Khamis, 30 Disember 2010

Selamat Tinggal 2010

Tahun 2010 telah sampai ke penghujungnya. Tirainya perlahan-lahan dilabuhkan dan diganti dengan tahun 2011. Kenangan yang tercipta sepanjang tahun 2010 akan menjadi lipatan dalam memori. Semoga tahun yang mendatang akan memberi semangat baru kepada anggota kerja Kraftangan Malaysia dalam melaksanakan tugas yang diamanahkan..










Khamis, 2 Disember 2010

Perasmian Pusat Inkubator Kraf Buluh Simpang Pertang

Yang Berhormat Dato’ Seri Utama Dr. Rais Yatim, Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia telah merasmikan Pusat Inkubator Kraf Buluh di Simpang Pertang Negeri Sembilan pada 14 Oktober 2010 pukul 3.00 petang. Bersempena dengan majlis perasmian tersebut aktiviti jualan kraf buluh dan rotan, aktiviti gotong-royong dan pameran produk baru serta pameran korporat telah diadakan.




























Terima kasih kepada semua yang telah bersama-sama menjayakan majlis.

Logo KPKK yang baru

Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) telah mengadakan sambutan Hari Inovasi 2010 yang bertempat di Panggung Terbuka, Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia, Jalan Conlay pada 1 Disember 2010. Majlis Pelancaran Sambutan Hari Inovasi 2010 telah disempurnakan oleh YB Dato’ Seri Utama Dr. Rais Yatim, Menteri KPKK. Di majlis yang sama, YB Menteri KPKK turut melancarkan Logo KPKK yang baru.


Konsep logo baru KPKK:




Konsep Reka Bentuk

Keseluruhan reka bentuk adalah ringkasan daripada bentuk pembesar suara yang menjadi sumber inspirasi terhadap penghasilan logo kementerian ini. Konsep warna merah, biru dan kuning, melambangkan konsep budaya 1Malaysia yang mewakili setiap kaum yang terdapat di Malaysia



Konsep Reka Bentuk Warna
Bentuk gelung dinamik berwarna merah, biru dan kuning melambangkan gelombang komunikasi penyampaian maklumat yang global dan menyeluruh.

Gelung dinamik biru, mewakili keupayaan penerangan yang penting dalam menyampai maklumat dan dasar kerajaan dengan jelas dan tepat.

Gelung dinamik merah yang mempunyai bentuk kerawang adalah lambang unsur-unsur kebudayaan dan warisan Negara yang sentiasa terpelihara yang membentuk identiti kebudayaan Negara Malaysia.

Gelung dinamik kuning yang membentuk lengkung, melengkapi gelung biru dan merah, menjadi pendokong keupayaan komunikasi yang dinamik, progresif dan teguh.

Tiga garisan membentuk anak panah tajam berwarna hitam menggambarkan ketegasan dan menghala ke hadapan yang ditunjangi oleh satu garisan menggambarkan tiga Kementerian yang dulunya berasingan kini bersatu di bawah hala tuju yang sama dan beriltizam menjadi tonggak barisan hadapan kerajaan menjadi satu gelombang yang kuat dan berkesan dalam mencapai kesepakatan yang jitu ke arah wawasan Negara dan peneraju utama gagasan 1Malaysia.



Konsep Rupa Taip
Bentuk tipografi yang berwarna hitam ‘Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan’ adalah diambil daripada huruf bertangkai (serif) Times New Roman. Di mana rupa taip ini mempunyai unsur-unsur penegasan dan ini amat bertepatan dengan visi Kementerian iaitu untuk menjadi peneraju utama gagasan 1Malaysia berteraskan Rukun Negara bagi mewujudkan sebuah negara bangsa melalui wadah penerangan, komunikasi dan kebudayaan.



Saiz dan Jenis Font

Bentuk tipografi KEMENTERIAN menggunakan huruf bertangkai (serif) Times New Roman (regular) saiz 14 point manakala tipografi PENERANGAN KOMUNIKASI & KEBUDAYAAN menggunakan huruf Times New Roman (bold) saiz 20 adalah kerana ia amat bersesuaian dan mudah dibaca.

