Qurban ialah menyembelih binatang ternakan berkaki empat (Al-An'am) pada hari Raya Eidul Adha atau hari-hari tasyrik (11, 12, 13 Zulhijjah) dengan tujuan beribadat kepada Allah. Hukum Ibadah Qurban adalah sunat muakkad bagi yang mampu dan wajib bagi yang bernazar. Ibadah Qurban bermula selepas naik matahari sekadar cukup untuk solat 2 raka'at dan khutbah pada 10 Zulhijjah dan berakhir ketika terbenam matahari 13 Zulhijjah.
" Barangsiapa yang mempunyai kemampuan tetapi tidak berqurban, maka janganlah ia menghampiri tempat solat kami".
( Riwayat Ahmad dan Ibnu Majah dari Abu Hurairah)
Ibadah buat kita, kegembiraan buat mereka. Selamat menjalankan Ibadah qurban. Semoga Ibadah Qurban kita mendapat ganjaran yang besar di sisi Allah SWT.
sumber : IKRAM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan