Isnin, 16 November 2009

Promosi Kraf Malaysia di Great Eastern Mall


Sukacita dimaklumkan, Kraftangan Malaysia telah menganjurkan Promosi Kraf Malaysia seperti berikut :

Tarikh : 06 - 15 November 2009
Masa : 10.00 pagi - 10.00 malam
Tempat : Concourse, Great Eastern Mall,Menara Great Eastern Jalan Ampang, Kuala Lumpur


>


Bertemakan ‘Beli Kraf Malaysia’, penganjuran ini bertujuan untuk menggalakkan masyarakat Malaysia dalam memakai dan menggunakan produk kraf buatan tempatan sebagai satu gaya hidup dan bagi menyemarakkan kembali cintakan seni warisan kraf tempatan di kalangan generasi muda.

Antara aktiviti yang dijalankan seperti Jualan Produk Kraf Malaysia yang melibatkan 19 usahawan dari pelbagai bidang kraf, Pendidikan Kraf dan Interaktif (Mewarna Batik Lukis dan Menganyam Rotan) serta Persembahan Kesenian Muzik Instrumental India, Muzik Asli, Muzik Cina dan Angklung.








Tiada ulasan:

Catat Ulasan