Rabu, 31 Oktober 2012

THE BEST DOMESTIC EVENT


Kraftangan Malaysia telah berjaya memenangi Anugerah Pelancongan Johor 2012 dalam kategori "The Best Domestic Event" menerusi penganjuran program Promosi Kraf Malaysia Zon Selatan 2011 yang diadakan pada 15 hingga 25 Disember 2011 di Padang A, Plaza Angsana, Johor Bahru.

Anugerah Pelancongan Johor 2012 merupakan acara yang dianjurkan oleh Kerajaan Negeri Johor menerusi Jabatan Pelancongan Negeri Johor bertujuan mempertingkatkan kualiti perkhidmatan dan produk pelancongan negeri Johor pada landasan yang menepati piawaian antarabangsa.


Tahniah kepada semua anggota kerja Kraftangan Malaysia dan usahawan kraf yang terlibat dalam menjayakan promosi ini. Syabas!

Selasa, 30 Oktober 2012

MAJLIS KONVOKESYEN KE-11 IKN


Majlis Konvokesyen IKN pada tahun 2012 adalah kali yang ke-sebelas sejak penubuhan Institut Kraf Negara mulai tahun 2001. Majlis Konvokesyen ke-11 IKN ini akan diadakan pada 08 November 2012 di Dewan Cindai, Institut Kraf Negara, Rawang dan akan disempurnakan oleh Yang Berhormat Senator Datuk Maglin Dennis D`Cruz, Timbalan Menteri II , Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan. 

Pesta Konvokesyen bermula pada 08-11 November 2012. Orang ramai dijemput hadir. 

MAJLIS SIDANG MEDIA - PROMOSI KRAF INSPIRASI ALAM

Majlis Sidang Media sempena Promosi Kraf Inspirasi Alam akan diadakan pada masa dan waktu seperti berikut :

Tarikh   : 3 November 2012 (Sabtu)
Masa     : 3.00 petang
Tempat : Laman Plaza, Kompleks Kraf Kuala Lumpur.

Semua media dijemput hadir.

Rabu, 24 Oktober 2012

PROMOSI KRAF INSPIRASI ALAM


IBADAH QURBAN


Qurban ialah menyembelih binatang ternakan berkaki empat (Al-An'am) pada hari  Raya Eidul Adha atau hari-hari tasyrik (11, 12, 13 Zulhijjah) dengan tujuan beribadat kepada Allah. Hukum  Ibadah Qurban adalah sunat muakkad bagi yang mampu dan wajib bagi yang bernazar. Ibadah Qurban bermula selepas naik matahari  sekadar cukup untuk solat 2 raka'at dan khutbah pada 10 Zulhijjah dan berakhir ketika terbenam matahari 13 Zulhijjah. 


          " Barangsiapa yang mempunyai  kemampuan tetapi tidak berqurban, maka janganlah ia   menghampiri tempat solat kami". 
           ( Riwayat Ahmad dan Ibnu Majah dari Abu Hurairah)


Ibadah buat kita, kegembiraan buat mereka. Selamat menjalankan Ibadah qurban. Semoga Ibadah Qurban kita mendapat ganjaran yang besar di sisi Allah SWT.


sumber : IKRAM 

Jumaat, 19 Oktober 2012

PERTANDINGAN FOTOGRAFI - PROMOSI KRAF INSPIRASI ALAM 2012

Pertandingan Fotografi sempena Promosi Kraf Inspirasi Alam 2012 akan diadakan pada  4 November 2012 (Ahad). Orang ramai dijemput menyertainya kecuali angota kerja Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia. Borang yang telah lengkap diisi perlu dikembalikan kepada urusetia sebelum 2 November 2012 (Jumaat) jam 3.00 petang.

PENYERTAAN ADALAH PERCUMA!



