Rabu, 26 Mei 2010

TAWARAN ISTIMEWA DARI KARYANEKA UNTUK SEMUA ANGGOTA KERJA KRAFTANGAN MALAYSIA

PERHATIAN :

Istimewa untuk semua kakitangan Kraftangan Malaysia. Karyaneka menawarkan potongan harga sebanyak 40% bagi semua barangan batik, tenun dan songket kecuali produk-produk yang di konsainkan oleh para pembekal. Bagi produk-produk konsainmen, potongan yang layak diberikan adalah sebanyak 10% sahaja.

Syarat-syarat pembelian adalah seperti berikut :
  1. Setiap kakitangan dibenarkan untuk membuat pembelian dengan harga istimewa ini sebanyak 3 kali setahun.
  2. Maksima pembelian adalah sebanyak 4 pasang (baju lelaki dan wanita tidak termasuk barang-barang lain).
  3. Tiada had jualan yang dikenakan.
  4. Pembayaran melalui kad kredit dibenar dengan pembelian melebihi RM50.00
Jangan lepaskan peluang ini...

Selasa, 18 Mei 2010

Pinjaman Dari Institusi Kewangan Kerajaan dan Bank

Maklumat mengenai pinjaman dari institusi kewangan kerajaan kepada usahawan kraf.

Jenis Bantuan :
TABUNG PROJEK USAHAWAN BUMIPUTERA (TPUB)

Keterangan :
Memberi pembiayaan kepaada usahawan Bumiputera yang telah dianugerahkan kontrak/projek oleh Kerajaan, badan dan agensi Kerajaan, badan berkanun ataupun syarikat milik Kerajaan, tetapi tidak berjaya mendapat pembiayaan daripada institusi-institusi Kerajaan. Peruntukan yang disediakan adalah sebanyak RM300 juta.

Tidak memerlukan cagaran dan sesuai untuk sektor ekonomi termasuk pembinaan, pembekalan dan perkilangan.

Usahawan yang berminat boleh menghubungi terus seperti maklumat berikut ;

ERF Sdn Bhd,
7th & 9th Floor,
No.4, Jalan Sultan Sulaiman,
50000 Kuala Lumpur
Tel : 03-2078 1378
Fax : 03-2070 8288
* Sekiranya usahawan memerlukan penjelasan lanjut mengenai skim bantuan ini, boleh hubungi Bahagian Komunikasi Korporat, Kraftangan Malaysia di talian 03-2161 3793 (Cik Siti Mariam Sidek)

Kursus Induksi Modul Khusus Bil 02/2010 Kraftangan Malaysia


Kursus Induksi Modul Kursus Bil 02/2010, Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia telah diadakan pada 10 hingga 13 Mei 2010 bertempat di PNB Ilham Resort, Port Dickson. Seramai 60 anggota kerja telah terpilih menyertai kursus induksi pada sesi kali ini.


* Gambar-gambar sekitar kursus


Isnin, 17 Mei 2010

Syarikat Tekstil Didenda

Sebuah syarikat tekstil telah dikenakan denda sebanyak RM60,000 oleh Mahkamah Seksyen selepas mengaku bersalah atas dua tuduhan iaitu melepaskan sisa industri melebihi tahap piawaian yang telah ditetapkan pada lima tahun lalu.

Kraftangan Malaysia ingin mengingatkan kepada pengusaha tekstil agar mengambil perhatian terhadap perkara ini bagi memastikan ia tidak berulang lagi di masa hadapan.

Buah pelaga makan dikikir,
Dibawa orang dari hulu,
Sebarang kerja hendak difikir,
Supaya jangan mendapat malu

Keratan akhbar :

* Sumber : Harian Metro 18 Mac 2010

Harrods Bertukar Tangan

Sempena Promosi Kraf Malaysia pada 23 Februari hingga 8 Mac 2009 yang lalu sebanyak 3,137 produk kraf termasuk hasil rekaan fesyen tempatan telah di pamerkan di gedung beli-belah terkemuka dunia Harrods, London.

Sebagai makluman, kini pusat menjual barangan mewah setinggi enam tingkat itu di Knightsbridge secara rasmi telah dibeli oleh oleh Qatar Holding, agensi pelaburan negara teluk yang kaya dengan gas dan minyak. Harrods telah dijual dengan harga RM7.3 bilion yang selam ini dimiliki oleh Al-Fayed sejak 25 tahun lalu kini akan diuruskan oleh keluarga diraja Qatar diketuai oleh Emir Sheikh Hamad bin Khalifa.


*keratan akhbar sempena Promosi Kraf Malaysia di Harrods

Penghargaan Kepada Petugas Sambutan & Protokol


Ucapan penghargaan terima kasih kepada semua petugas sambutan dan protokol yang telah menjalankan tugas sempena Malam Tenun Pahang Diraja pada 8 Mei 2010 (Sabtu).


Semoga sokongan dan prestasi yang ditunjukkan berkekalan.








Malam Tenun Pahang Diraja

MALAM TENUN PAHANG DIRAJA telah diadakan di Kompleks Kraf Kuala Lumpur pada 8 Mei 2010 yang lalu.

Objektif mengadakan majlis berkaitan tenun Pahang ini ialah untuk menghidupkan kembali perusahaan Tenun Pahang dengan mengetengahkan tenunan ini dalam busana tradisional yang eksklusif untuk diperagakan.

Pada majlis ini, YAB Perdana Menteri Malaysia telah menyampaikan Anugerah Penghargaan kepada penggiat seni kraf tenunan Pahang yang sentiasa berusaha membangun dan memartabatkan warisan tenunan ini. Anugerah Penghargaan yang julung kali disampaikan, dianugerahkan kepada Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Puan Pahang Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj di atas penglibatannya yang signifikan dalam seni kraf ini.

Sebanyak 80 pasang pakaian diperagakan hasil rekaan pereka fesyan tempatan iaitu Calvin Thoo, Salikin Sidek, Sharifah Kirana dan Rizalman Ibrahim. Pereka Kraftangan pula dwakili oleh Rodziah Md Yusoff dan Nazari Maarus.