Rabu, 13 November 2013

PESTA KONVOKESYEN IKN

Sempena Majlis Konvokesyen Institut Kraf Negara (IKN) Ke-12, akan diadakan Pesta Konvokesyen selama 4 hari, bermula 13 hingga 16 November 2013, bertempat di IKN, Rawang. Banyak acara menarik menanti pengunjung. Semua dijemput. 




FESTIVAL KRAF LANGKAWI


MAJLIS PERASMIAN
Tarikh : 23 November 2013 (Sabtu)
Masa : 11.00 pagi
Tempat : Dataran Tangga Seribu, Kompleks Kraf Langkawi


Semasa hari perasmian juga, akan diadakan aktiviti "Berjalan Santai Di Langkawi Bersama Anjung Seri" anjuran Berita Publishing Sdn. Bhd iaitu syarikat yang meneribitkan majalah popular Anjung Seri. Aktiviti ini melibatkan penyertaan 1000 peserta dari seluruh negara yang akan berjalan santau sejauh 3km di sepanjang Pantai Pasir Hitam. 
Semua dijemput hadir bagi memeriahkan festival ini. 

Khamis, 7 November 2013

TAHNIAH DATO' KP


Penganugerahan Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP)

Seluruh warga Kraftangan Malaysia merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah di atas penganugerahan Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Dato' kepada Yang Berbahagia Dato' Mohd. Kamil Mohd Ali, Ketua Pengarah Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia sempena ulang tahun ke-83 Hari Keputeraan Sultan Pahang di Istana Abu Bakar, Pekan Pahang pada 24 Oktober 2013

Isnin, 28 Oktober 2013

PESTA CAHAYA DEEPAVALI 2013


Perkataan Deepavali merupakan gabungan perkataan "Dipa" yang beerti cahaya dan perkataan "Gavali" yang beerti barisan. 

Menurut lagenda, Raja Narakasura yang kejam dan selalu memeras rakyatnya, telah dikalahkan dan dibunuh oleh Dewa Krishnan. Sebelum mati, Raja Narakasura meminta semua manusia agar mereka merai hari kemenangan itu sebagai peringatan kepada yang mereka yang baik tentang godaan hantu dan syaitan, peringatan kepada mereka yang lupa agar berbuat baik dan menjauhi daripada membuat kejahatan sesama manusia. Pelita yang dipasang dalam barisan dapat dilihat dinyalakan di rumah penganut Hindu bagi melambangkan kejayaan kebaikan mengatasi kejahatan yang dirayakan sebagai perayaan Deepavali.

Sempena perayaan ini yang jatuh pada 2 November 2013 (Sabtu), Bahagian Komunikasi Korporat Kraftangan Malaysia ingin mengucapkan Selamat Hari Deepavali kepada semua penganut agama Hindu di seluruh negara. 


Sumber : Wikipedia

Rabu, 23 Oktober 2013

PERASMIAN INSTITUT KEMAHIRAN TENUN PAHANG DIRAJA TENGKU AMPUAN BESAR MERIAM

Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia melalui Kraftangan Malaysia telah mengadakan Majlis Perasmian Institut Kemahiran Tenun Pahang Diraja Tengku Ampuan Besar Meriam. Majlis disempurnakan oleh Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Pahang pada 20 Oktober 2013 bertempat di Kompleks Budaya Pulau Keladi, Pekan Pahang.

Hadir sama ialah Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Puan Pahang , Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang dan Isteri.Yang Berbahagia Datuk Dr. Ong Hong Peng, Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia, Yang Berbahagia Dato’ Haji Sohaimi bin Shahadan, Pengerusi Kraftangan Malaysia serta Yang Berbahagia Encik Mohd Kamil Mohd Ali, Ketua Pengarah Kraftangan Malaysia.

