Isnin, 12 Januari 2015
PERUBAHAN TARIKH SAMBUTAN HARI KRAF KEBANGSAAN 2015
Untuk makluman semua, Hari Kraf Kebangsaan 2015 yang dijadualkan akan berlangsung pada 25 Februari hingga 9 Mac 2015 telah ditunda ke 26 Mac hingga 6 April 2015. Penundaan tarikh ini dibuat setelah mengambilkira situasi usahawan kraf terutama di negeri Pantai Timur yang terjejas akibat banjir yang melanda baru-baru ini dan juga pertembungan tarikh Sambutan Tahun Baru Cina. Perkara ini juga telah dipersetujui dan merujuk kepada Mesyuarat Jawatankuasa Penyelarasan Sambutan Hari Kraf Kebangsaan (HKK) 2015 Bil. 01/2015 bertarikh 6 Januari 2015. -sumber Blog Ketua Pengarah Kraftangan Malaysia
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan