Jumaat, 23 Oktober 2015

MAJLIS SIDANG MEDIA HIASAN DALAMAN & SENI TAMAN 2015

Kraftangan Malaysia mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Yang Berhormat Dato' Seri Mohamed Nazri bin Tan Sri Abdul Aziz, Menteri Pelancongan & Kebudayaan, Dif-Dif Kehormat, Para Tetamu dan Rakan Media yang hadir ke Majlis Sidang Media Promosi Hiasan Dalaman & Seni Taman pada 22 Oktober 2015.

Majlis ini adalah sebagai pra hebahan sempena Promosi Hiasan Dalaman & Seni Taman yang akan bermula pada 29 Oktober hingga 2 November 2015 di Kompleks Kraf Kuala Lumpur. "SEMUA DIJEMPUT"







Rabu, 21 Oktober 2015

PELANTIKAN KETUA PENGARAH KRAFTANGAN MALAYSIA


Ucapan Tahniah 


Yang Berbahagia Puan Hajah Zuraida binti Mokhtar ke atas pelantikan sebagai Ketua Pengarah Kraftangan Malaysia yang baru berkuatkuasa 20 Oktober 2015. 



Perpustakaan Negara Malaysia akan menganjurkan Program Bicara Sarjana: Magic and Divination in Malay Illustrated Manuscripts pada 22 Oktober 2015 (Khamis) dari jam 10.30 pagi. Semua dijemput...

"Bangsa Membaca Bangsa Berjaya" 



Official Opening Ceremony Venezuelan Week In Malaysia

19 Oktober 2015 : Majlis Perasmian The 10th Venezuelan Week in Malaysia oleh Yang Berhormat Menteri Pelancongan & Kebudayaan di Kompleks Kraf Kuala Lumpur. Keunikan seni daripada Negara America Latin ini boleh dilihat dengan lebih dekat menerusi Pameran Seni & Kraf Venezuela yang sedang berlangsung di Kompleks Kraf Kuala Lumpur yang diadakan sehingga 19 November 2015.




Selasa, 13 Oktober 2015

PROMOSI KRAF MALAYSIA SEREMBAN PRIMA

Promosi Kraf Malaysia di Pusat Beli Belah Seremban Prima bakal membuka tirainya esok 14 hingga 18 Oktober 2015 dari jam 10 pagi hingga 10 malam. 

Promosi ini berlangsung selama 5 hari dengan penyertaan seramai 11 orang usahawan kraf dari pelbagai bidang iaitu tekstil (batik), hasil rimba (rotan & kayu), logam (pewter) dan aneka kraf (seni inai, manik & mutiara). Bagi meningkatkan minat masyarakat tempatan dalam menggunakan produk kraf tempatan, Kraftangan Malaysia mengetengahkan Aktiviti Galakan Pengunjung seperti Demonstrasi dan Interaktif Kraf, Jualan Produk kraf, Pertandingan Kraf dan Persembahan Kesenian

Isnin, 22 Jun 2015

PERASARAAN TUAN HAJI MISRONI, PENGARAH BAHAGIAN KOMUNIKASI KORPORAT KRAFTANGAN MALAYSIA

Tuan Haji Misroni bin Haji Sulaiman
Pengarah Bahagian Komunikasi Korporat
Kraftangan Malaysia
22 Jun 2015 merupakan hari terakhir Tuan Haji Misroni bin Haji Sulaiman, Pengarah Bahagian Komunikasi Korporat Kraftangan Malaysia berkhidmat dan bersara wajib pada 22 Jun 2015 (Selasa) bersamaan 5 Ramadhan 1436H. Beliau telah berkhidmat di Kraftangan Malaysia selama 34 tahun bermula 24 April 1981. Tuan Haji mula menjadi pengarah di Bahagian Komunikasi Korporat pada tahun 2009 hingga kini. Beliau seorang yang beperwatakan lembut, tenang namun tetap tegas dalam melaksanakan tanggungjawabnya.


Majlis ringkas telah diadakan oleh anggota kerja Bahagian Komunikasi Korporat bagi meraikan persaraan Tuan Haji Misroni di Sukhumvit Garden Restaurant pada 15 Jun 2015 yang lalu. Kami ingin merakamkan setinggi-tinggi ucapan penghargaan dan terima kasih kepada Tuan Haji Misroni atas tunjuk ajar sepanjang tempoh bekerja. Bukan sahaja sebagai seorang ketua, persaraan ayahnda kami ini, pastinya menghibakan. Segala nasihat dan ilmu minta dihalalkan. Selamat bersara, semoga Tuan Haji sekeluarga dipanjangkan umur dan sentiasa berada dibawah lindungan dan rahmat daripada Allah S.W.T.

"Yang patah kan tumbuh, yang hilang kan berganti namun tak sama dengan yang telah pergi".















Khamis, 30 April 2015

TAWARAN MENYERTAI WARNA WARNI AIDILFITRI 2015


Warna-Warni Aidilfitri 2015 merupakan aktiviti promosi kali ke-sepuluh (10) dilaksanakan bermula dari tahun 2003. Promosi yang dilaksanakan ini adalah bagi memberi pelbagai pilihan kepada pengguna dalam persiapan menyambut hari raya aidilfitri dengan mengetengahkan gabungan produk kraf dan perkhidmatan aidilfitri. Penggunaan produk kraf yang merangkumi pelbagai penggunaan produk kraf dalam bidang tekstil, hasil rimba, hasil tanah, aksesori & perhiasan diri, hiasan dalaman, hadiah dan cenderamata juga kelengkapan rumah. Manakala produk berkaitan aidilfitri adalah busana aidilfitri, bingkisan raya (hamper), perhiasan dan aksesori, hiasan kelengkapan rumah, biskut raya & manisan, tempahan makanan dan bunga hiasan

Program        : Warna-Warni Aidilfitri 2015 
Skop Aktiviti : Jualan Produk Kraf & Produk / Perkhidmatan Aidilfitri
Tarikh            : 2 hingga 13 Julai 2015 (12 hari) 
Masa             : 10.00 pagi - 10.00 malam (setiap hari) 
Tempat         : Kompleks Kraf Kuala Lumpur, Jalan Conlay 
Penganjur    : Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia 
Urus Setia    : Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia 

Tawaran penyertaan telah dibuka kepada usahawan kraf dan perkhidmatan aidilfitri. Tarikh tutup permohonan ini adalah pada 11 Mei 2015. Muat turun syarat penyertaan dan borang 

HARI PEKERJA 2015


Sambutan Hari Pekerja peringkat kebangsaan bagi tahun 2015 pada akan diadakan pada 1 Mei 2015 (Jumaat) di Borneo Convention Centre, Kuching (BCCK) Sarawak. Majlis akan disempurnakan oleh  YAB Dato' Sri Mohd. Najib Bin Tun Haji Abdul RazakPerdana Menteri Malaysia yang akan menyampaikan Amanat Khas Hari Pekerja 2015 serta seterusnya menyampaikan Anugerah Hari Pekerja Tahun 2015. Tema Hari Pekerja pada tahun ini adalah “Pekerja Sihat Produktiviti Meningkat”.
Selamat Hari Pekerja kepada semua rakyat Malaysia khususnya anggota kerja Kraftangan Malaysia di seluruh negara. 


Selasa, 28 April 2015

SENARAI PROMOSI KRAF MALAYSIA 2015 (April-Jun)


Orang ramai dijemput menghadiri Promosi Kraf Malaysia 2015 yang sedang dan bakal berlangsung di seluruh negara. Temui usahawan-usahawan kraf dari pelbagai bidang seperti tekstil, hasil rimba, logam, seramik dan aneka kraf. Jangan ketinggalan, datanglah beramai-ramai.. 

22 April - 3 Mei 2015 : Great Eastern Mall, KL
24 April - 3 Mei 2015 : Merdeka Plaza, Kuching
24 April - 3 Mei 2015 : Landmark Mall, Kulim Kedah
30 April - 9 Mei 2015 : Mesra Mall, Terengganu
1   - 10 Mei 2015        : Angsana Johor Bahru Mall
16 Mei - 1 Jun 2015   : Suria Sabah
20 - 31 Mei 2015        : Emcorp Strand Mall, Selangor
12 - 17 Mei 201          : The Curve, Damansara
28 Mei - 6 Jun 2015   : KB Mall Kelantan 

Khamis, 9 April 2015

HARI KRAF KEBANGSAAN 2015

Hari Kraf Kebangsaan 2015 dengan membawa tema "Eco-Kraf Pelaburan Kesejahteraan" bermula 26 Mac hingga 7 April 2015 bermula jam 10.00 pagi hingga 10.00 malam di Kompleks Kraf Kuala Lumpur. Penganjuran Hari Kraf Kebangsaan 2015 pada tahun ini disertai seramai 638 orang usahawan kraf dari seluruh negara.
Antara aktiviti menarik yang diadakan pada tahun ini seperti Buskers Challenge, Pertandingan Ukiran Buah-Buahan dan Sayuran, Demonstrasi Masakan Tradisional, Pertandingan Dikir Barat, Pertandingan Ayam Serama, Pertandingan Selfie@HKK, Si Comel Meow @HKK15, Ceramah agama, Kursus Pra Perkahwinan, Mini Perkampungan Orang Asli Mah Meri Pulau Carey, Bengkel Sulaman Manik Bunga dan Manik Tambour, Bengkel Teknik penggayaan Tudung, Pertunjukan Telekung, Bicara Kreatif dan banyak lagi.
Terima kasih kepada usahawan yang menyertai HKK 2015 dan pengunjung yang hadir memeriahkkan suasana. Jumpa lagi tahun hadapan! 

Ceramah agama oleh Uztazah Sii Norbahyah 

Peserta pertandingan "Selfie@HKK"

Pemenang Pertandingan Produk Terbaik sempena Hari Kraf Kebangsaan 2015

Hasil kerja Pertandingan Ukiran Buah dan Sayuran 

Aksi kucing sempena "Si Comel Meow @HKK2015"


Pertamdingan ayam serama





Pertandingan Dikir Barat 






Perkampungan mini Mahmeri, Pulau Carey



Konsert Masihkah Kau Ingat : Yankee-Yankee