Pada majlis ini,  Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Pahang turut menyempurnakan Pengurniaan Sijil Kemahiran Tenun Pahang Diraja kepada 43 orang penerima yang mana terdiri daripada Graduan IKTPD (10 orang), Sijil Watikah Pemakaian Logo Tenun Pahang Diraja (11 orang), Sijil Anugerah UNESCO (2 orang) dan Sijil Penyertaan Bimbingan Teknikal (20 orang).

Sempena majlis ini juga, beberapa aktiviti khas diadakan seperti Pameran Produk Pelajar, Pameran Produk Rekaan Baru Tenun Pahang, Interaktif dan Pendidikan Kraf, Jualan Produk Kraf oleh 11 syarikat tenun Pahang termasuk produk kraf dari Jabatan Penjara, Demonstrasi Kraf, Persembahan Kesenian dan Kuiz Tenun Pahang.

Selasa, 22 Oktober 2013

TAHNIAH PENGERUSI KRAFTANGAN MALAYSIA


Tahniah kepada Yang Berbahagia Dato' Sohaimi Shahadan merangkap Pengerusi Kraftangan Malaysia yang telah berjaya memenangi kerusi Majlis Tertinggi UMNO 2013-2016.
Pengumuman keputusan rasmi telah dibuat oleh Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan parti Tan Sri Tajol Rosli Ghazali pada 20 Oktober 2013 semasa sidang media di Menara Dato' Onn, PWTC.
Sekali lagi, tahniah diucapkan dan selamat menjalankan tugas.

UCAPAN TAKZIAH

Takziah diucapkan kepada Puan Siti Habsah binti Romlan, anggota kerja Bahagian Komunikasi Korporat Kraftangan Malaysia yang kehilangan ayahanda tersayang pada petang 19 Oktober 2013. Kami mendoakan Puan Siti Habsah sekeluarga tabah menerima kehilangan ini. Semoga allahyarham di tempatkan dikalangan hambanya yang soleh dan beriman. Takziah dan Al-Fatihah. 

Khamis, 10 Oktober 2013

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA 1434H


Aidiladha adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim a.s.dalam menunaikan perintah Allah dan kesabaran anaknya Nabi Ismail a.s. dalam memenuhi perintah Allah SWT.

Hari Raya Korban jatuh pada hari kesepuluh pada bulan Zulhijjah, bulan terakhir pada kalender Hijrah Islam. 10 Zulhijjah merupakan tarikh penting dalam sejarah Islam di mana Nabi Adam dan isterinya Hawa dikeluarkan dari syurga dan diturunkan ke bumi sebelum berjumpa di padang Arafah, di luar bandar Mekah.
Pada hari raya, orang Islam disunatkan mengenakan pakaian yang paling cantik, paling bersih, dan juga mengenakan wangi-wangian. Pada pagi hari raya korban, umat Islam akan mengerjakan sembahyang sunat Hari Raya sebanyak 2 rakaat dengan 7 takbir pada rakaat pertama diikuti 5 takbir pada rakaat kedua.

Pada kebiasaannya solat sunat Aidiladha dicepatkan sedikit berbanding solat sunat Aidilfitri. Hikmahnya dicepatkan sedikit waktu solat sunat Aidiladha adalah bagi memberi lebih banyak masa untuk penyembelihan korban. Hikmahnya dilewatkan sedikit solat sunat Aidilfitri pula adalah bagi membenarkan peluang bagi mereka yang belum membayar zakat menunaikan kewajipan mereka dan disunatkan makan dahulu sebelum pergi ke masjid

Kepada semua rakyat Malaysia, Kraftangan Malaysia mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiiladha. Semoga setiap ibadah kita diterimaNya.


sumber : Wikipedia

Rabu, 9 Oktober 2013

UACAPAN TAKZIAH


Kraftangan Malaysia mengucapkan takziah kepada Tuan Haji Ramli bin Mohd Nor di atas pemergian isteri tersayang Allahyarhamah Puan Hajah Rahimah binti Kadir pada pagi 9 Oktober 2013 bersamaan 4 Zulhijjah di Hospital Seremban. Semoga allahyarhamah di tempatkan dikalangan hambanya yang solehah dan beriman. Pastinya pemergian seorang isteri dan ibu ini amat dirasai seluruh anggota keluarganya. Takziah dan Al-Fatihah.

Khamis, 3 Oktober 2013

"CRAFT CHEF OF THE DAY" SEMPENA PROMOSI HIASAN DALAM DAN SENI TAMAN

Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia, agensi kerajaan di bawah Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia, akan menganjurkan Pertandingan Craft Chef of The Day pada sempena program Promosi Hiasan Dalaman & Seni Taman 2013 dari 26 September hingga 7 Oktober 2013. Pertandingan ini akan diadakan seperti berikut:

Tarikh  : 5 Oktober 2013 (Sabtu)
Masa  : 12.00 Tengahari hingga 1.30 petang (masa penyediaan hidangan)
Tempat:  : Kompleks Kraf Kuala Lumpur

Pertandingan memasak ini merupakan pertandingan di peringkat separa profesional yang akan disertai oleh penuntut Jurusan Seni Kulinari dari Institut Pengajian Tinggi di Malaysia secara berkumpulan. Setiap kumpulan perlu menyediakan hidangan lengkap (Appertizer, Main Course & Dessert) menggunakan bahan masakan yang disediakan oleh pihak penganjur. Format pertandingan akan dinilai berdasarkandari hasil masakan (rasa) dan juga kreativiti hiasan meja hidangan (table setting). Setiap kumpulan perlu menyediakan 3 menu hidangan lengkap menggunakan bahan masakan yang disediakan oleh penganjur.

Bagi mengekalkan tahap mutu dan kualiti pertandingan ini, juri bertauliah iaitu jemputan rancangan Masterchef Malaysia Pertama iaitu Chef Mohamad Rashidi Abd Manap dan Chef Yahaya Hassan telah dilantik sebagai koordinator dan juri utama bagi pertandingan ini.

Hadiah bagi pemenang utama ialah wang tunai berjumlah RM1,500.00, pemenang tempat kedua RM1,000.00 dan pemenang tempat ketiga RM700.00 bersamping plak, hamper tajaan Maggi, Majalah tajaan Kumpulan Karangkraf dan Sijil Penghargaan.

Selasa, 1 Oktober 2013

GIMIK PERASMIAN PROMOSI HIASAN DALAMAN DAN SENI TAMAN

YB Menteri menyempurnakan gimik perasmian 
Terima kasih kepada YB Dato' Seri Mohamed Nazri bin Tan Sri Abdul Aziz, Menteri Pelancongan dan Kebudayaan kerana sudi hadir merasmikan  Promosi Hiasan Dalaman dan Seni Taman 2013 yang telah diadakan pada 30 September 2013 (Isnin), jam 10.30 pagi di Kompleks Kraf Kuala Lumpur. 
Keterangan Gimik : Ukiran hiasan panel menonjolkan elemen tumbuh-tumbuhan yang melambangkan motif berkaitan dengan kehidupan masyarakat. Motif yang digunakan adalah tumbuhan “KangKung” dan “Daun Pandan” yang menggunakan teknik tebuk tembus silat nipis, tebal dan dalam.
Untuk menterjemahkan kesempurnaan, YB Menteri mempersembahkan ukiran bunga kangkung dan memasukkan ke dalam ruang kosong yang ditinggalkan. Apabila bunga kangkung itu dimasukkan, aliran cahaya di bahagian belakang ukiran akan memancarkan cahaya dan mempamerkan situasi 3D dan kini rekaan tradisional akan kelihatan bercirikan kontemporari. Ia memberi maksud suatu harapan yang lebih baik pada penghasilan produk kraf yang pelbagai.
Kini rekaan tradisional kontemporari bukan sahaja menampilkan gaya moden, tetapi lebih eksklusif dan kehadirannya perlu disesuaikan dengan konsep ruang dalam produk hiasan dalaman dan prosuk seni taman.

