Rabu, 27 Julai 2011

DI SINI ADA KRAF AIDILFITRI

Oleh : Fazlin Mohamad Zaki

KUALA LUMPUR, 27 JULAI 2011 - Promosi Kraf Aidilfitri 2011 kali ke-7 anjuran Kraftangan Malaysia yang bermula 21 hingga 29 Julai ini mendapat perhatian dan sokongan pihak media massa yang datang membuat liputan berita dan rencana secara berterusan.

     Pada 22 Julai lepas, Bahagian Komunikasi Korporat mengadakan lawatan berpandu kepada pihak media sempena promosi ini. Seramai 20 wakil media dari RTM (TV dan Berita Radio), Bernama (TV dan Rencana), New Straits Times (Streets), Harian Metro, Utusan Malaysia, Berita Minggu, Majalah Aniqah dan Vision KL hadir menyertainya.

    Lawatan berpandu media tersebut dihoskan oleh Tuan Haji Shahrudin Mohd Nor, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan), Kraftangan Malaysia bersama Encik Misroni bin Haji Sulaiman, Pengarah Bahagian Komunikasi Korporat. Lawatan secara berpandu ini diadakan bertujuan membantu dan memudahkan pihak media untuk membuat liputan semasa di Kompleks Kraf Kuala Lumpur.

     Hujung minggu lalu beberapa orang jurufoto dari New Straits Times turun padang sekali lagi bersama Majalah Kunang-Kunang ke Kompleks Kraf Kuala Lumpur untuk membuat liputan susulan.

     Bahagian Komunikasi Korporat, Kraftangan Malaysia mengucapkan terima kasih kepada pihak media yang menyiarkan berita tentang Promosi Kraf Aidilfitri 2011 serta menyokong usaha mempromosikan industri kraf tempatan.

Selasa, 26 Julai 2011

EDARAN AKHBAR UTUSAN MALAYSIA DI KOMPLEKS KRAF

Edaran akhbar Utusan Malaysia  telah diedarkan secara percuma kepada usahawan dan pengunjung yang datang ke Kompleks Kraf Kuala Lumpur sempena Promosi Kraf Aidilfitri pada 26 Julai 2011 (Selasa). Ia adalah antara sebanyak 6,000 naskah akhbar yang ditaja oleh Kraftangan Malaysia yang akan diedarkan secara berperingkat. Anggota kerja Bahagian Komunikasi Korporat sendiri telah mengedarkan akhbar ini pada hari tersebut.











KEMPEN SENYUM

MAMPU sedang mempergiat amalan Kempen Amalan Senyum kepada penjawat awam dalam memberi perkhidmatan dengan senyuman terutamanya kepada petugas-petugas barisan hadapan. SENYUM SELALU =)

PROMOSI KRAF AIDILFITRI 2011

Ingin membeli belah sempena ketibaan Aidilfitri? Dapatkan kuih raya, baju melayu, baju kurung dan banyak lagi di Kompleks Kraf Kuala Lumpur sempena Promosi Kraf Aidilfitri ini pada 21 hingga 29 Julai 2011, 10.00 pagi - 8.00 malam.  JANGAN KETINGGAALAN.....

Khamis, 21 Julai 2011

MODEL KRAFTANGAN MEMPERAGA DI PUTRAJAYA


Baju batik sempena sambutan ulang tahun kemerdekaan yang akan menjadi pakaian rasmi Menteri Kabinet telah diperagakan oleh anggota kerja Kraftangan Malaysia pada 20 Julai 2011 di Putrajaya. Rekaan baju itu merangkumi gabungan motif pelbagai kaum di Malaysia. Rekaan baju ini  telah ditunjukkan kepada Timbalan Perdana Menteri Malaysia. Tan Sri  Muhyiddin Yassin sebelum mempengerusikan mesyuarat Kabinet.

KERATAN AKHBAR - UTUSAN MALAYSIA 20 JULAI 2011

EDARAN AKHBAR DI KL SENTRAL TAJAAN KRAFTANGAN MALAYSIA

Kraftangan Malaysia telah menaja 6,000 naskah akhbar Utusan Malaysia untuk edaran secara percuma sempena Promosi Kraf Aidilfitri. Naskah tajaan ini akan diedarkan di lokasi terpilih antaranya, Kompleks Kraf, KL Sentral, Tol Sg Besi dan Tol Jalan Duta. Pasa 21 Julai 2011, edaran sebanyak 1,500 naskah telah diedarkan di KL Sentral. 




MAJLIS PERASMIAN PERKAMPUNGAN BUDAYA PULAU CAREY

Majlis Perasmian Perkampungan Budaya Orang Asli Kaum Mah Meri, Pulau Carey, Selangor oleh YB Dato' Seri Utama Dr. Rais Yatim, Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan telah diadakan pada 18 Julai 2011. 


Perkampungan Budaya Orang Asli Kaum Mah Meri diharap menjadi sebuah pusat komuniti untuk penduduk Pulau CarEy khusus untuk menjalankan aktiviti-aktiviti secara bersama dalam meningkatkan ekonomi melalui aktiviti kebudayaan, juala produk kraf, permainan tradisional dan ubat-ubatan di samping menjadi pusat pelancongan yaang dapat mempromosi seni persembahan, makanan dan aktiviti riadah.

Jumaat, 8 Julai 2011

SEMOGA SEGERA SEMBUH

Baby Zaid, cepat sembuh yea... 

Anak Puan Azwani, anggota kerja Bahagian Komunikasi Korporat telah menjalani pembedahan untuk memasukkan semula  tempurung kepala pada 4 Julai 2011 yang lalu. 3 bulan lalu, tempurung tersebut telah di keluarkan bagi mengeluarkan darah beku yang terdapat di dalam kepalanya.


Atuk, opah, nenek, makcik's, auntie, uncle, doakan semoga segera sembuh dan Kak Wani, banyak-banyakkan doa yea. Nanti ibu bawa Zaid datang jalan-jalan kat ofis yea... Semoga segera sembuh!

Khamis, 7 Julai 2011

HARI BERTEMU PELANGGAN 2011

Hari Bertemu Pelanggan Kraftangan Malaysia merupakan satu pendekatan yang holistik untuk menawarkan perkhidmatan melalui interaksi dan perhubungan yang mesra, telus, cekap dan mencapai sasaran mempertingkatkan kualiti usahawan. Ia memberi fokus kepada keperluan usahawan dalam industri kraf.  Tujuan hari bertemu Pelanggan diadakan ialah untuk :
  • Mendapatkan maklumbalas pelanggan berkaitan perkhidmatan yang disediakan oleh Kraftangan Malaysia
  • mendApatkan cadangan bagi mengambil langkah-langkah penambaikan serta meningkatkan mutu perkhidmatan Kraftangan Malaysia.
Ini adalah penganjuran kali kedua dan akan diadakan pada 12 Julai 2011(Selasa) serentak di cawangan Kraftangan Malaysia seluruh negara kecuali Pulau Pinang dan Sarawak. Antara aktiviti yang akan diadakan adalah seperti berikut :

1. Taklimat Korporat oleh Pengarah Negeri
2. Sesi Dialog bersama Usahawan Kraf
3. Kaunter Helpdesk
4. Kempen Penggunaan Laman Web Kraftangan Malaysia
5. Pengisian Borang Soal Selidik oleh Usahawan


Orang ramai dijemput hadir pada program ini.
Sebarang maklumat lanjut, boleh hubungi Bahagian Komunikasi Korporat di talian 03-21613793

LARANGAN PENGLIBATAN PEGAWAI AWAM DALAM PERHIMPUNAN HARAM ATAU GERAKAN YANG MENGANCAM KESELAMATAN NEGARA

Pengurusan Kraftangan Malaysia telah meneriama pekeliling dari Ketua Pengarah Perkhidmatan awam yang melarang semua pegawai awam supaya tidak terlibat dalam perhimpunan haram atau apa jua bentuk gerakan yang menggaanggu ketenteraman awam dan mengancam keselamatan negara seperti berikut :
  1. Penglibatan secara aktif di luar masa bekerja dengan menyertai apa-apa bentuk gerakan atau perhimpunan haram yang dianjurkan mana-mana pihak.
  2. Menggunakan masa pejabat dan meninggalkan pejabat untuk melihat dan menyertai gerakan atau pehimpunan haram ; dan 
  3. Menggunakan peralatan pejabat seperti mesin cetak, mesin penyalin, komputer untuk mencetak dan mengedar risalah berkaitan dengan apa-apa gerakan aatau perhimpunan.
Tindakan tatatertib boleh diambil sekiranya tidak mematuhi arahan berikut.

Isnin, 4 Julai 2011

LAWATAN RASMI PESERTA IMAM MUDA KE KOMPLEKS KRAF KUALA LUMPUR

Kraftangan Malaysia telah menerima lawatan rasmi Peserta Imam Muda 2, Jabatan Agama Islam Wilayah Pesekutuan (JAWI) dan Astro Oasis pada 28 Jun 2011 (Selasa) jam 2.30 petang.  Peserta Imam Muda 2 tiba jam 2.30 petang dan mereka telah disambut oleh Yang Berusaha En. Misroni Sulaiman, Pengarah Komunikasi Korporat dan pegawai-pegawai kanan Kraftangan Malaysia. Satu sesi tayangan video korporat Kraftangan Malaysia dan sesi soal jawab telah diadakan pada  lawatan kali ini. Puan Rahimah Yeop, Pengarah Bahagian Pengajian Akademik, Penyelidikan dan Penerbitan, Institut Diplomasi dan Hubungan Luar Negeri (IDF) turut menyampaikan sesi taklimat mengenai etiket berpakaian.

Pengerusi majlis- En. Manan


Peserta imam muda 2


Encik Misroni bin Haji Sulaiman menyampaikan taklimat ringkas mengenai Kraftangan Malaysia


Pertanyaan dari peserta

Taklimat ringkas dari Puan Fatimah





Temubual ringkas dari wakil Bahagian Komunikasi Korporat bersama salah seorang peserta imam muda

Peserta mewarna batik