Saya ingin menyampaikan amanah dari Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Ketua Setiausaha KPKK melalui surat edaran masing-masing berkaitan Penguatkuasaan Peraturan Berkaitan Pematuhan Waktu Bekerja Penjawat Awam. Semua warga kerja Kraftangan Malaysia diingatkan untuk mematuhi peraturan waktu bekerja sebagaimana jadual pelaksanaan Waktu Bekerja Berperingkat (WBB) yang digunapakai di Kraftangan Malaysia seperti berikut:
Waktu Peringkat (WP)
|
Hari
|
Waktu Bekerja
|
Waktu Rehat
|
Waktu Bekerja
|
WP2
|
Isnin - Khamis
|
8.00pg –1.00ptg
|
1.00ptg – 2.00ptg
|
2.00ptg – 5.00ptg
|
Jumaat
|
8.30pg – 12.15tgh
|
12.15tgh – 2.45ptg
|
2.45ptg – 5.00ptg
| |
WP3
|
Isnin - Khamis
|
8.30pg –1.00ptg
|
1.00ptg – 2.00ptg
|
2.00ptg – 5.30ptg
|
Jumaat
|
8.30pg – 12.15tgh
|
12.15tgh – 2.45ptg
|
2.45ptg – 5.30ptg
|
Selain itu, semua warga kerja adalah diwajibkan untuk keluar makan/minum pagi sebelum waktu pejabat dan tidak dibenarkan sama sekali untuk berada di kafeteria pada waktu bekerja. Bagi urusan peribadi dalam waktu pejabat, semua anggota kerja perlu mendapatkan kelulusan Pengarah masing-masing dan masa yang diambil tidak melebihi 2 jam. Tindakan pemotongan cuti akan diambil sekiranya urusan tersebut melebihi 2 jam (tindakan pemotongan gaji sekiranya cuti telah habis. Membaca surat khabar juga merupakan sebahagian daripada urusan peribadi dan seharusnya tidak menjejaskan urusan pejabat.
Pihak Pengurusan Kraftangan Malaysia akan sentiasa membuat pemantauan agar semua anggota kerja mematuhi peraturan ini dan akan mengenakan tindakan tatatertib terhadap mana-mana warga kerja yang didapati gagal mematuhi peraturan-peraturan berkenaan.
Semua warga kerja dipohon untuk mengambil perhatian yang serius mengenai perkara ini dan sentiasa mematuhi peraturan-peraturan sedia ada.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan