Isnin, 31 Januari 2011

Hari Kraf Kebangsaan

HARI KRAF KEBANGSAAN 2011
23FEBRUARI - 7 MAC 2011
10.00 PAGI -10.00 MALAM
KOMPLEKS KRAF KUALA LUMPUR,JALAN CONLAY



Kraftangan Malaysia mencatat sejarah buat kali ke-9 pada 23 Februari 2011 kerana mengadakan Hari Kraf Kebangsaan yang sentiasa dinanti-nantikan oleh rakyat Malaysia dengan penuh kebanggaan atas hasilan kraf anak tempatan.

HARI KRAF KEBANGSAAN diadakan bagi tujuan memberi pengiktirafan ke atas sumbangan usahawan dan penggiat kraf dalam menggembangkan industri kraf dan menjana ekonomi negara. Penganjuran ini memberi kesedaran di kalangan masyarakat umum mengenai kewujudan pelbagai produk kraf tempatan dan kepelbagaian penggunaanya yang bukan sahaja sebagai hadiah dan cenderamata tetapi juga untuk kegunaan hiasan dalaman. Para usahawan dan penggiat kraf serta masyaraakat tempatan juga dapat mengetahui perkembangan terkini tentang teknologi, rekaan dan maklumat pasaran semasa industri kraf tempatan dalam usaha menggalakkan pertumbuhaan ekonomi negara.

Hari Kraf Kebangsaan 2011 pada kali ini bertemakan "KRAF MENJANA EKONOMI"
Semua dijemput dan masuk adalah PERCUMA.
Antara aktiviti yaang disediakan adalah seperti jualan kraf, pemeran & jualan produk baru kraf, pameran warisan kraf & edukraf, pameran teknologi, perjumpaan pembeli, apresiasi kraf, demonstrasi kraf, persembahan kesenian dan permainan rakyat.

Sebarang pertanyaan boleh hubungi 03-21627533 atau layari www.kraftangan.gov.my atau email kepada pro@kraftaangan.gov.my


Khamis, 6 Januari 2011

Banjir di Pejabat Kraftangan Malaysia Cawangan Kelantan

Gambar Pejabat Kraftangan Malaysia Cawangan Kelantan telah dilanda banjir pada minggu ini. Berikut disertakan gambar banjir yang telah melanda di kawasan tersebut.






.

Rabu, 5 Januari 2011

Selamat Datang Puan Parbiyah binti Bachik



Bahagian Komunikasi Korporat telah menerima ahli keluarga baru iaitu Puan Parbiyah binti Bachik. Beliau memegang jawatan sebagai Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Komunikasi Korporat Kraftangan Malaysia. Selamat datang diucapkan kepada Puan Parbiyah binti Bachik.

Melihat si gadis terkelu lidah,
Menjadi sejarah satu kenangan,
Orang dinanti berkunjung sudah,
Selamat datang kami ucapkan.. ^_^

Definisi Kraf



"Keluaran Kraftangan" ertinya apa-apa keluaran artistik yang mempunyai daya tarikan kebudayaan atau tradisional dan adalah hasil dari sesuatu proses yang bergantung semata-mata atau sebahagiannya kepada kemahiran tangan dan termasuklah apa-apa keluaran batik; dan "keluaran batik" ertinya apa-apa barang, walau bagaimanapun dihasilkan, yang mempunyai rekabentuk batik pada atau di mana-mana bahagiannya.

sumber: Akta 222-Akta Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia 1979