Jumaat, 28 Disember 2012

SELAMAT TAHUN BARU 2013



Sempena dengan kedatangan tahun baru 2013, sudah pasti kita perlu bermuhasabah dengan apa yang kita capai. Bahagian Komunikasi Korporat Kraftangan Malaysia ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru 2013 kepada rakyat Malaysia terutamanya warga kerja Kraftangan Malaysia di seluruh negara. Setiap pengalaman adalah pelajaran. Selamat Tahun Baru 2013!

“Momentum  ini perlu dirancakkan lagi, namun belum sampai masanya untuk kita mengisytiharkan kemenangan dan memasuki zon selesa. Kita perlu terus bekerja keras bagi mencipta kejayaan baru” - YAB DATO' SRI MOHD NAJIB BIN TUN HAJI ABDUL RAZAK PERDANA MENTERI MALAYSIA

Khamis, 27 Disember 2012

MAJLIS MENANDATANGANI DAN PENYERAHAN WATIKAH PERLANTIKAN ADIGURU KRAF 2012

Pada 17 Disember 2012 yang lalu, Kraftangan Malaysia telah mengadakan Majlis Menandatangani Dan Penyerahan Watikah Perlantikan Adiguru Kraf 2012. Majlis disempurnakan oleh Yang Berbahagia Encik Mohd Kamil bin Mohd Ali, Ketua Pengarah Kraftangan Malaysia bertempat di Kraftangan Malaysia Cawangan Selangor. 

Seramai 2 orang usahawan kraf  diberikan penghormatan dan dilantik sebagai Adiguru Kraf bagi tahun 2012 iaitu : 
  1. Encik V.N Ramdas A/L Vengdasalam - Kraf Seramik
  2. Encik Siow Ho Phiew - Kraf Kepala Singa (Boneka)
KRITERIA PEMILIHAN ADIGURU KRAF
  • Mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang tinggi dalam bidang kraf kepakarannya atau ahli di dalam seni kemahiran ketukangan, penciptaan, penggubahan dan pengeluaran barangan kraf warisan bangsa Malaysia.
  • Memainkan peranan penting dalam usaha memulih dan memelihara seni kraf warisan.
  • Bersungguh-sungguh menurunkan kemahiran kepada kumpulan pelapis agar seni kraf warisan berkenaan mempunyai kesinambungan.
  • Kreatif dan inovatif dalam usaha memaju dan meningkatkan kualiti produk kraf yang dihasilkan.

KEMUDAHAN PEMBERIAN KEPADA ADIGURU KRAF
  • Adiguru Kraf yang dilantik diberikan ganjaran watikah penghargaan, wang tunai berjumlah RM5,000.00 dan elaun bulanan sejumlah RM500.00 sebulan.
  • Bayaran Perkhidmatan Luar mengikut budi bicara Kraftangan Malaysia
  • Perlindungan Insurans Diri disediakan kepada Adiguru Kraf yang mengambil bahagian dalam aktiviti rasmi anjuran Kraftangan Malaysia.
Kraftangan Malaysia mengucapkan tahniah kepada kedua-dua Adiguru Kraf yang terpilih. Syabas!



MALAM MEDIA BERSAMA MISS TOURISM INTERNATIONAL 2012


KUALA LUMPUR - 21 DISEMBER 2012, Majlis Malam Media bersama Miss Tourism International 2012 anjuran Kraftangan Malaysia pada 21 Disember lalu berlangsung dengan jayanya. Seramai 250 orang tetamu jemputan termasuk pengamal media hadir meraikannya di Kompleks Kraf Kuala Lumpur, Jalan Conlay.
Majlis meriah tersebut diserikan dengan kehadiran oleh Yang Berbahagia Dato’ Sri Kamaruddin Siaraf, Ketua Setiausaha Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia. Terdahulu mengalu-alukan tetamu kehormat ialah Yang Berbahagia Encik Mohd Kamil bin Mohd Ali, Ketua Pengarah Kraftangan Malaysia. Turut hadir Yang Berbahagia Datuk Danny Ooi, Presiden Miss Tourism International.
Majlis Malam Media ini anjuran kali ke-4 bertujuan menghargai keprihatinan dan kesungguhan media memberi sokongan dan publisiti yang menggalakkan untuk memartabatkan industri kraf negara. Majlis turut diserikan dengan kehadiran 55 jelitawan Miss Tourism International 2012 dari seluruh dunia. Antara aktiviti yang diadakan ialah Peragaan Fesyen oleh Miss Tourism International 2012, Persembahan Kreatif Media dan Gagau-gagau Menang. 
 Kraftangan Malaysia mengucapkan terima kasih atas kehadiran dan penyertaan pengamal media yang hadir memeriahkan Majlis Malam Media bersama Miss Tourism International 2012 di Kompleks Kraf Kuala Lumpur. Penglibatan anda semua merealisasikan majlis sederhana yang penuh bermakna ini.
Miss Tourism Malaysia

Pemenang Mengarang Esei anjuran Kraftangan Malaysia

Miss Tourism 2012

Miss Tourism 2012

Penyanyi Jemputan - Adira

Persembahan Kreatif Media

Ucapan ringkas dari Yang Berbahagia Datuk Danny Ooi, Presiden Miss Tourism International 

Pemenang utama cabutan Gagau-Gagau Menang
Petugas Malam Media Bersama Miss Tourism International 2012

Isnin, 17 Disember 2012

DURIAN PARTY DI MUZIUM TELEKOM


PROMOSI KRAF MALAYSIA 2012 - NEGERI PERAK.




AKTIVITI MENARIK : 
  • Jualan produk kraf
  • Demonstrasi labu gelugur gergasi
  • Demonstrasi tembikar tradisional India
  • Pameran produk kraf kontemporari
  • Interaktif kraf bersama pengunjung
  • Kuiz & pertandingan permainan rakyat
  • Persembahan kebudayaan
  • Cabutan pengunjung bertuah
  • Jualan buah-buahan & produk industri asas tani (liat)

     SEMUA DIJEMPUT. MASUK ADALAH PERCUMA.



Selasa, 11 Disember 2012

JAWATAN KOSONG


Kraftangan Malaysia mempelawa warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang dari 18 tahun dan tidak melebihi 54 tahun semasa iklan ditutup serta berkelayakan dan bermotivasi tinggi untuk mengisi jawatan berikut di Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia : -
BIL.JAWATANGRED
1.JURUTERA (AWAM / MEKANIKAL)J41
2.JURUTEKNIK (AWAM / MEKANIKAL)J17
3.PEMBANTU AKAUNTANW17
CARA MEMOHON:
  1. Permohononan hendaklah dibuat menggunakan Borang UPSM/BKP/2007 yang boleh diperolehi di Ibu Pejabat Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia atau dimuat turun daripada laman webhttp://www.kraftangan.gov.my
  2. Borang yang lengkap diisi hendaklah dihantar dan disertakan bersama-sama dengan salinan kad pengenalan, sijil kelahiran, salinan sijil persekolahan, sijil berhenti sekolah dan  sijil-sijil berkaitan yang telah DISAHKAN. Permohonan lewat tidak akan dipertimbangkan
  3. Permohonan dari mereka yang sedang berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam, Badan Berkanun atau Pihak Berkuasa Tempatan mestilah melalui Ketua Jabatan masing-masing dengan menyertakansalinan Kenyataan Perkhidmatan dan Laporan Nilaian Prestasi Tahunan terkini.
ALAMAT DAN TARIKH TUTUP PERMOHONAN:
Sila nyatakan nama jawatan yang dipohon pada sebelah kiri sampul surat. Permohonan hendaklah dikemukakan selewat-lewatnya pada 24 DISEMBER 2012 (ISNIN) dan dialamatkan kepada:
KETUA PENGARAH
PERBADANAN KEMAJUAN KRAFTANGAN MALAYSIA
SEKSYEN 63,
JALAN CONLAY,
50450 KUALA LUMPUR
(u.p : Unit Pengurusan Sumber Manusia)
CATATAN AM
Pemohon-pemohon yang tidak menerima jawapan selepas enam (06) bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya.