Rabu, 29 Jun 2011

EN MANAN JUARA BOWLING INDIVIDU!!!

JOHAN INDIVIDU LELAKI







Pada 24 Jun 2011(Jumaat) yang lalu, satu pertandingan bowling telah dianjurkan oleh Kraftangan Malaysia di Ampang Superbowl@Flamingo . Bahagian Komunikasi Korporat diwakili oleh Encik Misroni Haji Sulaiman dan Encik Abdul Manan Ismail. Tahniah diucapkan kepada Encik Manan kerana telah memenangi bagi kategori individu lelaki!!!

Selasa, 28 Jun 2011

SIRI 3 : SKRIP VIDEO KORPORAT KRAFTANGAN MALAYSIA

Kraftangan Malaysia terus komited, memenuhi visi 
 dan misi dengan objektif;
 
  1. Meningkatkan kesedaran dan minat terhadap penggunaan produk kraf tempatan.
  2. Membangunkan produk berkualiti yang berorientasikan pasaran
  3. Memperluaskan saiz pasaran produk kraf
  4. Menggalakkan pertumbuhan dan memajukan industri kraf dan 
  5. Menyediakan tenaga terlatih mengikut keperluan industri kraf.
Kraftangan Malaysia yang beribu pejabat, 
di Seksyen 63, Jalan Conlay, Kuala Lumpur, 
berusaha gigih secara berterusan, untuk mencapai
matlamat, memajukan industri kraf negara.

Pelbagai program dan aktiviti dirangka, untuk 
membangunkan industri kraf. Program pasaran 
dan promosi domestik diadakan, seperti 
Sambutan Hari Kraf Kebangsaan, pada bulan Februari 
setiap tahun menjadi wadah untuk memasarkan 
kraf dengan penglibatan usahawan dari seluruh negara.

Pelbagai promosi bertema dijalankan termasuk 
dipusat beli belah, hotel, di peringkat negeri dan 
penyertaan pameran perdagangan bertaraf 
kebangsaan dan antarabangsa, dalam negara.

SELAMAT HARI LAHIR EN MISRONI DAN CIK FAZLIN


SELAMAT HARI LAHIR DIUCAPKAN KEPADA :

Encik Misroni Haji Sulaiman, 
Pengarah Bahagian Komunikasi Korporat 
23 Jun 1955 ( 56 tahun)

Cik Fazlin binti Mohd Zaki 
Penolong Pengarah 
20 Jun 1979 (32 tahun)
Semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki.

Khamis, 23 Jun 2011

TAHNIAH KRAFTANGAN MALAYSIA

Kraftangan Malaysia Antara Penerima Anugerah Kuala Lumpur Mayor’s Tourism Awards 2011 Edisi Pertama



Kuala Lumpur, 21 Jun - Kraftangan Malaysia telah dianugerahkan Awards Of Excellence kategori Tourist Attraction di Majlis Anugerah Kuala Lumpur Mayor’s Tourism Awards 2011 yang berlangsung di Hotel Shagri-La, Kuala Lumpur. Majlis dihadiri oleh YAB Perdana Menteri, Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak, mantan Perdana Menteri ke-empat, YABhg. Tun Dr. Mahathir Mohamad, Menteri Wilayah Persekutuan & Kesejahteraan Bandar YB Dato’ Raja Nong Chik bin Dato’ Raja Zainal Abidin, Menteri Pelancongan, YB Dato’ Sri Ng Yen Yen, Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan & Kesejahteraan Bandar, YB Datuk M. Saravanan dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, YBhg. Tan Sri Ahmad Fuad Ismail sebagai hos majlis.

Kuala Lumpur Mayor’s Tourism Awards diperkenalkan untuk mengenal pasti dan mengiktiraf sumbangan yang telah diberikan oleh organisasi dan juga individu dalam pembangunan industri pelancongan Kuala Lumpur. Di samping itu, program anugerah ini turut membantu membentuk satu standard amalan yang terbaik untuk produk dan perkhidmatan dalam industri pelancongan Kuala Lumpur.


Oleh : Wan Zakiroh binti Megat Sulaiman

PERHIMPUNAN BULANAN BAGI BULAN JUN 2011

Perhimpunan bulanan bagi bulan Jun 2011 telah diadakan di Ibu Pejabat pada 23 Jun 2011. Selain majlis sambutan harijadi anggota kerja, satu majlis istimewa sempena Penganugerahan 25 Tahun Perkhidmatan kepada anggota kerja turut diadakan. Seramai 10 orang anggota kerja Kraftangan Malaysia telah menerima penganugerahan tersebut. Tahniah diucapkan!.
Barisan pengurusan tertinggi

Anggota kerja

Amanat dari KP











Sambutan hari lahir





PERLAWANAN PERSAHABATAN BADMINTON - D'SURY DAN KRAFTANGAN MALAYSIA

Pada 18 Jun 2011 (Sabtu) yang lalu, Pertandingan Persahabatan Badminton Pasukan D’SURY bertemu Kraftangan Malaysia di Institut Kraf Negara, Taman Rekreasi Templer, Rawang. YB Dato’ Seri Utama Dr. Rais Yatim, Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia (KPKK) mengetuai Pasukan D’SURY.

Pertandingan Persahabatan Badminton ini diadakan bagi mengeratkan silaturahim antara KPKK dan Kraftangan Malaysia. Pasukan D’SURY dianggotai oleh YB Dato’ Seri Utama Dr. Rais Yatim, YBhg Datin Seri Masnah Rais dan lain-lain pegawai kanan KPKK, manakala Kraftangan Malaysia diwakili oleh Anggota Kerja Kumpulan Pengurusan & Profesional dan Kumpulan Sokongan. Bahagian Komunikasi Korporat diwakili oleh Encik Misroni bin Haji Sulaiman dan Encik Mohd Azlan Omar Baki. 

Perlawanan diadili oleh pengadil dari Persatuan Badminton Kuala Lumpur. Perlawanan persahabatan ini telah  dimenangi oleh Pasukan D’SURY dengan mata 9 berbalas 7!! 



Tahniah kepada semua..!

Jumaat, 17 Jun 2011

PERLAWANAN BADMINTON

Perlawanan Persabatan Badminton antara pasukan D'Sury bertemu pasukan Kraftangan Malaysia akan diadakan pada tempat dan waktu  seperti berikut :

18 Jun 2011 (Sabtu)
 8.00  pagi - 12.30 tengahari
Institut Kraf Negara, No.1, KM 20, Jalan Ipoh-Rawang, Taman Rekreasi Templer, 48000 Rawang, Selangor.

Semua dijemput hadir bagi memeriahkan suasana. 
 

TAKZIAH PUAN FARAH SUFIANA SEKELUARGA



Takziah diucapkan kepada Puan Farah Sufiana binti Razali, anggota kerja Bahagian Komunikasi Korporat Kraftanagn Malaysia atas pemergian adik tersayang. Semoga roh arwah di cucuri rahmat dan di tempatkan di kalangan kekasih Allah s.w.t.  Al-Fatihah

Isnin, 13 Jun 2011

PEMENANG PERTANDINGAN SELOKA

JUARA
Haji Jenal bin Ne'mat
Bukit Baru, Melaka


Tajuk : Majlis Berlangsung Perkahwinan

Alahai, tetamu disambut salam berisi
merarau nasi minyak, bunga telur
Pukul kompang ditingkah tabuh, dam-dam-dam-dam.
Bunga manggar berwarna semarak
Tampan segak raja sehari, wajah berseri
Segak berseri memegang sirih lat-lat
Sirih lat-lat otek-mengotek bak ekor cicak
Di tangga  bungbu disambut renjisan air mawar
Ditepung tawar beras basuh tujuh warna
Pengantin bertengkolok helang berlaga
Keris tersisip di pinggang, bentuk lawi taji ayam
Pengantin perempuan bersanggul lintang, puteri gunung
Sungkit sedondon bercorak bunga petola, pucuk rebung
Pelamin berhias berlelangit, berbumbung sulur bakong
Bunga telur dipahar berceper tembaga
Berinai bersuapan pulut kuning penutup majlis
Pasangan berbimbing bercangkuk jari masuk kamar
Kanak-kanak bernyanyi ; pok-pok alang berbuntut-buntut
Ayam mengatik mengendong telur
Beralamat selesailah sudah majlis berlangsung


Untuk melihat senarai pemenang pertandingan seloka dan pantun sezaman sila klik DISINI

SIRI 2 : BULETIN KRAF : MISI PERDAGANGAN ANTARABANGSA

Oleh : Siti Mariam Binti Sidek (sitimariam@kraftangan.gov.my)

INTERNATIONAL AUTUMN TRADE FAIR, DUBAI

Pameran perdagangan International Autumn Trade Fair telah diadakan di Dubai International Convention & Exhibition Centre yang berlangsung pada 13 hingga 15 Disember 2010. Penyertaan Kraftangan Malaysia  kali ini dilihat sebagai satu kesinambungan penerokaan pasaran di Timur Tengah.  Seramai 7 orang usahawan kraf dari bidang kayu, seramik, dan logam telah menyertai pameran perdagangan ini. Ia terdiri dari Rosecut Diamonds Antique Collections, Sweet Touch Ceramic Sdn Bhd, Kayuma Industri, Unicraft Heritage Sdn Bhd, Balai Seni Wanpo, Josl Pipes & Services dan D’ Cinda Enterprise.  

SPRING FAIR BIRMINGHAM 2011


Pameran perdagangan Spring Fair Birmingham  telah berlangsung pada 6 hingga 10 Februari  2011 bertempat di National Exhibition Centre, Birmingham, United Kingdom. Kraftangan Malaysia, menyertai pameran terbesar ini dengan membawa 8 orang usahawan kraf yang terdiri daripada HKY Collections, Josl Pipes & Services, Bastari Jaya, Roshfin Keramik Sdn Bhd, Zafialno Enterprise, CCP Design Sdn Bhd, Salam Oriental Greetings Sdn Bhd dan Rosecut Diamonds Antique Collections.


AMBIENTE 2011, FRANKFURT 2011


Kraftangan Malaysia telah menyertai misi perdagangan Ambiente 2011 di Frankfurt, Jerman pada 11 hingga 15 Februari 2011. Pameran  yang terbesar di dunia yang telah disertai oleh lebih dari 4,300 peserta dari seluruh dunia merupakan indikator yang baik kepada Kraftangan Malaysia untuk terus mempromosikan produk kraf tempatan ke  pasaran Eropah.  Lapan usahawan  kraf yang menyertai misi perdagangan ini terdiri daripada Uni-Malko Pewter Sdn Bhd, Sweet Touch Sdn Bhd, Qistina Wood Craft, Unicraft Heritage Sdn Bhd, Roshfin Keramik Sdn Bhd, Livan Handicraft, Coast Handmade Batik dan Josl Pipes & Services.  

Khamis, 9 Jun 2011

KEPUTUSAN PEMENANG PERTANDNGAN FOTOGRAFI

JOHAN - Mohd Aizudin Akmal
TEMPAT KEDUA - Ravindran John Amith
TEMPAT KETIGA - Nor Farahin Nazmi binti Nor Azmi
SAGUHATI - Norlila binti Mohd Hanijas
SAGUHATI - Shahrir bin Rosely
SAGUHATI - Ahmad Iskandar Kamaruzaman
Nama pememang telah diumumkan pada 5 Jun 2011 (sabtu)  yang lalu. Hadiah telah disampaikan oleh Tuan Haji Shahrudin Mohd Noor (Timbalan Ketua Pengarah Pembangunan) Kraftangan Malaysia. Tahniah diucapkan kepada semua pemenang!!!