Berdasarkan laporan, tahun demi tahun penipuan dan penyelewengan agensi pengendali pakej haji & umrah meningkat berdasarkan statistik kes yang difailkan di Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM). Selain itu, kes penipuan pakej umrah ini kerap kali dibentangkan melalui Mesyuarat Pengurusan Aduan Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia.
Justeru, warga Kraftangan Malaysia yang berhasrat untuk menunaikan umrah disarankan agar lebih berhati-hati memilih agensi dan pakej-pakej yang ditawarkan. Sebarang harga luar biasa atau promosi yang ditawarkan mungkin di sebaliknya ada isu sama ada wujud kos tersembunyi atau sindiket palsu yang menipu semata-mata. Semua dinasihatkan agar lebih berwaspa dengan agensi-agensi yang bersembunyi disebalik nama-nama seperti Vacation, Kembara, Holiday, Hospitality dan agensi-agensi yang menggunakan nama tertentu serta selebriti sebagai tarikan kepada pelanggan. Namun, individu atau orang perseorangan juga dikhuatiri menawarkan pakej umrah palsu kepada pelanggan.
Kesimpulannya, kepada Warga Kraftangan Malaysia yang ingin menjalankan Ibadah Umrah perlu lebih prihatin dan menyelidiki terlebih dahulu agensi berkaitan yang sememangnya menawarkan pakej yang telus kepada jemaah. Kaedah ini boleh dilakukan dengan menghubungi Bahagian Perlesenan Pelancongan (PLN), Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia untuk mendapatkan pengesahan agensi berkaitan ditalian 03-8891 7210 / 03-8000 8000.
‘Jangan tertipu seperti orang lain yang telah ditipu’
Tiada ulasan:
Catat Ulasan