Khamis, 13 Mac 2014

MH370


Seperti kita semua sedia maklum, Malaysia menjadi tumpuan dunia diatas kehilangan pesawat MH370 yang membawa 239 penumpang dari pelbagai negara. Bermula awal pagi 8 Mac 2014 hingga kini, pesawat masih gagal di temui dan usaha mencari dan menyelamat giat dijalankan oleh pihak berkuasa. Sama-samalah kita mendoakan yang terbaik buat semua penumpang dan diharap anggota keluarga tabah menerima ujian ini.
Hentikanlah khabar angin yang boleh menggugat keharmonian negara. Ini adalah masa untuk rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa, agama dan budaya untuk bersatu.  Lidi penyapu boleh dipatahkan, tetapi kalau sudah jadi secekak ini tidak mungkin.

"Allah tidak membebani seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya, ia mendapat pahala kebajikan yang di usahakannya dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang dilakukannya.. (Al-Baqarah : 286)

Rabu, 5 Mac 2014

TETAMU VVIP HKK2014

Sempena Hari Kraf Kebangsaan 2014 yang sedang berlangsung bermula 26 Feb- 10 Mac 2014, ramai tetamu VIP yang telah hadir bagi menyokong promosi terbesar anjuran Kraftangan Malaysia. Terima kasih kepada semua tetamu yang hadir bagi memeriahkan HKK2014 pada kali ini. 


video
2 MAC 2014 : KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajjah Haminah 



video
27 FEB 2014 : YABhg Toh Puan Datuk Seri Panglima Hajah Norlidah binti RM Jasni, 
       Isteri Tuan Yang Terutama Yang Di-Pertua Negeri Sabah




video
27 FEB 2014 : YB Dato' Seri Mukhriz Tun Mahathir, Menteri Besar Kedah




video
                      27 FEB 2014 : YB Dato' Seri Diraja Dr. Zambry Abdul Kadir, Menteri Besar Perak bersama isteri