Rabu, 8 April 2015

PERTANDINGAN DIKIR BARAT & BUSKERS CHALLENGE SEMPENA HKK2015

Pertandingan ini diadakan sebagai salah satu aktiviti galakan pengunjung sempena memeriahkan Hari Kraf Kebangsaan 2015 yang berlangsung pada 26 Mac hingga 7 April 2015 di Kompleks Kraf Kuala Lumpur yang lalu. 

Pertandingan Dikir Barat melibatkan 11 kumpulan yang datangnya dari Kelantan, Terengganu, Pahaang dan Kuala Lumpur. Daripada jumlah tersebut sebanyak 5 kumpulan terpilih ke peringkat akhir. Pertandingan ini diadili oleh barisan juri daripada ASWARA, RTM, Persatuan Dikir Barat dan Kratangan Malaysia. 
SENARAI PEMENANG PERTANDINGAN DIKIR BARAT :
PERTAMA (RM7,000) - Gemersik Alam 
KEDUA (RM5,000) - Kumpulan Dikir Hulubalang Sultan Mizan (IPG Kampung Sultan Mizan) 
KETIGA (RM3,000) - Warisan Sri Pujangga (Universiti Malaysia Pahang)
SAGUHATI x2 (RM1,000) -Balong Mas & Warisan Seni Samudra

















Buskers Challenge melibatkan penyertaan 30 kumpulan yang datangnya dari Kuala Lumpur, Selangor, Ipo, Pulau Pinang dan Johor.  Objektif acara ini untuk memberi peluang kepada anak muda menyampaikan kreativiti ciptaan muzik, menggalakkan pertumbuhan komuniti buskers ke arah lebih berkualiti di samping memeriahkan Hari Kraf Kebangsaan 2015. Kesemua kumpulan ini diuji pada peringkat saringan yang diadakan selama 3 hari pada 30, 31 mac dan 1 April 2015 di lokasi khas sekitar Kompleks Kraf Kuala Lumpur untuk slot busking. Dari jumlah tersebut, seramai 5 kumpulan  terpilih ke peringkat akhir pada 3 April 2015.
SENARAI PEMENANG BUSKERS CHALLENGE : 
BUSKERS TERBAIK  (RM3,000) - The Kodox's (KL)
BUSKERS PILIHAN  (RM3,000) - Big Groove Buskers (Perak)
BUSKERS GAYA KREATIF (RM3,000) - Sentuhan (KL)
SAGUHATI x 2  (RM300) - One Avenue Buskers (JB) & Meet The Plumber (KL)












Tiada ulasan:

Catat Ulasan