Ahad, 24 Jun 2012

Pengundian MBJ Kraftangan Malaysia Berjalan Lancar


KUALA LUMPUR – 24 Mei 2012, Kraftangan Malaysia hari ini mengadakan Pemilihan Wakil Pekerja Majlis Bersama Jabatan (MBJ) Kraftangan Malaysia sesi 2012/2013 serentak di seluruh Cawangan Negeri.
Pada sesi pemilihan di peringkat Ibu Pejabat, Yang Berbahagia Encik Mohd Kamil Mohd Ali, Ketua Pengarah Kraftangan Malaysia serta Barisan Pihak Pengurusan turut hadir membuat pemilihan.
Seramai 26 orang anggota kerja bakal mengisi jawatan bagi 12 kategori Wakil Pihak Pekerja dalam MBJ Kraftangan Malaysia. Jawatan yang dipertandingkan ialah Naib Pengerusi, Setiausaha, Kumpulan Pengurusan & Profesional, Zon 1 (Johor, Melaka & Negeri Sembilan),  Zon 2 (Johor, Melaka & Negeri Sembilan), Zon 3 (Kelantan, Terengganu & Pahang), Zon 4 (Sarawak), Zon 5 (Sabah), Zon 6 (Institut Kraf Negara & Selangor), Zon 7 (Ibu Pejabat) dan Kumpulan Sokongan II.
Pemilihan Wakil Pekerja (MBJ) pada tahun ini, memperlihatkan kehadiran beberapa anggota kerja baru Kraftangan Malaysia yang dicalonkan untuk merebut kerusi Wakil Pihak Pekerja (MBJ) Kraftangan Malaysia sesi 2012/2013.
Keputusan muktamad Wakil Pihak Pekerja (MBJ) pada sesi ini dijangka akan diumumkan pada awal bulan Jun 2012.
 Oleh : Fazlin binti Mohamad Zaki

Jumaat, 8 Jun 2012

LAWATAN BERPANDU PROMOSI KERJA KAHWIN


Kraftangan Malaysia akan menganjurkan Promosi Kerja Kahwin 2012 pada 20 Jun hingga 2 Julai 2012.  Pelbagai acara dan aktiviti yang disusun diantaranya ialah jualan produk kraf, produk perkahwinan dan perkhidmatan perkahwinan, pameran kerja kahwin, demonstrasi dan interaktif, manifestasi perkahwinan Malaysia serta alunan muzik perkahwinan Malaysia. Dianggarkan seramai 300 usahawan meliputi 200 usahawan kraf dan 100 usahawan perkhidmatan perkahwinan akan menyertai promosi yang bakal berlangsung selama 13 hari.
Kumpulan-kumpulan, persatuan, sekolah, universiti dan badan-badan korporat dijemput turut serta ke promosi anjuran Kraftangan Malaysia ini. Bersempena dengan Promosi Kerja Kahwin 2012 Kraftangan Malaysia turut menyediakan  Perkhidmatan Lawatan Berpandu berkumpulan. Permohonan boleh dibuat melalui borang yang disediakan ataupun berhubung terus dengan Urus Setia Lawatan Berpandu Berkumpulan di talian 03-21611470 / 80 atau email kepada komplekskrafkl@kraftangan.gov.my 

Rabu, 6 Jun 2012

UCAPAN TAHNIAH

Tahniah kepada anggota kerja Bahagian Komunikasi Korporat, Puan Wan Zakiroh Megat Sulaiman yang telah selamat melahirkan cahaya mata sulung Mohd Qayyim Mikail pada 5 Jun 2012. Semoga menjadi anak soleh yang taat kepada ibu bapanya. 

Isnin, 4 Jun 2012

PROMOSI KERJA KAHWIN 2012



Kraftangan Malaysia akan menganjurkan Promosi Kerja Kahwin yang akan bermula pada 20 Jun hingga 2 Julai 2012, jam 10.00 pagi hingga 10.00 malam bertempat di Kompleks Kraf Kuala Lumpur, Jalan Conlay. 


Sehubungan dengan ini, orang ramai dijemput hadir untuk sama-sama memeriahkan aktiviti yang bakal dilaksanakan ini.  Pelbagai aktiviti diatur seperti jualan kraf, demonstrasi dan interaktif kraf, Pameran Fantasi Laman Perkahwinan, Kraf Dalam Dekorasi dan Keindahan Seni Ukiran Senjata Tradisional serta banyak lagi aktiviti menarik.



Tempat letak kereta dan pengangkutan percuma disediakan di Pusat Rekabentuk, Lembaga Getah Malaysia, Jalan Eaton, Restoran Seri Melayu dan  LRT Ampang Park.  Keterangan lanjut boleh hubungi 03-21627459 atau layari www.kraftangan.gov.my.


Jumaat, 1 Jun 2012

PENGUNDIAN MBJ KRAFTANGAN MALAYSIA

KUALA LUMPUR – 24 Mei 2012, Kraftangan Malaysia hari ini mengadakan Pemilihan Wakil Pekerja Majlis Bersama Jabatan (MBJ) Kraftangan Malaysia sesi 2012/2013 serentak di seluruh Cawangan Negeri.
Pada sesi pemilihan di peringkat Ibu Pejabat, Yang Berbahagia Encik Mohd Kamil Mohd Ali, Ketua Pengarah Kraftangan Malaysia serta Barisan Pihak Pengurusan turut hadir membuat pemilihan.
Seramai 26 orang anggota kerja bakal mengisi jawatan bagi 12 kategori Wakil Pihak Pekerja dalam MBJ Kraftangan Malaysia. Jawatan yang dipertandingkan ialah Naib Pengerusi, Setiausaha, Kumpulan Pengurusan & Profesional, Zon 1 (Johor, Melaka & Negeri Sembilan),  Zon 2 (Johor, Melaka & Negeri Sembilan), Zon 3 (Kelantan, Terengganu & Pahang), Zon 4 (Sarawak), Zon 5 (Sabah), Zon 6 (Institut Kraf Negara & Selangor), Zon 7 (Ibu Pejabat) dan Kumpulan Sokongan II.
Pemilihan Wakil Pekerja (MBJ) pada tahun ini, memperlihatkan kehadiran beberapa anggota kerja baru Kraftangan Malaysia yang dicalonkan untuk merebut kerusi Wakil Pihak Pekerja (MBJ) Kraftangan Malaysia sesi 2012/2013.
Keputusan muktamad Wakil Pihak Pekerja (MBJ) pada sesi ini dijangka akan diumumkan pada awal bulan Jun 2012.
OLEH : FAZLIN BINTI MOHAMMAD ZAKI