Jumaat, 8 Februari 2013

CUBISM HKK 2013


Konsep “Cubism” merupakan asas konsep produk baru sempena Hari Kraf Kebangsaan 2013 dengan memberi penekanan utama kepada produk yang diketengahkan. Objektif Pameran dan Jualan Produk Kraf Rekaan baru ini ialah untuk meningkatkan lagi kefahaman dalam penghasilan produk- produk kraf tempatan yang berlandaskan konsep aliran Cubism
Cubism adalah gaya dan pergerakan dalam aliran seni pada awal abad ke-20. Cubism menolak tradisi catan yang mementingkan objek realiti serta menganggap seni sebagai satu konsep ke arah penciptaan dan menolak peniruan. Cubism bercirikan geometri dimana pengurangan bentuk semulajadi kepada geometri. Manakala dari segi penggunaan warna adalah terdiri dari warna yang bertenaga.
Prinsip dasar umum yang terdapat pada Cubism iaitu menggambarkan bentuk objek dengan cara memotong, distorsi, bertindih, penyerdeharnaan, transpirasi , deformasi, menyusun dan aneka tempa. Melalui gerakan dan gaya aliran seni ini membawa identiti baru ke arah budaya timur dan mencipta serta memberikan kelainan dalam produk kraf atau juga aliran baru dalam rekabentuk kraf tempatan. Rujukan konsep produk dan rekaan dipilih disesuaikan dengan kaedah yang digunakan dalam proses pembangunan reka bentuk produk kraf tempatan.
Dengan kraf rekaan baru ini, ianya mampu meningkatkan kreativiti dan inovasi dalam pembangunan produk serta kepelbagaian sumber bahan(tekstil, hasil rimba, hasil logam, seramik) dan teknik-teknik mengikut identiti bangsa, budaya dan trend semasa yang bersesuaian serta dapat mempromosikan produk kraf Malaysia melalui rekabentuk produk, rekacorak, dan kepelbagaian fungsi untuk memenuhi kehendak pasaran semasa.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan