Khamis, 29 Januari 2015

SELAMAT HARI WILAYAH PERSEKUTUAN 2015


1 Februari 2015 merupakan Hari Wilayah Persekutuan bagi Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan. Tema sambutan pada tahun ini ialah "Wilayahku Ceria" berasaskan kepada rasa kekitaan yang mengetengahkan eleman perpaduan bagi memupuk semangat toleransi serta mengaspirasikan Wilayah Persekutuan sebagai kejiranan komuniti ceria, bersih dan indah. 

Memandangkan Hari Wilayah pada tahun ini jatuh pada hari Ahad, maka 2 Februari 2015(Isnin) diisytiharkan sebagai cuti ganti. Selamat bercuti kepada semua warga wilayah. Manfaatkan cuti anda dengan aktiviti yang sihat! 

Selasa, 27 Januari 2015

DERMA DARAH ANJURAN PUSPANITA MOTAC

Sekiranya anda :
-> Berumur 18-60 tahun.
-> Berat badan 45 kg atau lebih.
-> Derma darah terakhir sekurang-kurangnya 90 hari sebelum.
-> Sihat dan tidak menderita malaria, tifus atau penyakit berjangkit lain di masa lalu.
-> Makan dan mendapat tidur yang mencukupi.
Anda dijemput untuk menderma darah anjuran PUSPANITA Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan di Dewan Seri Utama 2, Bangunan Seri Utama, bermula jam 9.30pagi hingga 5.00ptang pada 29 Januari 2015 (Khamis) ini. 

~DERMA DARAH,SELAMATKAN NYAWA~


Isnin, 12 Januari 2015

PERUBAHAN TARIKH SAMBUTAN HARI KRAF KEBANGSAAN 2015

Untuk makluman semua, Hari Kraf Kebangsaan 2015 yang dijadualkan akan berlangsung pada 25 Februari hingga 9 Mac 2015 telah ditunda ke 26 Mac hingga 6 April 2015. Penundaan tarikh ini dibuat setelah mengambilkira situasi usahawan kraf terutama di negeri Pantai Timur yang terjejas akibat banjir yang melanda baru-baru ini dan juga pertembungan tarikh Sambutan Tahun Baru Cina. Perkara ini juga telah dipersetujui dan merujuk kepada Mesyuarat Jawatankuasa Penyelarasan Sambutan Hari Kraf Kebangsaan (HKK) 2015 Bil. 01/2015 bertarikh 6 Januari 2015. -sumber Blog Ketua Pengarah Kraftangan Malaysia 

Rabu, 7 Januari 2015

PENGERUSI BARU KRAFTANGAN MALAYSIA


Tahniah diucapkan kepada Yang Berbahgai Dato' Seri Siti Azizah binti Sheikh Abod kerana telah dilantik sebagai Pengerusi baru Kraftangan Malaysia berkuatkuasa pada 1 Disember 2014 yang lalu bagi menggantikan Yang Berbahagia Dato' Haji Sohaimi bin Shahadan. Semoga dengan kehadiran beliau dapat membantu Kraftangan Malaysia lebih maju di masa hadapan. 

Isnin, 5 Januari 2015

SALAM MAULIDUR RASUL 1436H/2015M

Perarakan sambutan Maulidur Rasul peringkat kebangsaan 1426H/2015M -sumber BH
Tahun ini, sambutan Maulidur Rasul jatuh pada 3 Januari 2015 (Sabtu) bersamaan 12 Rabiulawal 1436H. Sambutan peringkat kebangsaan telah diadakan di Masjid Putra, Putrajaya dengan membawa tema "Perpaduan Nadi Transformasi Negara". 

Sambutan Maulidur Rasul diraikan untuk mengembalikan ingatan kita umat akhir zaman terhadap junjungan besar kita Muhammad Rasulullah SAW. Dengan mengingatinya akan menambahkan lagi perasaan cinta kasih kepadanya serta mengenang, menghargai serta mengambil iktibar kisah suka duka perjuangannya.



Khamis, 1 Januari 2015

SELAMAT DATANG 2015


Bagi permulaan tahun ini amat wajar kita melihat kembali apa yang telah kita capai, prestasi kita dan juga mungkin apa yang boleh kita lakukan lebih baik, lebih sempurna, daripada apa yang telah kita lakukan sepanjang tahun sebelumnya. Selamat datang 2015, semoga tahun ini lebih baik dari tahun sebelumnya.