Jumaat, 26 November 2010

Promosi Seramik 1Malaysia & Promosi Kraf Hasil Rimba 2010

Kraftangan Malaysia sedang mengadakan Promosi Seramik 1Malaysia 2010 pada 24 hingga 28 November 2010 ( 5 hari ) dan Promosi Kraf Hasil Rimba 2010 pada 2 hingga 6 Disember 2010 ( 5 hari ). Penyertaan dibuka kepada semua pengusaha produk dalam industri seramik seperti kraf, jubin, hiasan taman serta hiasan dalaman dan produk kraf hasil rimba.

Orang ramai dijemput hadir

Konvokesyen Institut Kraf Negara (IKN) ke 9

Institut Kraf Negara, Bersempena dengan Konvokesyen Institut Kraf Negara (IKN) ke 9, seramai 176 graduan dalam enam jurusan akan diraikan pada majlis tersebut. Majlis Konvokesyen akan diadakan pada 25 November 2010 dan akan disempurnakan oleh Yang Berhormat Dato’ Joseph Salang, Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia.

Konvokesyen kali ini bakal memperlihatkan kelainan dan kemeriahan sambutan susulan daripada graduan sulung yang menamatkan pengajian dalam sijil dan diploma masing-masing menerima pengiktirafan daripada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

Bersempena dengan majlis tersebut akan berlangsung juga pesta Konvo bermula pada 24 November hingga 27 November 2010 di Institut Kraf Negara, Templer Park, Rawang Selangor. Pelbagai aktiviti diadakan antaranya jualan kraf, persembahan kesenian, demonstrasi kraf, demonstrasi dan jualan kuih tradisional, pertandingan kraf dan karaoke serta aktiviti-aktiviti lain yang akan menceriakan suasana di IKN.

Tahniah diucapkan kepada graduan dan kepada orang ramai yang ingin turut serta, kehadiran semua pada Pesta Konvo IKN ke 9 adalah dialu-alukan.


Oleh : Abdul Manan Ismail