOLAH RENDAH KEBANGSAAN BEACONHOUSE SERI INAI, PETALING JAYA

Seramai 80 orang pelajar Sekolah Rendah Kebangsaan  Beaconhouse Seri Inai , Petaling Jaya telah mengadakan lawatan di Kompleks Kraf Kuala Lumpur pada 9 dan 10 April 2013. Lawatan ini adalah bertujuan untuk mendapatkan maklumat berkenaan perkembangan seni kraf seramik .  Lawatan ini bertepatan  dengan Pameran Seni Kraf Seramik yang diadakan di Muzium Kraf yang mempamerkan perkembangan perusahaan seni kraf seramik yang mencakupi sejarah, asal usul, bahan, proses dan teknik pembuatan, reka bentuk dan reka corak seramiktradisional dan kontemporari. Pameran ini mampu mendidik serta member maklumat yang begitu berharga kepada para pelajar ini yang menjadi pelapis kepada seni warisan budaya.

LAWATAN : IFLA



LAWATAN  PRESIDEN INTERNATIONAL FEDERATION OF LIBRARY ASSOCIATIONS AND INSTITUTIONS (IFLA)  KE KOMPLEKS KRAF KUALA LUMPUR

Kompleks Kraf Kuala Lumpur  (KKLW) telah menerima kunjungan rasmi daripada Presiden International Federation Of Library Associations And Institutuions (IFLA) , Ms. Ingrid Parent pada 24 Mac 2013. Lawatan rasmi ini bersempena dengan 21st Conference of Directors of National Libraries  in Asia Oceania (CDNLAO) yang berlangsung pada 25 hingga 29 Mac 2013 yang dianjurkan oleh Perpustakaan Negara Malaysia.

Kunjungan rasmi daripada delegasi luar Negara serta minat mereka terhadap produk kraf tempatan membuktikan produk kraf tempatan telah diterima oleh masyarakat luar . Hal ini sekaligus membantu Kraftangan Malaysia dalam mempromosikan produk kraf tempatan hingga ke persada antarabangsa.







LAWATAN : IDFR


LAWATAN PESERTA DIPLOMA IN DIPLOMACY (DID),  INSTITUT DIPLOMASI DAN HUBUNGAN LUAR NEGERI (IDFR), KEMENTERIAN LUAR NEGERI

Kompleks Kraf Kuala Lumpur telah menerima lawatan daripada para peserta Diploma In Diplomacy (DID), Institut Diplomasi dan Hubungan Luar Negeri , Kementerian Luar Negeri.  Kunjungan ini telah diadakan pada 25 Mac 2013 yang melibatkan seramai 21 orang peserta. Para peserta ini merupakan bakal diplomat yang akan berkhidmat di luar Negara setelah tamat pengajian.

Melalui kunjungan serta lawatan ini dapat memberi  pendedahan kepada para peserta dalam membentuk hubungan diplomasi dalam dan luar Negara serta mampu memartabatkan warisan dan budaya bangsa hingga ke persada dunia.





LAWATAN : IDFR

LAWATAN OLEH PESERTA “DIPLOMATIC TRAINING COURSE FOR INTERNATIONAL PARTICIPANTS 1/2013”, INSTITUT DIPLOMASI DAN HUBUNGAN LUAR NEGERI (IDFR), KEMENTERIAN LUAR NEGERI



Kompleks Kraf Kuala Lumpur telah menerima kunjungan rasmi daripada para peserta “Diplomatic Training Course For International Participants 1/2013”, Institut Diplomasi Dan Hubungan Luar Negeri (IDFR), Kementerian Luar Negeri. Kunjungan rasmi ini pada 26 Mac 2013 yang lalu melibatkan seramai 20 orang peserta daripada Negara Timur Tengah  yang akan berkhidmat  sebagai diplomat di Malaysia.

Para peserta diberi pendedahan untuk merasai kemahiran mewarna batik. Tujuan aktiviti ini diadakan bagi memberi pendidikan berkenaan budaya dan warisan bangsa kepada pihak luar. Dengan mengenali budaya dan warisan masyarakat setempat dapat mewujudkan satu hubungan diplomasi yang erat dalam menjalinkan rangkaian yang baik diantara negara dunia.