Bersempena dengan Promosi Hiasan Dalaman dan Seni Taman, Kraftangan Malaysia turut mengadakan pelbagai pertandingan menarik yang disediakan khas untuk pengunjung. Antaranya :
PERTANDINGAN UKIRAN BUAH DAN SAYUR
( Ahad / 29 September 2013 / 2.30 – 4.30 petang )
Dijemput: Food & Beverages (Chef, Pembantu Chef, Pelajar - hotel, pramusaji dan katering, restoran, akademi kulinari) / Individu Berbakat
“ Tampilkan seni ukiran buahan dan sayuran yang kreatif, sebagai dekorasi yang memberi impak suasana segar dan menyerlahkan keindahan acara/ruang. Kemahiran anda dalam membentuk buahan dan sayuran kepada pelbagai ‘arca magis dari imaginasi’ merupakan sebuah ekspresi kesenian yang bakal memukau visual para audiens. “
PERTANDINGAN HIASAN SARUNG KUSYEN
( Selasa / 1 Oktober 2013 / 2.30 – 4.30 petang )
Dijemput: Pereka Jahitan Hiasan Dalaman / Individu Berbakat
“ Bereksperimenlah dengan kit jarum dan benang anda! Gunakan pelbagai teknik - konsep - aksesori jahitan kepada sebuah sarung kusyen asas yang dinilaitambahkan menjadi objek penyeri sofa atau sudut ruangan. “
PERTANDINGAN GUBAHAN BUNGA HIASAN
( Rabu / 2 Oktober 2013 / 2.30 – 4.30 petang )
Dijemput: Penggubah Bunga (Floris / Konsultan dan Pereka Dalaman / Hotel – housekeeping dan susun atur suasana) / Individu Berbakat
“ Serlahkan sentuhan dari hati anda dengan memadankan pelbagai bungaan harum menjadi objek harmoni untuk diletakkan di ruangan tertentu (meja makan / outlet / ruangan / majlis). Hiasilah mengikut citarasa anda, digubah selari dengan kesesuaian konsep dan tema. “
PERTANDINGAN HIASAN ANYAMAN KELARAI
( Khamis / 3 Oktober 2013 / 2.30 – 4.30 petang)
Dijemput: Pakar anyaman / Individu Berbakat
“ Ceritakan idea anda dengan jalinan mengkuang pelbagai warna yang membentuk motif tersendiri. Hasilnya - sebuah anyaman yang berpadu kukuh - baik berseni tradisional atau kontemporari. “
PERTANDINGAN PERMAINAN CONGKAK MALAYSIA
(Ahad / 6 Oktober 2013 / 12.00 tengah hari)
Isi borang dibawah dan kembalikan kepada urus setia! Jangan ketinggalan.. hadiah manarik menanti pemenang!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan