Khamis, 24 Disember 2009

PROGRAM KEMASYARAKATAN - NANYANG PRESS


Pada 22 Disember yang lalu Bahagian Komunikasi Korporat sebagai wakil kepada Kraftangan Malaysia telah berkunjung ke Pejabat Nanyang Press untuk menyumbangkan sejumlah 50 karton air minuman untuk mangsa-mangsa bencana alam.


Anggota kerja BKK bergambar kenangan dengan wakil Nanyang Press
Encik Misroni dan En Manan berduet.. : )
Maryam dan Farah mendengar penerangan dari En Misroni..
Bila Asma kepanasan....
Farah menerima mas kahwin... : )
Joe yang kusyuk....Abang, jemput minum.... : )































































































Sabtu, 19 Disember 2009

JUALAN SATU DAERAH SATU INDUSTRI KRAF









Bermula pada 17 Disember yang lalu, Kraftangan Malaysia menganjurkan Jualan Kraf yang disertai oleh usahawan-usahwan satu daerah satu industri (sdsi). Jualan kraf ini bertujuan untuk meluaskan peluang dan pasaran produk kraf tematan, menjadikan aktiviti ini sebagai platform untuk pengumpulan produk kraf yang dikeluarkan oleh pengusaha dan meningkatkan jaringan kerjasama di kalangan usahawan.



Pelbagai aktiviti dianjurkan selain dari jualan kraf iaitu Pameran Produk Rekaan Baru, Demonstrasi Pembuatan Kraf dan Persembahan Kesenian. Seramai 150 orang usahawan menyertai jualan kraf SDSI 2009. Program ini akan berakhir pada 21 Disember 2009.

Khamis, 26 November 2009

Selasa, 17 November 2009

Hari Bersejarah IKN

Majlis Konvokesyen ke-8, Institut Kraf Negara telah berlangsung dengan jayanya. Ia telah disempurnakan oleh Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Senator Heng Seai Kie. Seramai 168 pelajar meliputi 69 graduan menerima sijil dan 99 orang menerima diploma. Bagi penerima Anugerah Pelajar Terbaik Keseluruhan membawa pulang sijil khas, wang tunai, piala pusingan dan piala iringan. Berikut merupakan penerima anugerah tersebut berdasarkan kategori :

1. Mohd Nazlan Mat Nasir – Anugerah Pelajar Terbaik (Diploma)
2. Mohamad Arman Md Amin – Anugerah Pelajar Terbaik (Sijil)


Suasana sepanjang Majlis Konvokesyen
















Produk hasilan pelajar..










Tahniah diucapkan kepada semua pelajar Institut Kraf Negara yang telah berjaya menamatkan pengajian

Isnin, 16 November 2009

Promosi Kraf Malaysia di Great Eastern Mall


Sukacita dimaklumkan, Kraftangan Malaysia telah menganjurkan Promosi Kraf Malaysia seperti berikut :

Tarikh : 06 - 15 November 2009
Masa : 10.00 pagi - 10.00 malam
Tempat : Concourse, Great Eastern Mall,Menara Great Eastern Jalan Ampang, Kuala Lumpur


>


Bertemakan ‘Beli Kraf Malaysia’, penganjuran ini bertujuan untuk menggalakkan masyarakat Malaysia dalam memakai dan menggunakan produk kraf buatan tempatan sebagai satu gaya hidup dan bagi menyemarakkan kembali cintakan seni warisan kraf tempatan di kalangan generasi muda.

Antara aktiviti yang dijalankan seperti Jualan Produk Kraf Malaysia yang melibatkan 19 usahawan dari pelbagai bidang kraf, Pendidikan Kraf dan Interaktif (Mewarna Batik Lukis dan Menganyam Rotan) serta Persembahan Kesenian Muzik Instrumental India, Muzik Asli, Muzik Cina dan Angklung.








Jumaat, 13 November 2009

AKTIVITI HARIAN MAJLIS DAN PESTA KONVOKESYEN KE-8 IKN

Berikut adalah antara Jadual Aktiviti Harian Majlis & Pesta Konvokesyen ke-8, Institut Kraf Negara pada 12 hingga 15 November 2009 :


* Jualan Produk Kraf Hasilan Pelajar & Usahawan Kraf
* Pameran Produk Kraf Hasilan Pelajar
* Pertandingan Kraf- Mewarna Batik & Seramik Kreatif
* Pertandingan Permainan Tradisional-Congkak, Rias Pasangan,
Menyumpit & Sepak Raga Bulatan
* Demonstrasi& Interaktif Kraf
* Persembahan Kebudayaaan &Kesenian
* Demonstrasi& Jualan Kuih Tradisional


Majlis Konvokesyen akan berlangsung pada 14 November 2009(Sabtu)


SEMUA DIJEMPUR HADIR. JUMPA DISANA..

