Isnin, 15 Ogos 2011

AL-FATIHAH


Seorang lagi pengumpul dan peminat songket telah pergi mengadap Ilahi. Takziah diucapkan kepada keluarga arwah, semoga rohnya tenang di samping penciptaNya. Al-Fatihah

Isnin, 1 Ogos 2011

RAMADHAN DATANG LAGI


Ramadhan baharu sahaja menjemput kita semua sebagai umat di muka bumi ini untuk beribadah.  Sebagai tetamu Ramadhan syukur dipanjatkan kerana Ramadhan kali ini membuka pintu untuk kita bertemu Allah SWT.  Bersama-samalah menghidupkan waktu siang dan malam Ramadan dengan melipat-gandakan amalan-amalan sunat yang lain.

"Sesiapa yang melaksanakan puasa Ramadan dengan penuh keimanan dan penuh kesedaran nescaya diampuni dosa-dosanya yang lalu." (riwayat al-Bukhari dan Muslim)

…………………….Selamat menunaikan ibadah puasa……………………….