Khamis, 31 Januari 2013

HARI WILAYAH PERSEKUTUAN



1 Februari merupakan Hari Wilayah Persekutuan.Wilayah Persekutuan tidak diperintah oleh kerajaan negeri, sebaliknya terletak di bawah pentadbiran Persekutuan dan diperintah oleh Yang di-Pertuan Agong. 

Terdapat tiga bahagian dalam Wilayah Persekutuan, iaitu :

KUALA LUMPUR : IBU KOTA PERSEKUTUAN
Pentadbiran : Dewan Bandaraya Kuala Lumpur
LABUAN : PUSAT PERNIAGAAN DAN KEWANGAN ANTARABANGSA (IBFC)
Pentadbiran : Perbadanan Labuan
PUTRAJAYA : PUSAT PENTADBIRAN PERSEKUTUAN
Pentadbiran : Perbadanan Putrajaya


Jumaat, 18 Januari 2013

MAJALAH SANTAI TRAVEL

Majalah Santai Travel menerusi ruangan Santai Siasat telah menerima aduan mengenai Kompleks Kraf Kuala Lumpur. Sehubungan itu, editor majalah ini, Encik Azlie Halim bersama krewnya telah berkunjung ke ibu pejabat baru-baru ini bagi menemuramah Pengarah Bahagian Komunikasi Korporat Kraftangan Malaysia, Encik Misroni bin Haji Sulaiman untuk mendapatkan jawapan.

Artikel jawapan telah disiarkan di Majalah Santai pada keluaran Januari 2013.
Muka surat 66

Muka surat 67


Muka surat 68

Selasa, 15 Januari 2013

CARTA BKK - 1 FEBRUARI 2013


CSR : PAKAIAN SERAGAM SEKOLAH

Usahawan kraf iaitu Encik Zaidul Hisham dari Clayman Creative Enterprise, Perak melalui Bahagian Komunikasi Korporat berbesar hati menyumbang uniform sekolah menengah lelaki dan perempuan. Program CSR ini berikutan lebihan tempahan dari uniform MRSM yang boleh digunapakai oleh Sekolah Menengah Kebangsaan biasa. Pakaian sekolah ini telah diedarkan kepada anggota kerja Kraftangan Malaysia Ibu Pejabat.


Bahagian Komunikasi Korporat mewakili anggota kerja yang telah menerima sumbangan, mengucapkan ribuan terima kasih kepada Encik Zaidul. Semoga tuan sekeluarga dimurahkan rezeki.

03-8000 8000


Pelancaran 1MOCC telah disempurnakan oleh YAB Dato' Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia pada 12 November 2012. 1MOCC merupakan satu projek National Flagship di bawah National Blue Ocean Strategy (NBOS) bertujuan untuk memudah cara komunikasi orang awam dengan agensi Kerajaan melalui konsep pusat panggilan setempat. 1MOCC membolehkan orang awam untuk mengemukakan sebarang pertanyaan, aduan atau cadangan kepada pelbagai agensi Kerajaan menggunakan satu nombor perhubungan tunggal, 03-8000 8000. 

DIALOG ASEAN - RUSIA


Sekiranya tuan/puan mempunyai sebarang cadangan yang boleh diguna pakai, bolehlah dikemukakan kepada Bahagian Strategi Korporat Kraftangan Malaysia untuk tindakan selanjutnya sebelum atau pada 18 Januari 2013 (Jumaat)

PEKELILING PERTUKARAN/PENEMPATAN BIL 06 TAHUN 2013

oleh : Abdul Manan bin Ismail


JALAN CONLAY KUALA LUMPUR, 7 Januari 2013 – Kraftangan Malaysia hari ini mengeluarkan pekeliling Pertukaran / Penempatan Bil 06 Tahun 2012 yang melibatkan seramai 13 anggota kerja yang akan memulakan tugas baru bermula 1 Februari 2013.  Pertukaran ini sebagai langkah untuk memantapkan dan menyusun semula pengurusan Kraftangan Malaysia terutamanya dalam pelaksanaan program-program pembangunan.
Pertukaran ini juga melibatkan perpindahan anggota kerja dari Cawangan Negeri ke Ibu pejabat dan sebaliknya serta ke Bahagian atau Unit di Bahagian yang sama.  Seramai tujuh orang pegawai kumpulan Pengurusan dan Profesional terlibat dan selebihnya merupakan kumpulan sokongan. Selamat bertugas di tempat baru dan selamat maju jaya.

SELAMAT HARI JADI

Anggota kerja Bahagian Komunikasi Korporat Kraftangan Malaysia mengucapkan Selamat Hari Lahir kepada Puan Azwani binti Abdul Mutalib yang menyambut hari lahirnya pada 14 Januari 2013 yang lalu.
Semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki.

SELAMAT DATANG

Berkuat kuasa mulai 1 Februari 2013, Pekeliling Pertukaran/Penempatan Bil 07 Tahun 2012, Unit Kompleks Kraf Kuala Lumpur, Bahagian Pasaran dan Promosi  dipindahkan secara pentadbiran ke Bahagian Komunikasi Korporat. 

Empat anggota kerja tersebut adalah : 
  1. Puan Zurina binti Hamzah
  2. Encik Mohd Asri bin Abdullah
  3. Encik Luqman Hakim bin Mokhtar
  4. Encik Zainorabidin bin Abdul Majid

Anggota kerja Bahagian Komunikasi Korporat mengucapkan selamat datang dan selamat menjalankan tugas.