Selasa, 17 Februari 2015

SELAMAT TAHUN BARU CINA 2015


Kraftangan Malaysia ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada semua masyarakat Cina di Malaysia yang akan menyambutnya pada 19 Februari 2015 ini. Menurut Zodiak Cina, tahun 2015 merupakan tahun Kambing Kayu. Secara umum orang yang lahir pada tahun Kambing Kayu adalah orang yang murah hati, adil, baik hati, lemah lembut dan baik terhadap orang lain. 
Dikesempatan cuti panjang ini, pasti ada yang ingin pulang ke kampung halaman atau pergi bercuti. Pastikan kenderaan anda diperiksa dan pandulah dengan berhati-hati dan semoga anda selamat tiba ke destinasi. Pastikan rumah dikunci rapi dan maklumkan kepada jiran serta balai polis berdekatan tentang ketiadaan anda di rumah. 

Jumaat, 13 Februari 2015

SALAM TAKZIAH

Sesunguhnya dariNya kita datang dan kepadaNya kita kembali. 
Semalam, 12 Februari 2015  rakyat Malaysia dikejutkan dengan pemergian dua orang tokoh yang disegani iaitu Allahyarham Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (1931-2015) dan pengulas sukan terkenal, Allahyarham Datuk Hasbullah Awang (1952-2015).

Kami mewakili anggota kerja Kraftangan Malaysia di seluruh negara mendoakan semoga roh Allahyarham dikurniakan husnul khotimah dan ditempatkan bersama para syuhada di Syurga Al-Jannah. Al-Fatihah. 
~Wajah Yang Dirindui, Pemergian Yang Tiada Ganti~






PERMOHONAN PENGGAMBARAN DI KRAFTANGAN MALAYSIA

Berkuatkuasa pada 1 Mei 2014, pihak pengurusan telah mengemaskini Peraturan dan Bayaran Penggambaran dan Fotografi di Kraftangan Malaysia. Sebarang permohonan perlu melalui Bahagian Komunikasi Korporat Kraftangan Malaysia. Untuk pertanyaan lanjut, boleh hubungi seperti tertera : 

Bahagian Komunikasi Korporat 
Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia
Kompleks Kraf Kuala Lumpur
Seksyen 63, Jalan Conlay
50450 Kuala Lumpur 
Tel : 03-21613793
Faks : 03-21613773
Emel : manan@kraftangan.gov.my 





Selasa, 10 Februari 2015

MAJLIS JASAMU DIKENANG

Pesara yang dirai 

Pada 9 Februari 2015 (Isnin) bersamaan 19 Rabiulakhir 1436H  elah diadakan Majlis Jasamu Dikenang di Panggung Sari, Bangunan Seri Utama, Kompleks Kraf Kuala Lumpur khusus untuk meraikan anggota kerja Kraftangan Malaysia yang telah dan bakal meninggalkan Kraftangan Malaysia atau bersara iaitu:

 i) Tuan Haji Shahrudin bin Mohd Nor, 
   Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) -11.02.2015 (bersara wajib) 


ii) Cik Hajah Latiffah binti Ramli, 

    Penolong Akauntan - 25.12.2014 (wajib) 

iii) Puan Hajah Rogayah binti Mansor,
     Pegawai Khidmat Pelanggan - 02.01.2015 (bersara pilihan)

Semoga Allah SWT melimpahkan rahmat kepada mereka, dipanjangkan usia dan diberi kesihatan yang baik.
Kalau menjemur batik panjang,
Baik ditebari berselang seli,
Kalaulah ada umur panjang,
InsyaAllah kita akan berjumpa lagi.




Pesara bergambar kenangan 

Isnin, 2 Februari 2015

SELAMAT MENYAMBUT THAIPUSAM 2015


Seluruh warga kerja Kraftangan Malaysia ingin mengucapkan Selamat Menyambut Thaipusam yang jatuh pada 3 Februari 2015 (Selasa)  kepada semua penganut agama hindu di seluruh Malaysia.