Khamis, 18 Oktober 2012

LAWATAN BERPANDU PROMOSI KRAF INSPIRASI ALAM 2012

Promosi Kraf Inspirasi Alam akan berlangsung pada 31 Oktober hingga 11 November 2012. Pelbagai aktiviti diadakan seperti jualan kraf, pameran kraf, demonstrasi dan interaktif kraf, persembahan kesenian, pertandingan seni kreatif, peragaan fesyen dan bual bicara kraf. Sempena promosi ini, Kompleks Kraf Kuala Lumpur mengadakan perkhidmatan lawatan berpandu. Sila klik di sini untuk memuat turun borang pengesahan lawatan berpandu tersebut.

PERTANDINGAN LUKISAN KRAF INSPIRASI ALAM

Kraftangan Malaysia akan mengadakan PROMOSI KRAF INSPIRASI ALAM 2012 pada 31 Oktober hingga 11 November 2012, di Kompleks Kraf Kuala Lumpur Jalan Conlay. Sehubungan itu, satu Pertandingan Lukisan 'Kraf Inspirasi Alam' akan diadakan pada 4 Oktober 2012 di Kompleks Kraf Kuala Lumpur bersempena Promosi yang diadakan tersebut.

Klik di bawah untuk borang penyertaan. 

Sebarang pertanyaan mengenai Pertandingan Lukisan 'Kraf Inspirasi Alam' ini boleh terus berhubung dengan Puan Zurina Hamzah ataupun berhubung dengan Unit Kompleks Kraf Kuala Lumpur di talian 03-2161 1470 / 80 ataupun email kepada komplekskrafkl@kraftangan.gov.my atau klcraftcomplex@gmail.com.



Khamis, 4 Oktober 2012

PAMERAN ZA'ABA: TINTA & MINDA



Mulai 1 Oktober hingga 31 Oktober 2012 Jabatan Arkib Negara mengadakan Pameran Za’ba: Tinta & Minda di Menara Warisan, Arkib Negara Malaysia. Dijemput hadir beramai-ramai untuk mengunjungi dan menghayati pameran tersebut.  Maklumat lanjut sila hubungi :

Seksyen Pameran dan Arkib Pendidikan
Arkib Negara Malaysia
Tel : 03-62090600 ext : 787
Fax : 03-62014352

Isnin, 1 Oktober 2012

PERSEMBAHAN MUZIK, TARIAN KONTEMPORARI DAN TEATER KANAK-KANAK

Fakulti Muzik, Fakulti Tari dan Fakulti Teater  Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan, Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) akan mengadakan persembahan muzik, tari dan teater seperti  ketetapan  berikut: 


3 – 5 Oktober 2012(8.30 malam)
Classical Evening Recital II
Panggung Eksperimen ASWARA 
Harga Tiket : RM 5.00 (dewasa) / RM 2.00(pelajar)

3 – 5 Oktober 2012(8.30 malam)
Classical Evening Recital II
Panggung EksperimenASWARA
harga Tiket : RM 5.00 (dewasa) / RM 2.00(pelajar)


19 Oktober 2012(8.30 malam) / 
20 Oktober 2012 (3.00 petang dan 8.30 malam) /
21 Oktober 2012 (3.00 petang) 
Teater Kanak-Kanak
“Si Peniup Seruling”
Panggung Eksperimen ASWARA

Harga Tiket : RM10.00 (dewasa)RM5.00 (pelajar)

Orang ramai dijemput untuk menyaksikannya. Sebarang pertanyaan atau pengesahan kehadiran sila hubungi Puan Royah Abd Samad di talian 03-2697 5046.

TAHNIAH KEPADA ENCIK MISRONI BIN HAJI SULAIMAN


Tahniah kepada Pengarah Bahagian Komunikasi Korporat, Encik Misroni bin Haji Sulaiman di atas pengurniaan Darjah Kebesaran Kesatria Mangku Negara (K.M.N), oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sempena Ulangtahun Hari Keputeraan Baginda bagi tahun 2012. Istiadat Pengurniaan bagi Istiadat tersebut akan diadakan pada 12 November 2012 di Balairong Seri, Istana Negara.