Keratan Akhbar Konvo IKN



Keratan Akhbar dari Berita Minggu 21 November 2010 (muka 11)

Jumaat, 26 November 2010

Promosi Seramik 1Malaysia & Promosi Kraf Hasil Rimba 2010

Kraftangan Malaysia sedang mengadakan Promosi Seramik 1Malaysia 2010 pada 24 hingga 28 November 2010 ( 5 hari ) dan Promosi Kraf Hasil Rimba 2010 pada 2 hingga 6 Disember 2010 ( 5 hari ). Penyertaan dibuka kepada semua pengusaha produk dalam industri seramik seperti kraf, jubin, hiasan taman serta hiasan dalaman dan produk kraf hasil rimba.

Orang ramai dijemput hadir

Konvokesyen Institut Kraf Negara (IKN) ke 9

Institut Kraf Negara, Bersempena dengan Konvokesyen Institut Kraf Negara (IKN) ke 9, seramai 176 graduan dalam enam jurusan akan diraikan pada majlis tersebut. Majlis Konvokesyen akan diadakan pada 25 November 2010 dan akan disempurnakan oleh Yang Berhormat Dato’ Joseph Salang, Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia.

Konvokesyen kali ini bakal memperlihatkan kelainan dan kemeriahan sambutan susulan daripada graduan sulung yang menamatkan pengajian dalam sijil dan diploma masing-masing menerima pengiktirafan daripada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

Bersempena dengan majlis tersebut akan berlangsung juga pesta Konvo bermula pada 24 November hingga 27 November 2010 di Institut Kraf Negara, Templer Park, Rawang Selangor. Pelbagai aktiviti diadakan antaranya jualan kraf, persembahan kesenian, demonstrasi kraf, demonstrasi dan jualan kuih tradisional, pertandingan kraf dan karaoke serta aktiviti-aktiviti lain yang akan menceriakan suasana di IKN.

Tahniah diucapkan kepada graduan dan kepada orang ramai yang ingin turut serta, kehadiran semua pada Pesta Konvo IKN ke 9 adalah dialu-alukan.


Oleh : Abdul Manan Ismail

Jumaat, 1 Oktober 2010

Pertandingan Merekacipta Logo Baru Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang (PKNP)

PKNP telah menganjurkan Pertandingan Merekaacipta Logo Baru bermula 1 Mei 2010. Pertandingan ini akan dilanjutkan sehingga 30 Jun 2010 bagi membuka kepada penyertaan baru dengan penglibatan setiap lapisan masyarakat dengan hasrat untuk mendapatkan rekabentuk yang lebih inovatif, menarik, terkini.

Tujuan pertandingan adalah untuk memilih logo yang boleh digunapakai oleh PKNP untuk memperkukuh imej korporat PKNP menggantikan logo PKNP yang sedia ada.

Syarat pertandingan :

1. Terbuka kepada semua warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas.

2. Penyertaan adalah percuma dan para peserta boleh menghantar seberapa banyak penyertaan tetapi setiap penyertaan hendaklah dinyatakan nama, alamat surat menyurat, nombor kad pengenalan, nombor telefon dan e-mail yang boleh dihubungi. Pemenang hanya layak menerima satu hadiah sahaja.

3. Spesifikasi Teknikal Logo :
i. Rekacipta hendaklah asli, menarik, mudah dipersembahkan, disertakan dengan definisi bagi setiap simbol atau warna yang digunakan mestilah menggunakan tidak lebih daripada empat (4) warna.

ii. Setiap logo mestilah melambangkan dan mempamerkan imej baru PKNP selari dengan aspirasi PKNP untuk gemilang dalam era barusebagai agensi kerajaan negeri yang menjadi pemacu dan penjana ekonomi negeri melalui pembangunan perindustrian, hartanahdan pelaburan terpilih demi kesejahteraan rakyat.

iii. Saiz logo yang dicadangkan adalah yidak kurang dari 4 inci berlatarbelakngkan kertas putih dan perlulah dilekatkan di atas "mounting board" bersaiz "A4" dan hendaklah dipersembahkan menggunakan cetakan komputer.

iv. Setiap konsep dan rekabentuk logo akan menjadi milik PKNP. Pihak urusetia pertandingan berhak meminda logo yang dipertandingkan demi penambahbaikan selaras dengan metalamat pertandingan atau sebarang tujuan lain dan para peserta tidak berhak membuat sebarang tuntutan royalti ke atas PKNP.

v. Pemenang pertandingan hendaklan menyediakan fail asal di dalam bentuk soft copy bagi tujuan percetakan dan sebagainya.

4. Semua penyertaan mestilah dialamatkan kepada :

Urusetia Pertandingan Mencipta Logo Baru PKNP
Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang
Tingkat 16, Kompleks Tetuntum,
Jalan Mahkota, 25000 Kuantan
Pahang Darul Makmur
(u/p : Puan Mazilah binti Mansor / Tuan Haji Abdul Maleh Jamal)
Tel : 09-513566

ATAU

Layari Laman web PKNP : www.pknp.gov.my

5. Tarikh TUTUP pertandingan adalah pada 31 Oktober 2010

6. Kiriman melalui pos tidak boleh dijadikan bukti penghantaran dan penerimaan

7. Sebanyak lima (5) hadiah diberikan kepada pemenang:

i. Hadiah Tempat Pertma : Tiga Ribu Ringgit (RM3000.00)beserta sijil
ii. Empat (4) Hadiah Saguhati : Tiga Ratus Ringgit (RM300.00)beserta sijil

8. Keputusan pertandingan adalah muktamad dan sebarang rayuan tidak akan dipertimbangkan.

Isnin, 5 Julai 2010

Hari Keluarga Kraftangan Malaysia telah diadakan 3 Julai 2010 di Agrotek Garden Resort, Hulu Langat. Tema Hari Keluarga bagi tahun ini adalah Keluarga Bahagia, Warga Ceria.. Banyak aktiviti yang dijalankan bagi memupuk semangat setia kawan dan bagi mengeratkan lagi silatulrahim. Semangat kekeluargaan ini di harap dapat ditunjukkan dan diteruskan lagi di masa hadapan.













Khamis, 3 Jun 2010

Pinjaman Dari Institusi Kewangan Kerajaan dan Bank 2

Jenis Bantuan : PROGRAM KHAS

1) PROGRAM INKUBATOR USAHAWAN SISWAZAH (PIUS)

Keterangan :
2 inkubator di Johor dan Shah Alam tempat kerja, modul, kaunselor, program sangkutbersama peserta Khidmat kilang yang besar bersama graduan di bawah program Tabung Usahawan Siswazah.

2) KOMPLEKS KILANG SME BANK

Keterangan :
Kompleks Kilang SME Bank merupakan pendekatan pembangunan keusahawanan secara bersepadu dengan menyediakan kemudahan pembiayaan, penyewaan ruang kilang, latihan keusahawanan serta bantuan khidmat nasihat dan kewangan. Disamping itu, program ini mengutamakan Pemilihan projek yang sesuaai dengan konsep pernigaan yang berdaya maju dan Pemilihan calon serta peserta-peserta (usahawan) yang berbakat dan komited.

Kedua dua skim ini tidak memerlukan cagaran.

Usahawan yang berminat boleh menghubungi terus mana-mana cawangan Bank EKS (Bank SME) terdekat.

* Sekiranya usahawan memerlukan penjelasan lanjut mengenai skim bantuan ini, boleh hubungi Bahagian Komunikasi Korporat, Kraftangan Malaysia di talian 03-2161 3793 (Cik Siti Mariam Sidek)

Rabu, 2 Jun 2010

Malam Mesra Media anjuran Kraftangan Malaysia




Kraftangan Malaysia amat berterima kasih dan menghargai kerjasama media yang sentiasa menyokong aktiviti anjuran Kraftangtan Malaysia. Liputan publisiti yang pihak media berikan, memberi impak yang berkesan kepada industri kraf negara. Sesungguhnya kerjasama yang diberikan sangat tinggi nilainya.

Sebagai menghargai jasa dan sumbangan media, satu majlis Mesra Bersama Media diadakan. Bersempena Majlis ini, aktiviti pertandingan Mewaarna Batik dan pertandingan fotografi akan diadakan pada 7 Jun 2010 (Isnin) di Kompleks Kraf Kuala Lumpur. Pada kemuncak Majlis Mesra Bersama Media akan diadakan pertandingan Telentime-Karoke yang juga terbuka kepada semua warga media. Ia akan diadakan pada tarikh dan waktu seperti berikut :

Tarikh : 9 Jun 2010 / Rabu
Masa : 7.30malam
Tempat : Panggung Terbuka, Kraftangan Malaysia

Dijangka YBhg. Ketua Setiausaha, Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan akan hadir sebagai tetamu kehormat.

