Isnin, 16 Julai 2012

AHLI LEMBAGA PENGARAH KRAFTANGAN MALAYSIA


PENGERUSI
Yang Berbahagia Dato' Haji Sohaimi Shahadan
AHLI
YBhg. Encik Mohd Kamil Mohd Ali

Ketua Pengarah Kraftangan Malaysia
AHLI
Yang Berbahagia Datuk Hj. Ab Ghaffar A. Tambi
Timbalan Ketua Setiausaha (Kebudayaan),
Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan
AHLI
YBhg. Dato' Norhayati Omar
Ahli Politik
AHLI
YBhg. Dato' Mohamad Kamarudin Hassan
Timbalan Ketua Eksekutif (Pembangunan)
Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE)
AHLI
Encik Kamarozzaman bin Haji Mohd Salleh
Usahawan
AHLI
Yang Berbahagia Datin Zahirah binti Haji Mohamad
Ketua Penolong Setiausaha
Bahagian Pengurusan Pinjaman dan Dasar Pasaran Kewangan
Kementerian Kewangan Malaysia
AHLI
Encik Low Sie Gee
AHLI
YB Mohd Rawi bin Haji Abd Hamid
 Sumber : Bahagian Strategi Korporat.

Jumaat, 13 Julai 2012

PROMOSI KRAF MANTAI 2012


Orang ramai dijemput hadir dan masuk adalah percuma. Antara yang menarik seperti Jualan Kraf (produk rotan, buluh, batik, pewter dll), jualan masakan tradisional (lemang, dodol, bahulu, rendang dll), jualan busana muslim (pakaian, songkok, tudung dll), jualan daging lembu (sempena mantai Ramadhan) dan aktiviti interaktif kraf. 

 LOKASI :


Keterangan lanjut sila hubungi 06-7671388. 

Selasa, 10 Julai 2012

PROMOSI KRAF AIDILFITRI 2012

Promosi Kraf Aidilfitri telah dianjurkan bermula tahun 2003 hingga 2011 dan pada tahun 2012 ini merupakan promosi yang ke tujuh (7) bakal diadakan. Disasarkan seramai 200 usahawan, Promosi Kraf Aidilfitri akan menggabungkan produk kraf dan perkhidmatan aidilfitri bagi persiapan menyambut perayaan ini. Penggunaan produk kraf yang merangkumi pelbagai penggunaan produk kraf dalam bidang tekstil, hasil rimba, hasil tanah, aksesori & perhiasan diri, hiasan dalaman, hadiah dan cenderamata juga kelengkapan rumah. Manakala produk lain berkaian aidifitri seperti pakaian siap lelaki dan wanita, gubahan cenderahati raya (hamper), biskut raya, manisan dan kek, tempahan makanan dan bunga hiasan. 

PROMOSI KRAF AIDILFITRI 2012
1 HINGGA 12 OGOS
10PAGI - 10MALAM
KOMPLEKS KRAF KUALA LUMPUR, 
JALAN CONLAY

Orang ramai dijemput dan masuk adalah percuma. 

SEMOGA SEGERA SEMBUH

Pada 06 Julai 2012, Pengarah Bahagian Khidmat Pengurusan, Tuan Haji Mohd Mokhtar Bin Lob Ahmad serta seorang anggota kerja Bahagian telah menziarahi seorang anggota kerja PKKM Cawangan Kedah iaitu, En. Razali Bin Ahmad yang mesra dengan pangilan 'Abah' dikalangan anggota kerja Cawangan Kedah. Beliau telah mengalami keuzuran dan telah terlantar sakit hampir dua bulan lebih. Beliau telah disahkan menghidap penyakit buah pinggang yang mana memerlukan rawatan hemodialisis secara berkala.
   
Pihak Pengurusan Kraftangan Malaysia bersimpati dengan ujian yang menimpa beliau dan bersama-samalah kita mendoakan agar beliau cepat sembuh serta kuat dan tabah dalam menghadapi dugaan dan penyakit yang dihidapi.

AL-FATIHAH

Al-Fatihah buat Allahyarham Sharifah Azah Mohamed Alsagoff atau lebih dikenali sebagai Azah Aziz. Beliau telah menghembuskan nafas terakhirnya pada usia 84 tahun dan meninggal dunia akibat sakit tua dan angin ahmar telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Bukit Kiara, Kuala Lumpur. Kehilangan seorang pejuang budaya ini amat dirasai. 

"Saya amat menghargai kesungguhan beliau mempromosikan tekstil serta kraftangan tradisional Melayu. Beliau bukan sahaja seorang yang memperjuangkan warisan kita secara lisan atau bertulis, malah juga dari segi pewatakan dan pakaian" ujar Nori Tuan Abdullah, anak kepada mantan Perdana Menteri,Tun Abdullah Ahmad Badawi dan isteri, Allahyarham Tun Endon Mahmood. 

AL-FATIHAH

-sumber dari Kosmo 

Selasa, 3 Julai 2012

SELAMAT DATANG

Anggota Kerja Bahagian Komunikasi Korporat mengucapkan Selamat Datang kepada Puan Hamizah binti Said  dari Bahagian Khidmat Pengurusan yang ditempatkan di Bahagian Komunikasi Korporat. Kedatangan beliau bagi menggantikan Puan Asma Alisak yang telah berpindah ke cawangan Melaka.

SALAM PERPISAHAN


Seluruh anggota kerja Bahagian Komunikasi Korporat mengucapkan selamat maju jaya kepada Puan Asma Aliasak, Pengawai Khidmat Pelanggan yang telah bertukar ke Kraftangan Malaysia Cawangan Melaka berkuat kuasa 1 Julai 2012. Beliau mula berkhidmat di Bahagian Komunikasi Korporat Kraftangan Malaysia pada 3 Ogos 2009 dan merupakan seorang yang mesra dengan kakitangan. Kami mendoakan semoga maju jaya dan dan selamat berkhidmat di tempat baru.

BELAKANG PARANG JANGAN DIASAH,
KALAU UNTUK MENGASAH TEBU,
MEMANG SEDIH KALA BERPISAH,
PANJANG UMUR PASTI BERTEMU

Promosi Kraf Aidilfitri 2010

Penyampaian hadiah tajaan kepada krew RTM 2010

Kumpulan Koir Kraftangan Malaysia


Kumpulan Sambutan dan Protokol

Isnin, 2 Julai 2012

MAJLIS SIDANG MEDIA SEMPENA PROMOSI KERJA KAHWIN 2012

KUALA LUMPUR, 21 JUN 2012 – Kraftangan Malaysia agensi di bawah Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia hari ini mengadakan Majlis Sidang Media Promosi Kerja Kahwin 2012 bertempat di Kompleks Kraf Kuala Lumpur. Majlis ini dihadiri oleh Yang Berhormat Senator Datuk Maglin Dennis D’ Cruz, Timbalan Menteri, Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia dan isteri Yang Berbahagia Datin Margerat A. Joseph Fernandez.
Hadir menyambut para tetamu kehormat ialah Yang Berbahagia Dato’ Haji Sohaimi Shahadan, Pengerusi Kraftangan Malaysia dan Yang Berbahagia Encik Mohd Kamil Mohd Ali, Ketua Pengarah Kraftangan Malaysia.
Majlis hari ini adalah bersempena penganjuran Promosi Kerja Kahwin 2012 yang sedang berlangsung mulai 20 Jun hingga 2 Julai 2012 dari pukul 10.00 pagi hingga 10.00 malam.
Bertemakan Kraf Ilham Dekorasi Perkahwinan, promosi kali ketujuh ini mendekatkan masyarakat tempatan dengan kreativiti dan inovasi dalam penghasilan produk kraf yang bersesuaian sebagai ilham dalam persiapan majlis perkahwinan.
Promosi Kerja Kahwin 2012 ini bertujuan menggalakkan masyarakat Malaysia terus mengguna pakai produk kraf tempatan dalam persiapan perkahwinan yang merangkumi hiasan pelamin perkahwinan, gubahan hantaran, perhiasan hinggalah ke fesyen.
Terdahulu, para jemputan kehormat dibawa melawat ke lokasi gerai Jualan Kraf yang disertai seramai 200 orang usahawan manakala gerai bagi Perkhidmatan Perkahwinan pula menempatkan 100 orang usahawan. Selain itu, turut dilawati Pameran Fantasi Laman Perkahwinan. Pameran ini memperkenalkan rekaan produk baru perkahwinan yang bersesuaian dengan kehendak pengguna untuk majlis perkahwinan. Pameran berkonsepkan reka bentuk fantasi ini menggabungkan ciri-ciri klasik dan moden dalam setiap kriteria produk yang dihasilkan.  Antara produk yang dihasilkan seperti bekas cincin, bunga telur, bekas telur, bekas hantaran, pahar / dulang, pakaian dan perabot.