Khamis, 26 September 2013

PERTANDINGAN KRAF KREATIF 2013

Bersempena dengan Promosi Hiasan Dalaman dan Seni Taman, Kraftangan Malaysia turut mengadakan pelbagai pertandingan menarik yang disediakan khas untuk pengunjung. Antaranya :

PERTANDINGAN UKIRAN BUAH DAN SAYUR
Ahad 29 September 2013 / 2.30 – 4.30 petang )
Dijemput: Food & Beverages (Chef, Pembantu Chef, Pelajar - hotel, pramusaji dan katering, restoran, akademi kulinari) / Individu Berbakat
“ Tampilkan seni ukiran buahan dan sayuran yang kreatif, sebagai dekorasi yang memberi impak suasana segar dan menyerlahkan keindahan acara/ruang. Kemahiran anda dalam membentuk buahan dan sayuran kepada pelbagai ‘arca magis dari imaginasi’ merupakan sebuah ekspresi kesenian yang bakal memukau visual para audiens. “

PERTANDINGAN HIASAN SARUNG KUSYEN
Selasa / 1 Oktober 2013 / 2.30 – 4.30 petang )
Dijemput: Pereka Jahitan Hiasan Dalaman / Individu Berbakat 
“ Bereksperimenlah dengan kit jarum dan benang anda! Gunakan pelbagai teknik - konsep - aksesori jahitan kepada sebuah sarung kusyen asas yang dinilaitambahkan menjadi objek penyeri sofa atau sudut ruangan. “


PERTANDINGAN GUBAHAN BUNGA HIASAN
Rabu / 2 Oktober 2013 / 2.30 – 4.30 petang )
Dijemput: Penggubah Bunga (Floris / Konsultan dan Pereka Dalaman / Hotel – housekeeping dan susun atur suasana) / Individu Berbakat
“ Serlahkan sentuhan dari hati anda dengan memadankan pelbagai bungaan harum menjadi objek harmoni untuk diletakkan di ruangan tertentu (meja makan / outlet / ruangan / majlis). Hiasilah mengikut citarasa anda, digubah selari dengan kesesuaian konsep dan tema. “

PERTANDINGAN HIASAN ANYAMAN KELARAI
Khamis / 3 Oktober 2013 / 2.30 – 4.30 petang)
Dijemput: Pakar anyaman / Individu Berbakat 
“ Ceritakan idea anda dengan jalinan mengkuang pelbagai warna yang membentuk motif tersendiri. Hasilnya - sebuah anyaman yang berpadu kukuh - baik berseni tradisional atau kontemporari. “

PERTANDINGAN PERMAINAN CONGKAK MALAYSIA
(Ahad / 6 Oktober 2013 / 12.00 tengah hari) 


Isi borang dibawah dan kembalikan kepada urus setia! Jangan ketinggalan.. hadiah manarik menanti pemenang!! 



Khamis, 19 September 2013

PROMOSI HIASAN DALAMAN DAN SENI LAMAN 2013


MINGGU MALAYSIA LONDON 2013

Malaysia Cultural Week 2013 in London yang dianjurkan oleh Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan sedang berlangsung pada hari ini 19hb hingga 23 September 2013 di South Bank, London. Seramai 10 orang usahawan dan 5 orang jurudemo dari Kraftangan Malaysia turut terlibat dalam aktiviti ini iaitu: 

Usahawan (Jualan Kraf)
1. Batik Selat (Batik – Pakaian Siap) 
2. D’ Waqaka Klasik (Batik – Pakaian Siap) 
3. Ruzz Gahara (Batik - Pakaian siap / Kotak hadiah
4. Kedai SDSI & Kraf Holding (Hasil Rimba / Aneka Kraf & Batik
5. La’ Seri Collection  (Logam Aksesori -Pewter
6. Paulini Nusantara (Logam Aksesori -Pewter
7. Sweet Touch Ceramic Sdn Bhd (Seramik -Porcelain
8. Asli Kraf (Etnik Orang Asli)
9. Bastari Jaya (Aneka Kraf - Aksesori Mutiara) 
10. Livan Handicraft (Aneka Kraf - Aksesori Manik)

Demonstrasi dan Interaktif Kraf
1. En. Yus Faizal bin Abdul Rahim - Batik Canting 
2. En. Ramadas a/l Vengadasalam - Pasu Seramik
3. En. Nayar Morunting - Anyaman Ribu-Ribu
4. En. Emang Wan Laing - Hasil Rimba (Sape)
5. En. Samat bin Man - Wau



Bertemakan "Faces for 1Malaysia" , acara itu akan dirasmikan oleh YB Dato' Seri Mohamed Nazri Tan Sri Abdul Aziz, Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia pada 21 September 2013. Pelbagai acara dan aktiviti menarik antaranya ialah persembahan muzik tradisional, jualan dan demonstrasi membuat kraf, pertunjukan fesyen batik dan songket Malaysia dengan rekaan tradisional dan kontemporari dan lain-lain lagi yang menggambarkan Malaysia kaya dengan warisan, budaya serta hasil kerja tangan yang kreatif untuk dipersembahkan di pentas global.


Selain itu, artifak Muzium, manuskrip Melayu yang asal dan butiran warisan turut dipaparkan untuk tatapan umum. Pengunjung juga berpeluang untuk menikmati masakan Malaysia yang lazat dan popular. Acara turut diserikan dengan pameran dan persembahan permainan tradisional masyarakat di Malaysia dan para pengunjung boleh menyertai dan merasai sendiri permainan tersebut. Terdapat juga booth promosi percutian dan pakej pelancongan menarik melawat ke Malaysia  sebagai salah satu langkah menarik minat pengunjung untuk menyertai Tahun Melawat Malaysia 2014.

Minggu Malaysia London 2012

Minggu Malaysia London 2012

Rabu, 18 September 2013

PERTANDINGAN SEMPENA PROMOSI HIASAN DALAMAN DAN SENI TAMAN 2013

Perhatian kepada semua rakyat Malaysia, 

Sepanjang program Promosi Hiasan Dalaman dan Seni Taman 2013, Kraftangan Malaysia berbesar hati untuk  menganjurkan pelbagai pertandingan menarik kepada pengunjung. Hadiah lumayan menanti pemenang! Segera isi borang pertandingan di bawah dan kembalikan kepada urus setia sebelum tarikh tutup. Hubungi 03-2161 1468 untuk pertanyaan lanjut. 


PERTANDINGAN CABARAN "CRAFT CHEF OF THE DAY"

PERTANDINGAN LAMAN DAN TAMAN

PERTANDINGAN KRAF KREATIF

Selasa, 10 September 2013

SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH HAJI



“…Mengerjakan haji itu adalah kewajiban manusia terhadap Allah, yaitu (bagi) orang yang sanggup mengadakan perjalanan ke Baitullah. Barangsiapa mengingkari (ke-wajiban haji), maka sesungguhnya Allah Mahakaya (tidak memerlukan sesuatu) dari semesta alam.” (QS. Ali Imran: 97)
Kraftangan Malaysia mengucapkan selamat menunaikan ibadah haji bagi tahun 1434H kepada muslimin dan muslimat  di seluruh negara dan khususnya kepada anggota kerja Kraftangan Malaysia dan usahawan kraf yang mengerjakan ibadah haji pada tahun ini. 
Semoga semua jemaah haji sentiasa tabah dan banyak bersabar dalam melaksanakan ibadah haji agar memperolehi haji yang mabrur, insya-Allah.

