Selasa, 20 Mac 2012

PELANCARAN PROMOSI HARI KRAF KEBANGSAAN 2012

Majlis Sidang Media Pelancaran Promosi Pelekat Kenderaan Hari Kraf Kebangsaan 2012 telah diadakan pada 19 Mac 2012 di Kompleks Kraf Kuala Lumpur. Majlis disempurnakan oleh Yang Berbahagia Dato' Haji Sohaimi bin Shahadan, Pengerusi Kraftangan Malaysia. 

Tetamu kehormat turut mengadakan lawatan dan merasmikan Museum Shoppe, Kedai Kraf Satu Daerah Satu Industri (SDSI) dan Vending Machine yang mula dibuka kepada umum pada hari tersebut. Yang Berbahagia Dato' Haji Sohaimi Shahdan turut melancarkan pelekat kenderaan HKK2012 pada cermin teksi Airport LIMO dan Bus Hop On Hop Off sebagai usaha menghebahkan lagi sambutan Hari Kraf Kebangsaan.





MUSEUM SHOPPE
Merupakan outlet yang berperanan memperkenal dan memperluaskan produk kraf tradisional melalui aktiviti jualan kepada pengunjung dari dalam dan luar negara. Menerusi outlet ini, Kraftangan Malaysia mengetengahkan produk seperti hadiah dan cenderamata, aksesori pakaian, perhiasan diri serta bahan-bahan bercetak seperti buku, katalog, DVD dan VCD. Produk-produk kraf yang dijadikan cenderamata tersebut boleh didapati sama ada dalam ukiran bersaiz kecil (miniature), penghasilan semula (re-po), replika dan koleksi terbaik Tokoh Kraf Negara. 








KEDAI KRAF SDSI 
Kraftangan Malaysia yang berperanan sebagai peneraju kepada pembangunan industri kraf negara telah menjadikan projek Satu Daerah Satu Industri (SDSI) kraf sebagai satu program teras yang bertujuan membangunkan sosio-ekonomi masyarakat tempatan melalui penglibatan aktiviti kraf yang diusahakan secara komersil.

Pembukaan kedai ini menjadi platform baru kepada para usahawan di bawah projek SDSI untuk mempromosikan produk kraf lebih dekat kepada pengguna. Seramai 405 usahawan terlibat dalam membekalkan produk di Kedai Kraf SDSI ini meliputi kraf tekstil (tekatan), hasil rimba (anyaman,ukiran kayu dan kertas buatan tangan). hasil tanah (seramik), logam (tembaga dan pewter) dan aneka kraf (manik).






VENDING MACHINE 
Merupakan inovasi baru dalam mempromosikan produk kraf tempatan melalui jualan mengunakan mesin runcit yang digerakkan oleh Syarikat Pemarasaran Karyaneka Sdn. Bhd. Melaluinya orang ramai boleh membeli produk kraf mampu milik seperti rantai kunci, beg syiling batik dan songket, sapu tangan batik dan banyak lagi pada harga RM10.00 ke bawah.

Sebagai permulaan dua (2) buah esin runcit ini akan ditempatkan di Kompleks Kraf Kuala Lumpur untuk diuji pasaran selama tiga (3) bulan bagi melihat sambutan produk dan harga yang ditawarkan sebelum ditempatkan di lokasi lain umpamanya pusat tumpuan pelancong. Mesin runcit ini merupakan teknologi dari negara Jepun. 




Rabu, 14 Mac 2012

PERTANDINGAN BAKAT SEMPENA HKK 2012



Orang ramai dijemput. Sebarang pertanyaan boleh hubungi di nombor yang tertera. 

SIDANG MEDIA SEMPENA HKK 2012

Majlis Sidang Media sempena Hari Kraf Kebangsaan 2012 akan diadakan pada masa dan waktu seperti berikut :

Tarikh   : 19 Mac 2012 (Isnin)
Masa    : 10.30 pagi
Tempat : Butik Tekstil, Syarikat Pemasaran Karyaneka,
                Kompleks Kraf Kuala Lumpur
                Jalan Conlay.

Untuk pertanyaan, sila hubungi Bahagian Komunikasi Korporat di 03-2161 3793.