Rabu, 13 November 2013

PESTA KONVOKESYEN IKN

Sempena Majlis Konvokesyen Institut Kraf Negara (IKN) Ke-12, akan diadakan Pesta Konvokesyen selama 4 hari, bermula 13 hingga 16 November 2013, bertempat di IKN, Rawang. Banyak acara menarik menanti pengunjung. Semua dijemput. 




FESTIVAL KRAF LANGKAWI


MAJLIS PERASMIAN
Tarikh : 23 November 2013 (Sabtu)
Masa : 11.00 pagi
Tempat : Dataran Tangga Seribu, Kompleks Kraf Langkawi


Semasa hari perasmian juga, akan diadakan aktiviti "Berjalan Santai Di Langkawi Bersama Anjung Seri" anjuran Berita Publishing Sdn. Bhd iaitu syarikat yang meneribitkan majalah popular Anjung Seri. Aktiviti ini melibatkan penyertaan 1000 peserta dari seluruh negara yang akan berjalan santau sejauh 3km di sepanjang Pantai Pasir Hitam. 
Semua dijemput hadir bagi memeriahkan festival ini. 

Khamis, 7 November 2013

TAHNIAH DATO' KP


Penganugerahan Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP)

Seluruh warga Kraftangan Malaysia merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah di atas penganugerahan Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Dato' kepada Yang Berbahagia Dato' Mohd. Kamil Mohd Ali, Ketua Pengarah Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia sempena ulang tahun ke-83 Hari Keputeraan Sultan Pahang di Istana Abu Bakar, Pekan Pahang pada 24 Oktober 2013

Isnin, 28 Oktober 2013

PESTA CAHAYA DEEPAVALI 2013


Perkataan Deepavali merupakan gabungan perkataan "Dipa" yang beerti cahaya dan perkataan "Gavali" yang beerti barisan. 

Menurut lagenda, Raja Narakasura yang kejam dan selalu memeras rakyatnya, telah dikalahkan dan dibunuh oleh Dewa Krishnan. Sebelum mati, Raja Narakasura meminta semua manusia agar mereka merai hari kemenangan itu sebagai peringatan kepada yang mereka yang baik tentang godaan hantu dan syaitan, peringatan kepada mereka yang lupa agar berbuat baik dan menjauhi daripada membuat kejahatan sesama manusia. Pelita yang dipasang dalam barisan dapat dilihat dinyalakan di rumah penganut Hindu bagi melambangkan kejayaan kebaikan mengatasi kejahatan yang dirayakan sebagai perayaan Deepavali.

Sempena perayaan ini yang jatuh pada 2 November 2013 (Sabtu), Bahagian Komunikasi Korporat Kraftangan Malaysia ingin mengucapkan Selamat Hari Deepavali kepada semua penganut agama Hindu di seluruh negara. 


Sumber : Wikipedia