Penyertaan dari wakil media amatlah dialu-alukan. Sila hubungi Bahagian Komunikasi Korporat, Kraftangan Malaysia 03-21613793 bagi sebaraang pertanyaan. Borang penyertaan juga boleh dimuat turun daripada www.kraftangan.gov.my

Selasa, 1 Jun 2010

CHUNKING

WHAT IS CHUNKING

An effective presentation in English we must learn to think and speak not in individual words, but in complete pharases. This means pausing in the right places.

Example

ANYONE can become a successful manager.
But, of course, the unprepared,
the untrained,
and those given too much responsibility
before they're readywill FAIL. That's what this morning presentation is all about.

The highlight words is a chunking, pausing and stress.

by : Abdul Manan Ismail

Rabu, 26 Mei 2010

TAWARAN ISTIMEWA DARI KARYANEKA UNTUK SEMUA ANGGOTA KERJA KRAFTANGAN MALAYSIA

PERHATIAN :

Istimewa untuk semua kakitangan Kraftangan Malaysia. Karyaneka menawarkan potongan harga sebanyak 40% bagi semua barangan batik, tenun dan songket kecuali produk-produk yang di konsainkan oleh para pembekal. Bagi produk-produk konsainmen, potongan yang layak diberikan adalah sebanyak 10% sahaja.

Syarat-syarat pembelian adalah seperti berikut :
  1. Setiap kakitangan dibenarkan untuk membuat pembelian dengan harga istimewa ini sebanyak 3 kali setahun.
  2. Maksima pembelian adalah sebanyak 4 pasang (baju lelaki dan wanita tidak termasuk barang-barang lain).
  3. Tiada had jualan yang dikenakan.
  4. Pembayaran melalui kad kredit dibenar dengan pembelian melebihi RM50.00
Jangan lepaskan peluang ini...

Selasa, 18 Mei 2010

Pinjaman Dari Institusi Kewangan Kerajaan dan Bank

Maklumat mengenai pinjaman dari institusi kewangan kerajaan kepada usahawan kraf.

Jenis Bantuan :
TABUNG PROJEK USAHAWAN BUMIPUTERA (TPUB)

Keterangan :
Memberi pembiayaan kepaada usahawan Bumiputera yang telah dianugerahkan kontrak/projek oleh Kerajaan, badan dan agensi Kerajaan, badan berkanun ataupun syarikat milik Kerajaan, tetapi tidak berjaya mendapat pembiayaan daripada institusi-institusi Kerajaan. Peruntukan yang disediakan adalah sebanyak RM300 juta.

Tidak memerlukan cagaran dan sesuai untuk sektor ekonomi termasuk pembinaan, pembekalan dan perkilangan.

Usahawan yang berminat boleh menghubungi terus seperti maklumat berikut ;

ERF Sdn Bhd,
7th & 9th Floor,
No.4, Jalan Sultan Sulaiman,
50000 Kuala Lumpur
Tel : 03-2078 1378
Fax : 03-2070 8288
* Sekiranya usahawan memerlukan penjelasan lanjut mengenai skim bantuan ini, boleh hubungi Bahagian Komunikasi Korporat, Kraftangan Malaysia di talian 03-2161 3793 (Cik Siti Mariam Sidek)

Kursus Induksi Modul Khusus Bil 02/2010 Kraftangan Malaysia


Kursus Induksi Modul Kursus Bil 02/2010, Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia telah diadakan pada 10 hingga 13 Mei 2010 bertempat di PNB Ilham Resort, Port Dickson. Seramai 60 anggota kerja telah terpilih menyertai kursus induksi pada sesi kali ini.


* Gambar-gambar sekitar kursus


Isnin, 17 Mei 2010

Syarikat Tekstil Didenda

Sebuah syarikat tekstil telah dikenakan denda sebanyak RM60,000 oleh Mahkamah Seksyen selepas mengaku bersalah atas dua tuduhan iaitu melepaskan sisa industri melebihi tahap piawaian yang telah ditetapkan pada lima tahun lalu.

Kraftangan Malaysia ingin mengingatkan kepada pengusaha tekstil agar mengambil perhatian terhadap perkara ini bagi memastikan ia tidak berulang lagi di masa hadapan.

Buah pelaga makan dikikir,
Dibawa orang dari hulu,
Sebarang kerja hendak difikir,
Supaya jangan mendapat malu

Keratan akhbar :

* Sumber : Harian Metro 18 Mac 2010

Harrods Bertukar Tangan

Sempena Promosi Kraf Malaysia pada 23 Februari hingga 8 Mac 2009 yang lalu sebanyak 3,137 produk kraf termasuk hasil rekaan fesyen tempatan telah di pamerkan di gedung beli-belah terkemuka dunia Harrods, London.

Sebagai makluman, kini pusat menjual barangan mewah setinggi enam tingkat itu di Knightsbridge secara rasmi telah dibeli oleh oleh Qatar Holding, agensi pelaburan negara teluk yang kaya dengan gas dan minyak. Harrods telah dijual dengan harga RM7.3 bilion yang selam ini dimiliki oleh Al-Fayed sejak 25 tahun lalu kini akan diuruskan oleh keluarga diraja Qatar diketuai oleh Emir Sheikh Hamad bin Khalifa.


*keratan akhbar sempena Promosi Kraf Malaysia di Harrods

Penghargaan Kepada Petugas Sambutan & Protokol


Ucapan penghargaan terima kasih kepada semua petugas sambutan dan protokol yang telah menjalankan tugas sempena Malam Tenun Pahang Diraja pada 8 Mei 2010 (Sabtu).


Semoga sokongan dan prestasi yang ditunjukkan berkekalan.








Malam Tenun Pahang Diraja

MALAM TENUN PAHANG DIRAJA telah diadakan di Kompleks Kraf Kuala Lumpur pada 8 Mei 2010 yang lalu.

Objektif mengadakan majlis berkaitan tenun Pahang ini ialah untuk menghidupkan kembali perusahaan Tenun Pahang dengan mengetengahkan tenunan ini dalam busana tradisional yang eksklusif untuk diperagakan.

Pada majlis ini, YAB Perdana Menteri Malaysia telah menyampaikan Anugerah Penghargaan kepada penggiat seni kraf tenunan Pahang yang sentiasa berusaha membangun dan memartabatkan warisan tenunan ini. Anugerah Penghargaan yang julung kali disampaikan, dianugerahkan kepada Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Puan Pahang Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj di atas penglibatannya yang signifikan dalam seni kraf ini.

Sebanyak 80 pasang pakaian diperagakan hasil rekaan pereka fesyan tempatan iaitu Calvin Thoo, Salikin Sidek, Sharifah Kirana dan Rizalman Ibrahim. Pereka Kraftangan pula dwakili oleh Rodziah Md Yusoff dan Nazari Maarus.

Rabu, 7 April 2010

RUMAH ANAK-ANAK YATIM NURUL IHSAN

SUNGAI SIPUT, 1 APRIL 2010 - Majlis penyerahan cek dan pakaian sumbangan warga Kraftangan Malaysia kepada pihak pengurusan asrama Anak-anak Yatim Nurul Ihsan telah disempurnakan oleh Yang Berusaha Encik Ramli Nohd Nor, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi), Kraftangan Malaysia. Menerusi sumbangan kecil ini diharap dapat membantu meringankan beban yang dihadapi.


Asrama ini diuruskan oleh Persatuan Kebajikan Anak-Anak Yatim Nurul Ihsan Sg. Siput (U) Perak sejak tahun 2003. kompleks asrama seluas 8 ekar telah dimajukan dan mempunyai kapasiti 80 anak-anak yatim untuk diberikan keselesaan kehidupan dan pembelajaran. Pemilihan asrama ini selaras dengan dengan penubuhan asrama, menyediakan satu prasarana yang sempurna dan terpelihara bagi melahirkan anak-anak yatim yang berilmu, beramal, bertanggungjawab serta menghormati orang tua dan mewarisi perjuangan agama, bangsa dan negara.








Indivivu atau orgaisasi yang ingin menderma boleh terus kepada :

Bendahari Nurul Ihsan,
(Asrama Kebajikan Anak-Anak Yatim)
Kg. Talang Tengah,
31120 Sg. Siput (U),
Perak Darul Ridzuan
Tel : 05-5984708 / 05-5984715

atau sumbangan juga boleh dikreditkan ke akaun Bank Rakyat bernombor 220831104733

" Apabila mati anak adam a.s., terputuslah amalannya kecuali tiga perkara iaitu :

  • Sedekah jariah
  • Ilmu yang dimanfaatkan
  • Anak soleh yang mendoakan kedua orang tuanya"