Jumaat, 1 Jun 2012

PENGUNDIAN MBJ KRAFTANGAN MALAYSIA

KUALA LUMPUR – 24 Mei 2012, Kraftangan Malaysia hari ini mengadakan Pemilihan Wakil Pekerja Majlis Bersama Jabatan (MBJ) Kraftangan Malaysia sesi 2012/2013 serentak di seluruh Cawangan Negeri.
Pada sesi pemilihan di peringkat Ibu Pejabat, Yang Berbahagia Encik Mohd Kamil Mohd Ali, Ketua Pengarah Kraftangan Malaysia serta Barisan Pihak Pengurusan turut hadir membuat pemilihan.
Seramai 26 orang anggota kerja bakal mengisi jawatan bagi 12 kategori Wakil Pihak Pekerja dalam MBJ Kraftangan Malaysia. Jawatan yang dipertandingkan ialah Naib Pengerusi, Setiausaha, Kumpulan Pengurusan & Profesional, Zon 1 (Johor, Melaka & Negeri Sembilan),  Zon 2 (Johor, Melaka & Negeri Sembilan), Zon 3 (Kelantan, Terengganu & Pahang), Zon 4 (Sarawak), Zon 5 (Sabah), Zon 6 (Institut Kraf Negara & Selangor), Zon 7 (Ibu Pejabat) dan Kumpulan Sokongan II.
Pemilihan Wakil Pekerja (MBJ) pada tahun ini, memperlihatkan kehadiran beberapa anggota kerja baru Kraftangan Malaysia yang dicalonkan untuk merebut kerusi Wakil Pihak Pekerja (MBJ) Kraftangan Malaysia sesi 2012/2013.
Keputusan muktamad Wakil Pihak Pekerja (MBJ) pada sesi ini dijangka akan diumumkan pada awal bulan Jun 2012.
OLEH : FAZLIN BINTI MOHAMMAD ZAKI

Tiada ulasan:

Catat Ulasan