Isnin, 26 Ogos 2013

KOMPLEKS KRAF NEGERI SEMBILAN DITUTUP

PERPINDAHAN CAWANGAN KRAFTANGAN MALAYSIA NEGERI SEMBILAN

Kompleks Kraf Negeri Sembilan di Seremban


Kompleks Kraf Negeri Sembilan yang terletak di Jalan Dato’ Abdul Kadir, Seremban, Negeri Sembilan dengan rasminya ditutup mulai 01 September 2013. Semua operasi dan urusan berkaitan dengan kraf tangan berpindah ke :
Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia
Cawangan Negeri Sembilan
K.M. 1.6, Jalan Seremban
72000 Kuala Pilah
Negeri Sembilan.
      Tel    : 06-481 1045       
Faks : 06-481 5844




Jumaat, 23 Ogos 2013

SELAMAT HARI WANITA 2013

Bahagian Komunikasi Korporat  mengucapkan Selamat Hari Wanita kepada seluruh wanita di Malaysia terutamanya anggota kerja wanita Kraftangan Malaysia. ‘Respek Wanita: Masyarakat Sejahtera’ 

“Bila kita sebut respek wanita, maknanya wanita perlu dihormati dilayani dengan baik, di mana sahaja mereka berada baik di rumah, di pejabat hatta di dalam lif sekalipun, bertepatan dengan isi khutbah terakhir Nabi Muhammad S.A.W, yang bermaksud, “Layanilah wanita-wanita kamu dengan dan berlemah-lembutlah terhadap mereka, kerana sesungguhnya, mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia,” ucapan Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Bin Tun Abdul Razak  semasa merasmikan Majlis Sambutan Hari Wanita Kebangsaan 2013.

Selasa, 20 Ogos 2013

JALUR GEMILANG

Tema Hari Kemerdekaan ke-56 : "Malaysiaku Berdaulat : Tanah Tumpahnya Darahku"


JALUR GEMILANGNama tersebut di ishtiharkan oleh Tun Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri ketika itu pada jam 11.58 malam, 31 Ogos 1997, di Dataran Merdeka. Ia terpilih dari 3 nama yang di senarai pendek dari 28 nama yang di cadangkan, namun bentuknya terus di kekalkan.


Jalur menggambarkan 14 jalur merah putih yang melambangkan satu haluan yang lurus, hala tuju yang sama dan arah yang sama yang di amalkan oleh rakyat untuk menuju kegemilangan bangsa dan negara.
Gemilang pula bermaksud ‘cahaya’, terang benderang dan cemerlang, Jalur Gemilang memberi pengertian kecemerlangan negara Malaysia dan rakyatnya dalam mengharungi apa juga bidang kehidupan di dalam dan di luar negara dengan kesuguhan, kegigihan dan kesangguppan untuk menaikkan imej negara.
Untuk sambutan Hari Kemerdekaan ke-56, Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak telah melancarkan kempen kibar Jalur gemilang Peringkat Kebangsaan Tahun 2013 di Dataran Zero, Sungai Petani, Kedah pada 16 Ogos 2013 (Jumaat) yang lalu.
Ayuh! Tunjukkan semangat cintakan negara dengan mengibarkan Jalur Gemilang di seluruh negara. 

SELAMAT HARI KEMERDEKAAN KE-56!

Jumaat, 2 Ogos 2013

Khamis, 1 Ogos 2013

LANJUTAN TARIKH PROMOSI KRAF AIDILFITRI 2013

Berikutan sambutan yang menggalakkan, Promosi Kraf Aidilfitri dilanjutkan sehingga 4 Ogos 2013 (Ahad) dari jam 10.00 pagi hingga 6.00 petang di Kompleks Kraf Kuala Lumpur, Jalan Conlay.



Jumaat, 26 Julai 2013

TAKZIAH

Bahagian Komunikasi Korporat, Kraftangan Malaysia mengucapkan takziah kepada Puan Waheeda Binti Md Hussain sekeluarga, anggota kerja Kraftangan Malaysia Cawangan Negeri Sembilan kerana bapanya telah kembali ke rahmatullah pada pagi 26 Julai 2013(Jumaat) di rumah beliau Kampung Ismail Ampangan,Seremban, Negeri Sembilan.

Semoga Allahyarham ditempatkan dikalangan hanbaNya yang soleh. Al-Fatihah. 

Selasa, 9 Julai 2013

RAMADHAN 1434H

Tiada dalam gambar : Habsah, Mariam, Luqman, Wani, Zurina, Zainor
Bahagian Komunikasi Korporat, Kraftangan Malaysia mengucapkan selamat menyambut kedatangan Ramadhan Al Mubarak. Semoga roh Ramadhan 1434H  ini dapat dihayati sepenuhnya agar kita dapat mengejar pahala dengan sebanyak mungkin. Selamat Berpuasa!

Isnin, 8 Julai 2013

WAKTU OPERASI KARYANEKA

Untuk makluman, sempena kedatangan Ramadhan 1434H, waktu operasi Syarikat Pemasaran Karyaneka Sdn Bhd di seluruh negara adalah seperti berikut :



Nota : Sebaik bulan Ramadhan berakhir, masa operasi akan berjalan seperti biasa.

Rabu, 3 Julai 2013

BULETIN KRAF BIL.7/2013


Buletin Kraf Bil.7/2013 (April-Jun) telah diterbitkan. Penghias muka depan buletin kali ini memang istimewa kerana pertama kali menampilkan usahawan lelaki. Beliau ialah penerima Anugerah Tukang Ulung HKK2013 iaitu Encik Koh Kim Bock, Usahawan Kraf Gasing. 

Antara artikel yang menarik pada keluaran kali ini, "Cinta Benang Emas - Hajah Azizah", "Wan Zainab Wan Ibrahim -Nadia Batik", "Kota Songket -Terengganu" dan banyak lagi. Jika berminat untuk dapatkannya boleh emel nama penuh dan alamat untuk penghantaran ke sitimariam@kraftangan.gov.my. Edaran adalah percuma. 


Jumaat, 28 Jun 2013

PROMOSI KERJA KAHWIN 2013

Kraftangan Malaysia telah menganjurkan Promosi Kerja Kahwin mulai 19 Jun hingga 1 Julai 2013. Promosi Kerja Kahwin yang bermula dari 10 pagi hingga 10 malam pada kali ini mengetengahkan kepelbagaian penggunaan produk kraf tempatan dalam majlis perkahwinan. Majlis Sidang Media telah diadakan pada 24 Jun 2013 (Isnin) dan telah disempurnakan oleh YB Dato' Seri Mohamed Nazri Tan Sri Abdul Aziz, Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia. 

Antara acara menarik sepanjang promosi berlangsung termasuk majlis persandingan  beramai-ramai, peragaan fesyen pengantin kraf tekstil Malaysia, manifestasi perkahwinan Malaysia, pertandingan seni perkahwinan Malaysia, rewang Pengantin dan bual bicara dekorasi & hiasan perkahwinan.










Selasa, 11 Jun 2013

LAWATAN BERPANDU SEMPENA PROMOSI KERJA KAHWIN 2013

Kraftangan Malaysia, agensi di bawah Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan (KPK) akan menganjurkan Promosi Kerja Kahwin 2013 yang akan bermula pada 19 Jun - 1 Julai 2013, jam 10.00 pagi hingga 10.00 malam di Kompleks Kraf Kuala Lumpur, Jalan Conlay. 

Pelbagai aktiviti menarik diadakan sepanjang Promosi Kerja Kahwin 2013, seperti jualan produk kraf, pameran produk baru, demonstrasi kraf, interaktif kraf, manifestasi perkahwinan Malaysia serta demonstrasi masakan kuih tradisional. Promosi ini melibatkan sejumlah 250 orang usahawan dalam bidang kraf dan perkhidmatan perkahwinan yang menyediakan perkhidmatan tempahan majlis perkahwinan dan penyajian. 

Kraftangan Malaysia menjemput semua rakyat Malaysia yang berminat untuk menyertai Lawatan Berpandu Berkumpulan untuk mengisi borang di link berikut. Sebarang pertanyaan lanjut, boleh hubungi urus setia di talian 03-2161 1480 / 03- 2161 3793.