Khamis, 20 Oktober 2011

FATAH NGAH KARTUNIS LAGENDA

(klik pada keratan akhbar)
Abd. Fatah Ngah (Fatah) merupakan kartunis yang popular sekitar akhir 70an. Fatah berasal dari Paka Terengganu. Beliau mula berkarya sejak tahun 1978. Fatah aktif berpameran sejak tahun 1980.

Fatah juga satu nama besar dalam arena kartun di Malaysia. Beliau bukanlah sebarangan kartunis yang mudah dicari ganti. Beliau adalah kartunis generasi pertama yang merangsang dan menunjang kebangkitan kartun pada akhir 70 an bersama kelahiran Majalah GILA-GILA. 


Lakaran yang diwakili garisan-garisan yang halus hasil tarikan stroke yang rapi dan diadun pula oleh sapuan berus yang begitu menyakinkan telah menonjolkan kekuatan kartun-kartunnya. watak-watak yang dicanai dalam ceritanya adalah begitu didup dengan longhat bahasa yang bersahaja menjadikan ceritanya begitu realistik.

Kekuatan kartun Fatah juga bukan sahaja dapat dilihat melalui persepsinya yang teliti, malahan perkara-perkara yang kecil sekalipun, yang sering dilupai ditonjolkan dalam kartun-kartunnya. Karya Fatah kebanyakkannya sering menggunakan  latar budaya dan sosial masyarakat melayu luar bandar.

Kartunis tersohor negara Datuk Lat juga amat mengagumi bakat Fatah, ini terbukti apabila ditanya pendapat beliau mengenai seni kartun di Malaysia, beliau akan menunjuk kepada Fatah.

Bakat fatah tidak hanya pada kartun, malah jiwanya yang amat halus itu peka juga terhadap seni muzik. Fatah juga amat berkebolehan meggesek biola. Malahan Manan Ngah juga mendapat pendedahan awal muziknya daripada Fatah.

Antara karya popular beliau di Majalah GILA-GILA ialah "Lagak A.Mahmud"

Kini, beliau terlantar dek derita yang ditanggungnya akibat sakit saraf. Sakit yang ditanggungnya membutkan diri hanya terlantar di atas kerusi roda .Hanya ditemani ibu, Fatah kini tinggal di Dungun, Terengganu menghabiskan sisia hidup bersama. Oleh itu, atas usaha dan inisiatif rakan-rakan yang membantu, koleksi jualan amal bagi membantu Fatah telah dirancang. Hasil daripada jualan ini digunakan untuk perubatan beliau.

Lukisan beliau ini akan dipamer dan dijual kepada orang ramai atau badan-bdan koporat. Sesiapa yang berminat boleh melihat sendiri hasil karyanya boleh terus pergi ke : 

Kompleks Kraf Kuala Lumpur
Seksyen 63, Jalan Conlay
50450 Kuala Lumpur
Tel : 03-21613773

21 hingga 30 Oktober 2011
9.00 pagi hingga 7.00 malam



Tiada ulasan:

Catat Ulasan