Jumaat, 1 Oktober 2010

Pertandingan Merekacipta Logo Baru Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang (PKNP)

PKNP telah menganjurkan Pertandingan Merekaacipta Logo Baru bermula 1 Mei 2010. Pertandingan ini akan dilanjutkan sehingga 30 Jun 2010 bagi membuka kepada penyertaan baru dengan penglibatan setiap lapisan masyarakat dengan hasrat untuk mendapatkan rekabentuk yang lebih inovatif, menarik, terkini.

Tujuan pertandingan adalah untuk memilih logo yang boleh digunapakai oleh PKNP untuk memperkukuh imej korporat PKNP menggantikan logo PKNP yang sedia ada.

Syarat pertandingan :

1. Terbuka kepada semua warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas.

2. Penyertaan adalah percuma dan para peserta boleh menghantar seberapa banyak penyertaan tetapi setiap penyertaan hendaklah dinyatakan nama, alamat surat menyurat, nombor kad pengenalan, nombor telefon dan e-mail yang boleh dihubungi. Pemenang hanya layak menerima satu hadiah sahaja.

3. Spesifikasi Teknikal Logo :
i. Rekacipta hendaklah asli, menarik, mudah dipersembahkan, disertakan dengan definisi bagi setiap simbol atau warna yang digunakan mestilah menggunakan tidak lebih daripada empat (4) warna.

ii. Setiap logo mestilah melambangkan dan mempamerkan imej baru PKNP selari dengan aspirasi PKNP untuk gemilang dalam era barusebagai agensi kerajaan negeri yang menjadi pemacu dan penjana ekonomi negeri melalui pembangunan perindustrian, hartanahdan pelaburan terpilih demi kesejahteraan rakyat.

iii. Saiz logo yang dicadangkan adalah yidak kurang dari 4 inci berlatarbelakngkan kertas putih dan perlulah dilekatkan di atas "mounting board" bersaiz "A4" dan hendaklah dipersembahkan menggunakan cetakan komputer.

iv. Setiap konsep dan rekabentuk logo akan menjadi milik PKNP. Pihak urusetia pertandingan berhak meminda logo yang dipertandingkan demi penambahbaikan selaras dengan metalamat pertandingan atau sebarang tujuan lain dan para peserta tidak berhak membuat sebarang tuntutan royalti ke atas PKNP.

v. Pemenang pertandingan hendaklan menyediakan fail asal di dalam bentuk soft copy bagi tujuan percetakan dan sebagainya.

4. Semua penyertaan mestilah dialamatkan kepada :

Urusetia Pertandingan Mencipta Logo Baru PKNP
Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang
Tingkat 16, Kompleks Tetuntum,
Jalan Mahkota, 25000 Kuantan
Pahang Darul Makmur
(u/p : Puan Mazilah binti Mansor / Tuan Haji Abdul Maleh Jamal)
Tel : 09-513566

ATAU

Layari Laman web PKNP : www.pknp.gov.my

5. Tarikh TUTUP pertandingan adalah pada 31 Oktober 2010

6. Kiriman melalui pos tidak boleh dijadikan bukti penghantaran dan penerimaan

7. Sebanyak lima (5) hadiah diberikan kepada pemenang:

i. Hadiah Tempat Pertma : Tiga Ribu Ringgit (RM3000.00)beserta sijil
ii. Empat (4) Hadiah Saguhati : Tiga Ratus Ringgit (RM300.00)beserta sijil

8. Keputusan pertandingan adalah muktamad dan sebarang rayuan tidak akan dipertimbangkan.