Khamis, 2 Disember 2010

Logo KPKK yang baru

Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) telah mengadakan sambutan Hari Inovasi 2010 yang bertempat di Panggung Terbuka, Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia, Jalan Conlay pada 1 Disember 2010. Majlis Pelancaran Sambutan Hari Inovasi 2010 telah disempurnakan oleh YB Dato’ Seri Utama Dr. Rais Yatim, Menteri KPKK. Di majlis yang sama, YB Menteri KPKK turut melancarkan Logo KPKK yang baru.


Konsep logo baru KPKK:




Konsep Reka Bentuk

Keseluruhan reka bentuk adalah ringkasan daripada bentuk pembesar suara yang menjadi sumber inspirasi terhadap penghasilan logo kementerian ini. Konsep warna merah, biru dan kuning, melambangkan konsep budaya 1Malaysia yang mewakili setiap kaum yang terdapat di Malaysia



Konsep Reka Bentuk Warna
Bentuk gelung dinamik berwarna merah, biru dan kuning melambangkan gelombang komunikasi penyampaian maklumat yang global dan menyeluruh.

Gelung dinamik biru, mewakili keupayaan penerangan yang penting dalam menyampai maklumat dan dasar kerajaan dengan jelas dan tepat.

Gelung dinamik merah yang mempunyai bentuk kerawang adalah lambang unsur-unsur kebudayaan dan warisan Negara yang sentiasa terpelihara yang membentuk identiti kebudayaan Negara Malaysia.

Gelung dinamik kuning yang membentuk lengkung, melengkapi gelung biru dan merah, menjadi pendokong keupayaan komunikasi yang dinamik, progresif dan teguh.

Tiga garisan membentuk anak panah tajam berwarna hitam menggambarkan ketegasan dan menghala ke hadapan yang ditunjangi oleh satu garisan menggambarkan tiga Kementerian yang dulunya berasingan kini bersatu di bawah hala tuju yang sama dan beriltizam menjadi tonggak barisan hadapan kerajaan menjadi satu gelombang yang kuat dan berkesan dalam mencapai kesepakatan yang jitu ke arah wawasan Negara dan peneraju utama gagasan 1Malaysia.



Konsep Rupa Taip
Bentuk tipografi yang berwarna hitam ‘Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan’ adalah diambil daripada huruf bertangkai (serif) Times New Roman. Di mana rupa taip ini mempunyai unsur-unsur penegasan dan ini amat bertepatan dengan visi Kementerian iaitu untuk menjadi peneraju utama gagasan 1Malaysia berteraskan Rukun Negara bagi mewujudkan sebuah negara bangsa melalui wadah penerangan, komunikasi dan kebudayaan.



Saiz dan Jenis Font

Bentuk tipografi KEMENTERIAN menggunakan huruf bertangkai (serif) Times New Roman (regular) saiz 14 point manakala tipografi PENERANGAN KOMUNIKASI & KEBUDAYAAN menggunakan huruf Times New Roman (bold) saiz 20 adalah kerana ia amat bersesuaian dan mudah dibaca.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan