Isnin, 25 Februari 2013

PERTANDINGAN PRODUK KRAF

Terbuka kepada semua usahawan kraf tempatan yang sertai jualan kraf sempena 
Hari Kraf Kebangsaan 2013

  • HADIAH TEMPAT PERTAMA | RM 3000 dan Plaque X 4 bidang
  • HADIAH TEMPAT KEDUA     | RM 2000 dan Plaque X 4 bidang
  • HADIAH TEMPAT KETIGA    | RM 1000 dan Plaque X 4 bidang
  • HADIAH PRODUK KRAF 2013 (KESELURUHAN)  | RM5000 beserta Trofi dan Plaque X 1 orang pemenang





KAUNTER E-INDUSTRI


Sempena berlangsungnya Hari Kraf Kebangsaan 2013
(HKK 2013)

Bahagian Usahawan dengan kerjasama Bahagian Teknologi Maklumat menyediakan perkhidmatan seperti di bawah:
~ Pendaftaran usahawan ke dalam sistem Kraftangan Malaysia.
~ Menyemak dan mengemaskini maklumat usahawan dan syarikat.

~ Pendaftaran MyID usahawan kraf.
~ Mencetak Sijil Pendaftaran Usahawan Kraf.


Tuan/ Puan yang berhasrat untuk berurusan dengan pihak kami untuk tujuan di atas, boleh menemui kami di 
KAUNTER E-INDUSTRI

bertempat di:
Kompleks Kraf Kuala Lumpur (bersebelahan kaunter Urusetia)
25 - 11 Mac 2013
10.00 pagi - 5.00 petang

Kehadiran tuan/ puan amat kami alu-alukan.

RISALAH HKK 2013




IKLAN TV HKK 2013

Iklan TV Komersil Hari Kraf Kebangsaan 2013
Artis : Johan Raja Lawak & Yana Samsudin

Jumaat, 8 Februari 2013

SELAMAT TAHUN BARU CINA

Bahagian Komunikasi Korporat Kraftangan Malaysia mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada semua rakyat Malaysia. Kepada yang pulang ke kampung semasa musim perayaan ini, semoga selamat tiba ke destinasi. Berhati-hati ketika memandu.


CUBISM HKK 2013


Konsep “Cubism” merupakan asas konsep produk baru sempena Hari Kraf Kebangsaan 2013 dengan memberi penekanan utama kepada produk yang diketengahkan. Objektif Pameran dan Jualan Produk Kraf Rekaan baru ini ialah untuk meningkatkan lagi kefahaman dalam penghasilan produk- produk kraf tempatan yang berlandaskan konsep aliran Cubism
Cubism adalah gaya dan pergerakan dalam aliran seni pada awal abad ke-20. Cubism menolak tradisi catan yang mementingkan objek realiti serta menganggap seni sebagai satu konsep ke arah penciptaan dan menolak peniruan. Cubism bercirikan geometri dimana pengurangan bentuk semulajadi kepada geometri. Manakala dari segi penggunaan warna adalah terdiri dari warna yang bertenaga.
Prinsip dasar umum yang terdapat pada Cubism iaitu menggambarkan bentuk objek dengan cara memotong, distorsi, bertindih, penyerdeharnaan, transpirasi , deformasi, menyusun dan aneka tempa. Melalui gerakan dan gaya aliran seni ini membawa identiti baru ke arah budaya timur dan mencipta serta memberikan kelainan dalam produk kraf atau juga aliran baru dalam rekabentuk kraf tempatan. Rujukan konsep produk dan rekaan dipilih disesuaikan dengan kaedah yang digunakan dalam proses pembangunan reka bentuk produk kraf tempatan.
Dengan kraf rekaan baru ini, ianya mampu meningkatkan kreativiti dan inovasi dalam pembangunan produk serta kepelbagaian sumber bahan(tekstil, hasil rimba, hasil logam, seramik) dan teknik-teknik mengikut identiti bangsa, budaya dan trend semasa yang bersesuaian serta dapat mempromosikan produk kraf Malaysia melalui rekabentuk produk, rekacorak, dan kepelbagaian fungsi untuk memenuhi kehendak pasaran semasa.


Khamis, 7 Februari 2013

PERTANDINGAN SEMPENA HKK2013

Kraftangan Malaysia mempelawa rakyat Malaysia yang berbakat dalam bidang nyanyian serta mempunyai kepelbagaian bakat untuk menyertai dua pertandingan iaitu Pertandingan Bintang HKK (Nyanyian) dan Pertandingan Bakat sempena sambutan Hari Kraf Kebangsaan 2013 yang berlangsung dari 27 Februari hingga 11 Mac 2013. Kedua-dua pertandingan ini diadakan dengan tujuan untuk mencungkil bakat seni yang dimiliki oleh rakyat Malaysia sambil memeriahkan sambutan ke-11 Hari Kraf Kebangsaan.