Tahniah sekali lagi dari anggota kerja Bahagian Komunikasi Korporat!

LAPORAN PEMANTAUAN MEDIA DAN ADUAN TEMPOH 10 HINGGA 16 SEPTEMBER 2012

Jawatankuasa Tetap Pengaduan Awam (JKTPA), Bil. 3/2009 yang dipengerusikan oleh YBhg. Tan Sri Ketua Setiausaha Negara pada 7 Julai 2009 telah memutuskan supaya Biro Pengaduan Awam (BPA) menyediakan laporan aduan Kementerian secara mingguan dan diedarkan kepada semua Ketua Setiausaha Kementerian untuk perhatian dan tindakan selanjutnya.

Berikut merupakan isu utama yang dilaporkan oleh kebanyakan media (termasuk media elektronik) berkaitan KPKK bagi tempoh 10 hingga 16 September 2012, seperti butiran berikut : 

`Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan media online perlu dikawal daripada 
 menggunakan 'taktik gerila' dalam penyebaran maklumat kepada orang ramai (Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan)'

UNESCO AWARD OF EXCELLENCE FOR HANDICRAFTS (SOUTH EAST ASIA & SOUTH ASIA)


KUALA LUMPUR, 4 JUN 2012 – Kraftangan Malaysia agensi di bawah Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia (KPKK) hari ini mengadakan Majlis Sidang Media bagi menghebahkan tentang Penganjuran UNESCO Award Of Excellence For Handicrafts. Majlis dihadiri oleh Yang Berhormat Dato’ Seri Utama Dr. Rais Yatim, Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan bertempat di Kompleks Kraf Kuala Lumpur, Jalan Conlay.

Hadir sama ialah Yang Berbahagia Dato’ Dr. Rothiah Omar, Timbalan Ketua Setiausaha (Penerangan) KPKK, Yang Berusaha Encik Che Azemi Haron, Timbalan Ketua Setiausaha (Komunikasi) KPKK, Yang Berbahagia Dato’ Haji Sohaimi bin Shahadan, Pengerusi Kraftangan Malaysia dan  Yang Berbahagia Encik Mohd Kamil bin Mohd Ali, Ketua Pengarah Kraftangan Malaysia.

Program yang diadakan dua tahun sekali ini bertujuan menggalakkan usahawan kraf supaya menghasilkan produk menggunakan kemahiran, corak dan reka bentuk secara inovatif bagi memastikan kesinambungan dan kedayatahanan tradisi dan kemahiran.

Penganjuran ini terbuka kepada seluruh usahawan kraf dari rantau South East Asia ( Asia Tenggara ) dan South Asia ( Asia Selatan ) untuk menyertainya. Tarikh tutup penyertaan ialah pada 31 Julai 2012. Penilaian produk UNESCO Award Of Excellence For Handicrafts akan dilaksanakan mulai 23 hingga 26 September 2012 semasa International Symposium And Exhibition On Natural Dyes & World Eco-Fiber and Textile ( ISEND/WEFT) Forum 2012 anjuran Society Atelier Sarawak dengan kerjasama Kraftangan Malaysia. Pengumuman produk yang berjaya mendapat pengiktirafan UNESCO Award Of Excellence For Handicrafts akan diumumkan pada 15 Oktober 2012.

Sebanyak 8 kategori dipertandingkan iaitu Homeware ; Clothing & Scarves; Decoration ; Fashion Accessories ; Jewelry ; Stationery ; Toys & Games ; Musical Instruments.

Produk kraf yang dihasilkan mestilah menggunakan salah satu atau gabungan bahan-bahan semulajadi antaranya seperti tekstil ( kapas, sutera, linen ) gentian semulajadi (buluh, rotan) ; seramik (tanah liat) ; logam (perak, emas, tembaga, besi, pewter); batu (batu berharga atau separuh berharga, jade).

Melalui pengiktirafan yang diberikan, seseorang usahawan kraf akan mendapat pelbagai manfaat seperti :

(i)        Sijil kecemerlangan
Setiap produk yang diiktiraf dengan Anugerah UNESCO diberi sijil. Perakuan itu boleh digunakan sebagai alat promosi (untuk produk tertentu atau sesuatu barisan produk sahaja) untuk membuktikan kualiti dan kesahihan sesuatu produk.

(ii)      Latihan dan pembinaan kapasiti
Usahawan yang produknya menerima pengiktirafan berpeluang menyertai bengkel mengenai penilaian reka bentuk produk dan promosi.

(iii)     Pameran perdagangan dan pameran
Usahawan kraf mempunyai peluang untuk memaparkan produk yang dianugerahkan di pameran dan pesta tahunan serta mendapat bimbingan tentang penyertaan dalam pameran perdagangan antarabangsa.

(i)        Komunikasi dan promosi
Usahawan mendapat manfaat daripada kempen komunikasi dan promosi yang diselaraskan oleh UNESCO dan rakan serantau. Bahan promosi, seperti risalah dan katalog, akan meningkatkan penonjolan produk dan pengiktirafan.

(ii)      Laman web
Semua produk yang mendapat pengiktirafan, bersama-sama dengan data maklumat usahawan, disenaraikan di laman web UNESCO Bangkok supaya orang yang berminat boleh terus berkomunikasi dengan usahawan.

(iii)     Harta intelek dan hak cipta
Usahawan kraf yang menerima pengiktirafan diberi kesedaran mengenai manfaat mendaftarkan produk mereka di bawah harta intelektual dan hak cipta.


UNESCO Award Of Excellence For Handicrafts In Asia sebelum ini dikenali sebagai UNESCO Seal Of Excellence yang diperkenalkan bersama oleh UNESCO dan ASEAN Handicraft Promotion and Development Association (AHPADA) pada tahun 2001. Kraftangan Malaysia merupakan wakil dalam AHPADA.

Kali terakhir program ini telah diadakan pada tahun 2010 di Jakarta. Pada tahun ini, Malaysia telah diberi penghormatan oleh UNESCO untuk menganjurkan UNESCO Award Of Excellence For Handicrafts.

Negara anggota dalam rantau Asia Tenggara adalah - Brunei Darussalam, Cambodia, Indonesia, Lao PDR, Malaysia, Myanmar, Philippines, Singapore, Thailand, Timor Leste & Vietnam. Bagi rantau Asia Selatan pula adalah - Bangladesh, Bhutan, India, Nepal, Maldives, Pakistan & Sri Lanka.

KEPUTUSAN PEMILIHAN WAKIL MBJ 2012/2013

Proses Pengundian bagi Pemilihan Wakil Pekerja Majlis Bersama Jabatan (MBJ) bagi Sesi 2012/2013 telah dilaksanakan pada 24 Mei 2012 yang lalu.  Proses pengiraan telah dijalankan oleh ahli jawatankuasa dan berikut  disertakan senarai anggota kerja yang telah dilantik oleh pihak Pengurusan bagi Wakil Pihak Pekerja MBJ bagi sesi 2012/2013 : 


NAIB PENGERUSI
ENCIK YUSAK BIN MAHAMUD
Pengarah
Bahagian Rekaan

SETIAUSAHA BERSAMA
ENCIK AHMAD FADLI BIN BASRI
Pegawai Teknologi Maklumat Gred F41
Institut Kraf Negara

Wakil Kumpulan Pengurusan & Profesional
(Gred 41 Ke Atas)


ENCIK ABDUL MANAN BIN ISMAIL
Pegawai Ehwal Ekonomi Gred E41
Bahagian Komunikasi Korporat

ENCIK NOR AZMI BIN ISMAIL
Pengarah
Kraftangan Malaysia Cawangan Johor

ENCIK NORZEHAN ADLI BIN MUHAMAD
Pereka Gred B41
Institut Kraf Negara

ENCIK MOHD SUHAIMI BIN ZAKARIA
Pegawai Ehwal Ekomoni Gred E41
Kraftangan Malaysia Cawangan Terengganu