Khamis, 12 November 2009

TAHNIAH GRADUAN INSTITUT KRAF NEGARA


Salam buat semua,

Tahniah buat pelajar-pelajar Institut Kraf Negara yang akan menempuh hari gemilang masing-masing pada 14 November 2009 kerana pada hari tersebut pelajar-pelajar ini bakal bergelar graduan dan dianugerahkan dengan sijil dan diploma masing-masing. Bahagian Komunikasi Korporat merakamkan ucapan tahniah dan selamat menempuh dunia pekerjaan.

Bersempena dengan Majlis Istiadat ini, Pesta Konvokesyen akan berlangsung selama 4 hari bermula pada 12 hingga 15 November 2009. Pelbagai aktiviti jualan, interaktif, pameran, pendidikan diadakan bagi memeriahkan lagi pesta konvokesyen ini.

Difahamkan seramai 168 pelajar akan menerima sijil dan diploma yang akan dianugerahkan oleh YB Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi & Kebudayaan. Terima kasih buat YB Timbalan Menteri.

Kepada semua dipelawa untuk memeriahkan pesta konvo yang akan bermula jam 9.00 pagi hingga 5 petang.

Tahniah sekali lagi buat graduan-graduan Institut Kraf Negara.

Jumaat, 6 November 2009

SUSUR GALUR WARISAN

TAHUKAH ANDA?

Semenanjung Malaysia terletak di hujung Benua Asia dengan tanah yang menganjur mensusuri Laut China Selatan dan Selat Melaka. Kedudukan geografi ini menjadikan Malaysia salah satu laluan perdagangan utama dunia. Menyusuri galur warisan kraftangan Malaysia faktor geografi ini berperanan membentuk keperibadian hasil ketukangan kraftangan negara. Pedagang-pedagang dari India, Asia Barat dan China membawa hasil dagangan bersama budaya yang kini mewarnai rupa bentuk kraf tanah air.

Abad ke 19 pelbagai seni kraf berkembang di negeri Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perak. Tukang-tukang kraf ketika itu bernaung di bawah pengaruh istana dan pembesar-pembesar negeri, menjadikan seni kraf tempatan tidak berkembang dan digunakan sebagai kegunaan istana semata-mata.

Tahun 1930 sekumpulan pegawai awam Melayu dan Inggeris telah menubuhkan Persatuan Kesenian dan Pertukangan Melayu Kelantan. Buat pertama kalinya hasil kraf negara dipasarkan di bandar-bandar dan Singapura. Inilah detik perkembangan seni kraf tempatan.

Pameran tahunan yang dikelolakan oleh Persatuan Pertanian dan Perkebunan Malaya (MAHA) memberi ruang pasaran kepada produk kraf. Program MAHA berkonsepkan astaka ini telah mengenengahkan demonstrasi kraf sebagai aktiviti utama. Negeri-negeri mula mengambil langkah memajukan seni kraf dengan bermulanya Negeri Kedah menubuhkan sekolah pertukangan untuk melatih penuntut dalam bidang kraf emas, perak, mengecap batik, tembikar dan tenunan. Kolej Sultan Abdul Hamid, Kedah memulakan sekolah tenunan pada tahun 1935 dan 1959 sekolah tenun ditukar kepada Sekolah Latihan Gadis-Gadis.

Penubuhan Lembaga Kemajuan Kampung dan Perusahaan (RIDA) memberi nafas baru kepada perusahaan kraftangan dengan meyalurkan bantuan kepada pengusaha-pengusaha luar bandar dalam bentuk kewangan, latihan kemahiran, bahan mentah dan saluran pasaran. Pada tahun 1966 Majlis Amanah Rakyat (MARA) ditubuhkan bagi meneruskan peranan RIDA dan di bawah MARA Pusat Kemajuan Pertukangan Tangan diwujudkan pada 1 Januari 1967. Selain saluran bantuan pusat ini berperanan membuat penyelidikan teknik, rekabentuk dan rekacorak.

Tahun-tahun 70an industri plastik mula mewarnai pasaran dunia dan titik inilah bermulanya kesedaran dan penghargaan terhadap seni ketukangan tanah air. Maka tercetulah semangat baru yang optimis terhadap karya-karya seni dimensi baru. Era baru perkembangan seni kraf ini menimbulkan semangat keusahawanan dan pada masa itulah tertubuhnya Lembaga Kraftangan Malaysia pada 14 Mei 1973.

Dalam usaha untuk terus meningkatkan industri kraf tempatan Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia atau Kraftangan Malaysia telah ditubuhnya pada 1 Oktober 1979 di bawah akta 222. Kini Kraftangan Malaysia telah mencapai usia 30 tahun.

Kraftangan Malaysia
LEGACY
AND
VISION
ami...

Rabu, 4 November 2009

SISTEM GANJARAN PENJAWAT AWAM

  • Kerajaan dalam usaha merangka untuk memperkenalkan Sistem Ganjaran Untuk Penjawat Awam. Sistem ini diharap memberi motivasi dan pemangkin untuk kita sebagai penjawat awam untuk menerapkan nilai budaya kerja berprestasi tinggi.
  • Dalam sisitem yang bakal diperkenalkan ini, teras utama yang akan dititik beratkan adalah petunjuk prestasi (KPI). Sistem ini lebih menjurus, objektif dan fokus dalam mengukur prestasi seseorang penjawat awam. Penilaian yang diberikan berasas dan telus dalam pemberiaan merit atau markah.

  • Apapun, bentuk sisitem yang bakal diperkenalkan hasrat kerajaan adalah menerapkan peningkatan mutu kerja, budaya cemerlang dan peningkatan prestasi sebagai perkara utama.

Rabu, 21 Oktober 2009

PENUNDAAN TARIKH TEMASYA BUSANA MUSLIM

Dimaklumkan Temasya Busana Muslim Antarabangsa- Kraf Tekstil yang dijadualkan akan diadakan pada 27 Oktober hingga 1 November 2009 ditunda pada satu tarikh yang akan diberitahu kelak. Pihak kami akan memaklumkan perkembangan dari semasa ke semasa.
Segala kesulitan amat dikesali

Isnin, 19 Oktober 2009

TEMASYA BUSANA MUSLIM ANTARABANGSA – KRAF TEKSTIL
27 OKTOBER – 1 NOVEMBER 2009
KOMPLEKS KRAF KUALA LUMPUR

Kraftangan Malaysia buat julung-julung kalinya akan menganjurkan Temasya Busana Muslim Antarabangsa - Kraf Tekstil yang akan diadakan bermula pada 27 Oktober hingga 1 November 2009. Temasya yang bertemakan “Kraf Tekstil dan Busana Muslim” ini cuba mengetengahkan keunikan dan kehalusan produk kraf tekstil tempatan sebagai bahan utama dalam penyediaan dan penghasilan busana muslim ke persada dunia.

Tujuan penganjuran Temasya Busana Muslim ini adalah untuk meningkatkan pertumbuhan industri kraf tekstil tempatan melalui penggalakan penggunaan kraf tekstil Malaysia batik, tenunan dan songket serta tenunan etnik Sabah dan Sarawak. Selain daripada itu, melalui Temasya Busana Muslim ini juga diharapkan dapat meningkatkan pendapatan usahawan kraf hasil daripada gabungan dan pencambahan idea dan pertukaran fikiran tentang gaya fesyen muslim terkini. Temasya Busana Muslim juga mengajak masyarakat umum dalam penerimaan fesyen muslim sebagai fesyen universal.

Sepanjang Temasya ini, Kraftangan Malaysia merencanakan pelbagai aktiviti seperti jualan produk kraf tekstil, penjualan aksesori, pameran fesyen busana muslim, peragaan fesyen, demonstrasi kraf teksil, persembahan kesenian dan lawatan berkumpulan.

Temasya Budaya Muslim Antarabangsa yang bersifat komersil ini dapat mencetuskan idea penggayaan fesyen hasil gabungan budaya dan agama serta penggunaan produk kraf tekstil tempatan. Sasaran kepada semua lapisan masyarakat tanpa mengira usia dan agama diharapkan Temasya ini mencapai matlamat menjadikan kraf, busana, budaya dan agama digabungkan dalam penggayaan fesyen terkini.
PERAGAAN FESYEN SEMPENA
TEMASYA BUSANA MUSLIM ANTARABANGSA
Aktiviti peragaan fesyen busana muslim akan diadakan secara harian bermula pada 27 hingga 31 Oktober 2009. Peragaan fesyen ini disertai oleh pereka muda Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta, usahawan kraf, pereka fesyen tempatan yang bertaraf antarabangsa termasuk pereka fesyen yang di bawah naungan Persatuan Pereka Bumiputera.
JADUAL PERAGAAN FESYEN
TEMASYA BUSANA MUSLIM ANTARABANGSA

27 Okt. (Selasa)
Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA)
dan Swasta (IPTS)
10 peserta

28 Okt. (Rabu)
Usahawan kraf tekstil
8 Usahawan

29 Okt. (Khamis)
Pereka fesyen tempatan bertaraf antarabangsa
8 Pereka

30 Okt. (Jumaat)
Pereka fesyen di bawah naungan Persatuan Pereka
Bumiputra
(Bumiputra Designers Association)
8 Pereka

31 Okt. (Sabtu)
Malam Gala Temasya Busana Muslim Antarabangsa
10 Pereka

TEMASYA BUSANA MUSLIM ANTARABANGSA - KRAF TEKSTIL

Selasa, 6 Oktober 2009

Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2009

Pada 3 Oktober 2009(Sabtu) yang lalu, Kraftangan Malaysia telah mengadakan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2009 bertempat di Panggung Terbuka Dewan Seri Terbuka. Kompleks Kraf Kuala Lumpur. Majlis dimeriahkan dengan kehadiran anggota kerja bersama ahli keluarga masing-masing.


"Batu kecubung berwarna ungu,
Ditatah berlian batu bermutu,
Adat Melayu menyambut tetamu,
Hamparkan tikar lebarkan pintu"

Berikut antara kenangan yang sempat dirakam lensa kamera sepanjang majlis tersebut...


Anggota kerja dan keluarga sedang enak menjamu selera..



Badut sedang melayan karenah kanak-kanak





Antara penerima sumbangan hari raya..





Sebahagian antara pemenang bagi setiap kategori



En Mohd Kamil Mohd Ali, Ketua Pengarah Kraftangan Malaysia bersama sebahagian warga kerja

Bahagian Komunikasi Korporat Kraftangan Malaysia mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri serta Maaf Zahir dan Batin kepada semua.

Jumaat, 2 Oktober 2009

Rumah Terbuka Kraftangan Malaysia


Sukacita dimaklumkan bahawa Kraftangan Malaysia akan mengadakan
Majlis Hari Raya Aidilfitri 2009 sepertimana ketetapan berikut :
Tarikh : 03 Oktober 2009 (Sabtu
Masa : 11.00pagi hingga 1.00petang
Tempat : Panggung Terbuka, Bangunan Seri Utama,
Kompleks Kraf Kuala Lumpur

Semua warga kerja Kraftangan Malaysia di jemput hadir bagi memeriahkan majlis serta mengeratkan silatulrahim.
Jumpa di sana.












Rabu, 16 September 2009

Selasa, 15 September 2009

Carta Organisasi Bahagian Komunikasi Korporat


PENGARAH
Encik Misroni bin Haji Sulaiman







UNIT PUBLISITI MEDIA







Cik Fazlin Mohammad Zaki
Pegawai Ehwal Ekonomi E41









Cik Norehan Ab. Ghani
Penolong Pegawai Ehwal Ekonomi E27







UNIT PENGIKLANAN DAN PENERBITAN MEDIA




Puan Sharina Shaari
Penolong Pegawai Tadbir N27










Puan Wan Zakiroh Megat Sulaiman
Penolong Pegawai Ehwal Ekonomi E27








UNIT KOMUNIKASI KORPORAT DAN KHIDMAT PELANGGAN





Encik Abdul Manan Ismail
Pegawai Ehwal Ekonomi E41









Encik Mohd Azlan Omar Baki
Penolong Pegawai Ehwal Ekonomi E27











Cik Siti Mariam Sidek
Penolong Pegawai Ehwal Ekonomi E27









Cik Asma Aliasak
Pegawai Khidmat Pelanggan N17










Cik Farah Sufiana Razali
Pegawai Khidmat Pelanggan N17







UNIT KHIDMAT SOKONGAN







Cik Azwani Abdul Mutalib
Pembantu Tadbir N17








Encik Junaidi Aman
Pembantu Tadbir N17