Khamis, 17 November 2011

BATIK FUN WALK - 4 DISEMBER 2011


KOIR KRAFTANGAN MALAYSIA

Selaras dengan penubuhan semula Kumpulan Koir Kraftangan Malaysia, pada 15 dan 16 November 2011 yang lalu, Kraftangan Malaysia telah menganjurkan Bengkel Teknik Vokal bagi Persembahan Berkumpulan di Dewan Seri Utama II, Bangunan Seri Utama. 

Cikgu Shafi Shariff iaitu salah seorang tenaga pengajar dalam Akademi Fantasia terbitan ASTRO telah dijemput bagi berkongsi dan mengajar teknik vokal yang betul kepada peserta bengkel ini.  



Cikgu Shafi Shariff





Jumaat, 4 November 2011

MAJLIS KONVOKESYEN KE-10 IKN

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA





Bahagian Komunikasi Korporat Kraftangan Malaysia  ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha kepada semua umat Islam. Semoga kita dapat menghayati dan menghargai pengorbanan Nabi Ibrahim dan juga Nabi Ismail dalam mengikuti perintah Allah s.w.t dengan sepenuh hati mereka.


Selamat bercuti kepada semua. Bagi yang pulang ke kampung halaman, berhati-hati ketika memandu. Semoga perjalanan dirahmati dan dilindungiNya. 



Khamis, 3 November 2011

TERIMA KASIH PUAN PARBIYAH


Berkuatkuasa pada 1 November 2011 yang lalu, Puan Parbiyah Bachik, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Komunikasi telah berpindah ke Bahagian Pemuliharaan. Kami, anggota kerja Bahagian Komunikasi Korporat ingin merakamkan penghargaan kepada Puan Parbiyah diatas tunjuk ajar dan ilmu yang dikongsi sepanjang beliau berkhidmat di bahagian ini. Terima kasih diucapkan.

Kenangan semasa Perasmian Hari Kraf Kebangsaan 2011
Puan Parbiyah bersama Rehan,Wan,Fazlin



Wahai Puan Parbiyah,
Perginya kerana ada pertukaran,
Sekarang berada di Bahagian Pemuliharaan,
Harap kami disini jangan dilupakan.



Selasa, 1 November 2011

SELAMAT PENGANTIN BARU JUNAIDI AMAN



Junaidi & Nureen Asyikin


Selamat pengantin baru diucapkan kepada anggota kerja Bahagian Komunikasi Korporat, Junaidi Aman yang telah selamat melangsungkan perkahwinannya bersama pasangan tercinta, Nureen Asyikin di Rembau, Negeri Sembilan. Pernikahan telah selamat berlangsung pada 29 Oktober 2011 dan majlis resepsi diadakan pada hari berikutnya. Semoga perkahwinan ini kekal bahagia ke akhir hayat.