Rabu, 21 Oktober 2009

PENUNDAAN TARIKH TEMASYA BUSANA MUSLIM

Dimaklumkan Temasya Busana Muslim Antarabangsa- Kraf Tekstil yang dijadualkan akan diadakan pada 27 Oktober hingga 1 November 2009 ditunda pada satu tarikh yang akan diberitahu kelak. Pihak kami akan memaklumkan perkembangan dari semasa ke semasa.
Segala kesulitan amat dikesali

Isnin, 19 Oktober 2009

TEMASYA BUSANA MUSLIM ANTARABANGSA – KRAF TEKSTIL
27 OKTOBER – 1 NOVEMBER 2009
KOMPLEKS KRAF KUALA LUMPUR

Kraftangan Malaysia buat julung-julung kalinya akan menganjurkan Temasya Busana Muslim Antarabangsa - Kraf Tekstil yang akan diadakan bermula pada 27 Oktober hingga 1 November 2009. Temasya yang bertemakan “Kraf Tekstil dan Busana Muslim” ini cuba mengetengahkan keunikan dan kehalusan produk kraf tekstil tempatan sebagai bahan utama dalam penyediaan dan penghasilan busana muslim ke persada dunia.

Tujuan penganjuran Temasya Busana Muslim ini adalah untuk meningkatkan pertumbuhan industri kraf tekstil tempatan melalui penggalakan penggunaan kraf tekstil Malaysia batik, tenunan dan songket serta tenunan etnik Sabah dan Sarawak. Selain daripada itu, melalui Temasya Busana Muslim ini juga diharapkan dapat meningkatkan pendapatan usahawan kraf hasil daripada gabungan dan pencambahan idea dan pertukaran fikiran tentang gaya fesyen muslim terkini. Temasya Busana Muslim juga mengajak masyarakat umum dalam penerimaan fesyen muslim sebagai fesyen universal.

Sepanjang Temasya ini, Kraftangan Malaysia merencanakan pelbagai aktiviti seperti jualan produk kraf tekstil, penjualan aksesori, pameran fesyen busana muslim, peragaan fesyen, demonstrasi kraf teksil, persembahan kesenian dan lawatan berkumpulan.

Temasya Budaya Muslim Antarabangsa yang bersifat komersil ini dapat mencetuskan idea penggayaan fesyen hasil gabungan budaya dan agama serta penggunaan produk kraf tekstil tempatan. Sasaran kepada semua lapisan masyarakat tanpa mengira usia dan agama diharapkan Temasya ini mencapai matlamat menjadikan kraf, busana, budaya dan agama digabungkan dalam penggayaan fesyen terkini.
PERAGAAN FESYEN SEMPENA
TEMASYA BUSANA MUSLIM ANTARABANGSA
Aktiviti peragaan fesyen busana muslim akan diadakan secara harian bermula pada 27 hingga 31 Oktober 2009. Peragaan fesyen ini disertai oleh pereka muda Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta, usahawan kraf, pereka fesyen tempatan yang bertaraf antarabangsa termasuk pereka fesyen yang di bawah naungan Persatuan Pereka Bumiputera.
JADUAL PERAGAAN FESYEN
TEMASYA BUSANA MUSLIM ANTARABANGSA

27 Okt. (Selasa)
Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA)
dan Swasta (IPTS)
10 peserta

28 Okt. (Rabu)
Usahawan kraf tekstil
8 Usahawan

29 Okt. (Khamis)
Pereka fesyen tempatan bertaraf antarabangsa
8 Pereka

30 Okt. (Jumaat)
Pereka fesyen di bawah naungan Persatuan Pereka
Bumiputra
(Bumiputra Designers Association)
8 Pereka

31 Okt. (Sabtu)
Malam Gala Temasya Busana Muslim Antarabangsa
10 Pereka

TEMASYA BUSANA MUSLIM ANTARABANGSA - KRAF TEKSTIL

Selasa, 6 Oktober 2009

Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2009

Pada 3 Oktober 2009(Sabtu) yang lalu, Kraftangan Malaysia telah mengadakan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2009 bertempat di Panggung Terbuka Dewan Seri Terbuka. Kompleks Kraf Kuala Lumpur. Majlis dimeriahkan dengan kehadiran anggota kerja bersama ahli keluarga masing-masing.


"Batu kecubung berwarna ungu,
Ditatah berlian batu bermutu,
Adat Melayu menyambut tetamu,
Hamparkan tikar lebarkan pintu"

Berikut antara kenangan yang sempat dirakam lensa kamera sepanjang majlis tersebut...


Anggota kerja dan keluarga sedang enak menjamu selera..



Badut sedang melayan karenah kanak-kanak





Antara penerima sumbangan hari raya..





Sebahagian antara pemenang bagi setiap kategori



En Mohd Kamil Mohd Ali, Ketua Pengarah Kraftangan Malaysia bersama sebahagian warga kerja

Bahagian Komunikasi Korporat Kraftangan Malaysia mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri serta Maaf Zahir dan Batin kepada semua.

Jumaat, 2 Oktober 2009

Rumah Terbuka Kraftangan Malaysia


Sukacita dimaklumkan bahawa Kraftangan Malaysia akan mengadakan
Majlis Hari Raya Aidilfitri 2009 sepertimana ketetapan berikut :
Tarikh : 03 Oktober 2009 (Sabtu
Masa : 11.00pagi hingga 1.00petang
Tempat : Panggung Terbuka, Bangunan Seri Utama,
Kompleks Kraf Kuala Lumpur

Semua warga kerja Kraftangan Malaysia di jemput hadir bagi memeriahkan majlis serta mengeratkan silatulrahim.
Jumpa di sana.