Rabu, 29 Januari 2014

PERTANDINGAN BINTANG HARI KRAF KEBANGSAAN 2014

Pertandingan Bintang HKK2014 merupakan pertandingan nyanyian yang boleh disertai para pengunjung yang hadir semasa Hari Kraf Kebangsaan 2014. Aktiviti ini telah memasuki tahun keempat penganjurannya. Pertandingan Bintang HKK2014 ini diadili oleh juri - juri profesional. Penyertaan percuma dan semua dijemput. 
Sesi ujibakat akan diadakan pada 1 dan 2 Mac 2014 (Sabtu & Ahad) bermula pukul 2.00 hingga 6.00 petang.
Pertandingan akhir pula akan diadakan pada 8 Mac 2014 (Sabtu) pada pukul 8.00 malam. 
Para pemenang bakal membawa pulang hadiah lumayan iaitu:-
  • Tempat pertama - RM3,000.00
  • Tempat kedua    - RM2,000.00
  • Tempat ketiga    - RM1,000.00
  • Saguhati            - RM500 x 5 orang pemenang

Tiada ulasan:

Catat Ulasan