Isnin, 22 Jun 2015

PERASARAAN TUAN HAJI MISRONI, PENGARAH BAHAGIAN KOMUNIKASI KORPORAT KRAFTANGAN MALAYSIA

Tuan Haji Misroni bin Haji Sulaiman
Pengarah Bahagian Komunikasi Korporat
Kraftangan Malaysia
22 Jun 2015 merupakan hari terakhir Tuan Haji Misroni bin Haji Sulaiman, Pengarah Bahagian Komunikasi Korporat Kraftangan Malaysia berkhidmat dan bersara wajib pada 22 Jun 2015 (Selasa) bersamaan 5 Ramadhan 1436H. Beliau telah berkhidmat di Kraftangan Malaysia selama 34 tahun bermula 24 April 1981. Tuan Haji mula menjadi pengarah di Bahagian Komunikasi Korporat pada tahun 2009 hingga kini. Beliau seorang yang beperwatakan lembut, tenang namun tetap tegas dalam melaksanakan tanggungjawabnya.


Majlis ringkas telah diadakan oleh anggota kerja Bahagian Komunikasi Korporat bagi meraikan persaraan Tuan Haji Misroni di Sukhumvit Garden Restaurant pada 15 Jun 2015 yang lalu. Kami ingin merakamkan setinggi-tinggi ucapan penghargaan dan terima kasih kepada Tuan Haji Misroni atas tunjuk ajar sepanjang tempoh bekerja. Bukan sahaja sebagai seorang ketua, persaraan ayahnda kami ini, pastinya menghibakan. Segala nasihat dan ilmu minta dihalalkan. Selamat bersara, semoga Tuan Haji sekeluarga dipanjangkan umur dan sentiasa berada dibawah lindungan dan rahmat daripada Allah S.W.T.

"Yang patah kan tumbuh, yang hilang kan berganti namun tak sama dengan yang telah pergi".