Wakil Kumpulan Sokongan I
(Gred 27 Hingga 32)

ENCIK NIK AZREEN BIN NIK ALUI
Penolong Pegawai Ehwal Ekonomi Gred E27
Kompleks Kraf Langkawi

PUAN SARIMAH BINTI MOHD SININ
Penolong Akauntan Gred W32
Unit Kewangan
Bahagian Kewangan dan Pembangunan

ENCIK HAIRONI BIN HAJI BOHARI
Penolong Pegawai Ehwal Ekonomi Gred E27
Kraftangan Malaysia Cawangan Sarawak

ENCIK MOHD SHAHRON BIN MAT DESA
Penolong Pegawai Ehwal Ekonomi Gred E27
Kraftangan Malaysia Cawangan Melaka

ENCIK A. RAZAK BIN ROMLAN
Penolong Pegawai Tadbir Gred N27
Unit Pentadbiran
Bahagian Khidmat Pengurusan


Wakil Kumpulan Sokongan I (Gred 17 - 22)
 ZON 1 (Perlis, Kedah Termasuk Langkawi, Perak dan Pulau Pinang)

ENCIK ABDUL GANI BIN YOB
Pereka Gred B17
Kraftangan Malaysia Cawangan Kedah

ZON 2 (Johor, Melaka, Negeri Sembilan)
ENCIK YUSOF BIN AB. HALIM
Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N22
Kraftangan Malaysia Cawangan Negeri Sembilan

ENCIK ROSDI BIN IBRAHIM
Pengajar Kraf Gred E17
Kraftangan Malaysia Cawangan Johor

ZON 3 (Kelantan, Terengganu dan Pahang)
HAJI ROSDI BIN ISHAK
Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N22
Kraftangan Malaysia Cawangan Kelantan

ENCIK NORLI @ ROSLI BIN YUSOF
Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N17
Kraftangan Malaysia Cawangan Terengganu

ZON 4 (Sarawak)
ENCIK RAMLEE BIN TUAH
Juruteknik Gred J22
Kraftangan Malaysia Cawangan Sarawak

ZON 5 (Sabah)
ENCIK MOHD YUSOF BIN HAJI JOHARI
Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N22
Kraftangan Malaysia Cawangan Sabah

ZON 6 (Institut Kraf Negara dan Selangor)
HAJI MOHD AMIR BIN AHMAD
Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N22
Institut Kraf Negara

ENCIK ZALAINI BIN KASSIM
Pembantu Makmal Gred C22
Institut Kraf Negara

ZON 7 (Ibu pejabat)
ENCIK SAHAZUBIR BIN IDRIS
Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N22
Unit Kewangan
Bahagian Kewangan Dan Pembangunan

ENCIK NORLIDZAN BIN SAAD
Juruteknik Gred J22
Unit Pembangunan
Bahagian Kewangan Dan Pembangunan

ENCIK SUKRI BIN MAMAT
Pereka Gred B17
Bahagian Rekaan

Wakil Kumpulan Sokongan II
(Gred 1 - 16)

ENCIK MUZZAFAR BIN MUSA
Pembantu Am Pejabat Gred N4
Kraftangan Malaysia Cawangan Terengganu

ENCIK ARIS BIN HAJI BAKRI
Pemandu Kenderaan Gred R3
Kraftangan Malaysia Cawangan Sarawak

ENCIK SALEM BIN ABDUL KAHAR
Pemandu Kenderaan Gred R3
Unit Pentadbiran
Bahagian Khidmat Pengurusan

ENCIK AB HALIM BIN AB WAHAB
Pembantu Am Pejabat N4
Kraftangan Malaysia Cawangan Negeri Sembilan

Tahniah diucapkan kepada semua ahli jawatankuasa.