Khamis, 26 September 2013

PERTANDINGAN KRAF KREATIF 2013

Bersempena dengan Promosi Hiasan Dalaman dan Seni Taman, Kraftangan Malaysia turut mengadakan pelbagai pertandingan menarik yang disediakan khas untuk pengunjung. Antaranya :

PERTANDINGAN UKIRAN BUAH DAN SAYUR
Ahad 29 September 2013 / 2.30 – 4.30 petang )
Dijemput: Food & Beverages (Chef, Pembantu Chef, Pelajar - hotel, pramusaji dan katering, restoran, akademi kulinari) / Individu Berbakat
“ Tampilkan seni ukiran buahan dan sayuran yang kreatif, sebagai dekorasi yang memberi impak suasana segar dan menyerlahkan keindahan acara/ruang. Kemahiran anda dalam membentuk buahan dan sayuran kepada pelbagai ‘arca magis dari imaginasi’ merupakan sebuah ekspresi kesenian yang bakal memukau visual para audiens. “

PERTANDINGAN HIASAN SARUNG KUSYEN
Selasa / 1 Oktober 2013 / 2.30 – 4.30 petang )
Dijemput: Pereka Jahitan Hiasan Dalaman / Individu Berbakat 
“ Bereksperimenlah dengan kit jarum dan benang anda! Gunakan pelbagai teknik - konsep - aksesori jahitan kepada sebuah sarung kusyen asas yang dinilaitambahkan menjadi objek penyeri sofa atau sudut ruangan. “


PERTANDINGAN GUBAHAN BUNGA HIASAN
Rabu / 2 Oktober 2013 / 2.30 – 4.30 petang )
Dijemput: Penggubah Bunga (Floris / Konsultan dan Pereka Dalaman / Hotel – housekeeping dan susun atur suasana) / Individu Berbakat
“ Serlahkan sentuhan dari hati anda dengan memadankan pelbagai bungaan harum menjadi objek harmoni untuk diletakkan di ruangan tertentu (meja makan / outlet / ruangan / majlis). Hiasilah mengikut citarasa anda, digubah selari dengan kesesuaian konsep dan tema. “

PERTANDINGAN HIASAN ANYAMAN KELARAI
Khamis / 3 Oktober 2013 / 2.30 – 4.30 petang)
Dijemput: Pakar anyaman / Individu Berbakat 
“ Ceritakan idea anda dengan jalinan mengkuang pelbagai warna yang membentuk motif tersendiri. Hasilnya - sebuah anyaman yang berpadu kukuh - baik berseni tradisional atau kontemporari. “

PERTANDINGAN PERMAINAN CONGKAK MALAYSIA
(Ahad / 6 Oktober 2013 / 12.00 tengah hari) 


Isi borang dibawah dan kembalikan kepada urus setia! Jangan ketinggalan.. hadiah manarik menanti pemenang!! 



Khamis, 19 September 2013

PROMOSI HIASAN DALAMAN DAN SENI LAMAN 2013


MINGGU MALAYSIA LONDON 2013

Malaysia Cultural Week 2013 in London yang dianjurkan oleh Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan sedang berlangsung pada hari ini 19hb hingga 23 September 2013 di South Bank, London. Seramai 10 orang usahawan dan 5 orang jurudemo dari Kraftangan Malaysia turut terlibat dalam aktiviti ini iaitu: 

Usahawan (Jualan Kraf)
1. Batik Selat (Batik – Pakaian Siap) 
2. D’ Waqaka Klasik (Batik – Pakaian Siap) 
3. Ruzz Gahara (Batik - Pakaian siap / Kotak hadiah
4. Kedai SDSI & Kraf Holding (Hasil Rimba / Aneka Kraf & Batik
5. La’ Seri Collection  (Logam Aksesori -Pewter
6. Paulini Nusantara (Logam Aksesori -Pewter
7. Sweet Touch Ceramic Sdn Bhd (Seramik -Porcelain
8. Asli Kraf (Etnik Orang Asli)
9. Bastari Jaya (Aneka Kraf - Aksesori Mutiara) 
10. Livan Handicraft (Aneka Kraf - Aksesori Manik)

Demonstrasi dan Interaktif Kraf
1. En. Yus Faizal bin Abdul Rahim - Batik Canting 
2. En. Ramadas a/l Vengadasalam - Pasu Seramik
3. En. Nayar Morunting - Anyaman Ribu-Ribu
4. En. Emang Wan Laing - Hasil Rimba (Sape)
5. En. Samat bin Man - Wau



Bertemakan "Faces for 1Malaysia" , acara itu akan dirasmikan oleh YB Dato' Seri Mohamed Nazri Tan Sri Abdul Aziz, Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia pada 21 September 2013. Pelbagai acara dan aktiviti menarik antaranya ialah persembahan muzik tradisional, jualan dan demonstrasi membuat kraf, pertunjukan fesyen batik dan songket Malaysia dengan rekaan tradisional dan kontemporari dan lain-lain lagi yang menggambarkan Malaysia kaya dengan warisan, budaya serta hasil kerja tangan yang kreatif untuk dipersembahkan di pentas global.


Selain itu, artifak Muzium, manuskrip Melayu yang asal dan butiran warisan turut dipaparkan untuk tatapan umum. Pengunjung juga berpeluang untuk menikmati masakan Malaysia yang lazat dan popular. Acara turut diserikan dengan pameran dan persembahan permainan tradisional masyarakat di Malaysia dan para pengunjung boleh menyertai dan merasai sendiri permainan tersebut. Terdapat juga booth promosi percutian dan pakej pelancongan menarik melawat ke Malaysia  sebagai salah satu langkah menarik minat pengunjung untuk menyertai Tahun Melawat Malaysia 2014.

Minggu Malaysia London 2012

Minggu Malaysia London 2012

Rabu, 18 September 2013

PERTANDINGAN SEMPENA PROMOSI HIASAN DALAMAN DAN SENI TAMAN 2013

Perhatian kepada semua rakyat Malaysia, 

Sepanjang program Promosi Hiasan Dalaman dan Seni Taman 2013, Kraftangan Malaysia berbesar hati untuk  menganjurkan pelbagai pertandingan menarik kepada pengunjung. Hadiah lumayan menanti pemenang! Segera isi borang pertandingan di bawah dan kembalikan kepada urus setia sebelum tarikh tutup. Hubungi 03-2161 1468 untuk pertanyaan lanjut. 


PERTANDINGAN CABARAN "CRAFT CHEF OF THE DAY"

PERTANDINGAN LAMAN DAN TAMAN

PERTANDINGAN KRAF KREATIF

Selasa, 10 September 2013

SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH HAJI



“…Mengerjakan haji itu adalah kewajiban manusia terhadap Allah, yaitu (bagi) orang yang sanggup mengadakan perjalanan ke Baitullah. Barangsiapa mengingkari (ke-wajiban haji), maka sesungguhnya Allah Mahakaya (tidak memerlukan sesuatu) dari semesta alam.” (QS. Ali Imran: 97)
Kraftangan Malaysia mengucapkan selamat menunaikan ibadah haji bagi tahun 1434H kepada muslimin dan muslimat  di seluruh negara dan khususnya kepada anggota kerja Kraftangan Malaysia dan usahawan kraf yang mengerjakan ibadah haji pada tahun ini. 
Semoga semua jemaah haji sentiasa tabah dan banyak bersabar dalam melaksanakan ibadah haji agar memperolehi haji yang mabrur, insya-Allah.