Khamis, 28 April 2011

SIRI 1 : SKRIP VIDEO KORPORAT KRAFTANGAN MAYSIA

Bermula minggu ini, kami akan menyiarkan skrip video korporat Kraftangan Malaysia secara bersiri.. Selamat membaca. Diharap dapat menambah informasi anda mengenai Kraftangan Malaysia. =)

Alam dan segala isi kehidupannya menjadi pencetus idea dan sumber ilham, dimanfaatkan oleh tukang kraf dalam menzahirkan pelbagai bentuk produk kraf. Bermula dengan penubuhan Pusat Kemajuan Pertukangan Tangan pada tahun 1967 di Terengganu, industri kraf mula mengorak langkah baru.Tahun 1973, Lembaga Kraftangan Malaysia ditubuhkan sebagai anak MARA, berperanan untuk menyediakan program pemuliharaan kemahiran kraf.

Bagi memperkasakan lagi usaha pembangunan industri kraf, Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia atau KRAFTANGAN MALAYSIA, ditubuhkan pada 1 Oktober 1979, melalui Akta Parlimen 222.


~nantikan sambungannya~~~

1 ulasan:

  1. Video korporat penting bagi setiap anggota kerja untuk mengetahui sejarah, hala tuju, peranan dan fungsi organisasi

    BalasPadam