Selasa, 4 Disember 2012

CSR : SUMBANGAN KEPADA MANGSA KEBAKARAN

Bermula dengan api kecil yang muncul secara tiba-tiba di rumah Puan Umi Suraya Abdul Hamid, penenun dari Kampung Pulau Keladi, Pekan Pahang berakhir dengan tragedi apabila kebakaran  tersebut memusnahkan rumah pusaka yang berusia lebih 100 tahun itu.

Kejadian malang itu berlaku pada 16 November 2012 yang lalu. Menurut Puan Umi, api merebak terlalu cepat menghalangnya membawa dokumen penting dan barangan berharga. Walau bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Berikutan tragedi yang menimpa, Bahagian Komunikasi,  Korporat Kraftangan Malaysia memberi sumbangan peribadi berupa sebuah mesin basuh kepada mangsa. Sumbangan disampaikan melalui Kraftangan Malaysia Cawangan Pahang. Semoga Puan Umi sekeluarga tabah menerima ujian dari-Nya. Takziah
Sumbangan mesin basuh dari Bahagian Komunikasi Korporat Kraftangan Malaysia. 



Tiada ulasan:

Catat Ulasan