Isnin, 19 Disember 2011

IKLAN PROMOSI KRAF MALAYSIA ZON SELATAN 2011

video

Aktiviti : Promosi Kraf Malaysia 2011 (15-25 Disember 2011)
Lokasi : Perkarangan tempat letak kereta, Plaza Angsana, Johor Bahru
Talent : Rozita Che Wan

JUALAN KEMBALI KE SEKOLAH KPDNKK


Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan mengadakan program Jualan Kembali ke Sekolah bagi memberi peluang kepada orang ramai bagi mendapatkan kelengkapan persekolahan pada harga yang berpatutan. Datang beramai-ramai!

TEXTILE FORUM

Rabu, 14 Disember 2011

AL-FATIHAH BUAT ALLAHYARHAM NAZARI MAARUS

Allahyarham Nazari Maarus
Kehilangannya di rasai, penggantinya tidak diketahui.

Dukacita dimaklumkan pereka berbakat  Kraftangan Malaysia Allahyarham Nazari Maarus telah kembali ke rahmatullah pada 13 Disember 2011. Warga kerja Kraftangan Malaysia mengucapkan takziah buat seluruh ahli keluarga allahyarham. Semestinya pemergian ini satu kehilangan besar buat industri kraf negara. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang beriman.


AL-FATIHAH

Khamis, 8 Disember 2011

KURSUS PRA PERSARAAN




Kursus pra persaraan  ini dianjurkan oleh KPKK bertempat di Suria Cherating, Kuantan, Pahang mulai 30 hingga 2 November 2011. Seramai 14 orang anggota kerja Kraftangan Malaysia terlibat pada kali ini. Kursus ini bertujuan untuk memberi maklumat dan langkah-langkah yang perlu bagi seseorang anggota yang bakal bersara. 

Persiapan dan mengemaskini maklumat peribadi seperti baki cuti, cuti sakit, KWSP,perkiraan pencen,dan perkara-perkara yang menghalang proses pencen. Perkara yang menghalang misalnya ialah yang tidak diurus dengan sempurna seperti cukai pendapatan, tabung pinjaman-pinjaman kerajaan. Dalamasa kursus juga telah diberi pendedahan mengenai dengan mengurus kewangan yang baik. 

Ceramah khusus ini dikendalikan oleh AKPK (Bank Negara) sebagai panduan kepada bakal pesara. Tajuk kesihatan juga diadakan tentang bagaimana seseorang itu boleh mengekalkan tahap kesihatan melalui proses senaman atau kegiatan riadah.  Kegiatan ini akan membentuk mutu kesihatan lebih baik daripada tidak beriadah.  Riadah yang dimaksudkan ialah seperti melakukan aktiviti yang boleh mengeluarkan peluh serta  
mengurangkan mengambil makanan yang tidak bermutu.


Oleh : Encik Misroni bin Haji Sulaiman, Pengarah Bahagian Komunikasi Korporat

Isnin, 5 Disember 2011

BKK JOHAN BLOG TERBAIK


Bahagian Komunikasi Korporat telah mendapat tempat Pertama bagi Pertandingan Blog Terbaik Kraftangan Malaysia kategori ibu pejabat.  Terima kasih kepada Encik Misroni bin Haji Sulaiman, Pengarah Bahagian Komunikasi Korporat dan semua anggota kerja yang telah sama-sama menyumbang idea bagi memastikan blog ini dikemaskini dari masa ke semasa. 

Majlis penyampaian hadiah telah diadakan pada 1 Disember 2011 (Khamis) yang lalu dan di sampaikan oleh Encik Mohd Kamil Mohd Ali, Ketua Pengarah Kraftangan Malaysia. Berikut adalah senarai pemenang :

Kategori : Peringkat ibu pejabat 

JOHAN                  
Bahagian Komunikasi Korporat

TEMPAT KEDUA 

TEMPAT KETIGA 


Kategori : Peringkat cawangan 

JOHAN                  

TEMPAT KEDUA 

TEMPAT KETIGA 

Tahniah kepada semua pemenang. 

Jumaat, 2 Disember 2011

MALAM MESRA MEDIA 2011

Pada 22 November 2011 (Selasa) yang lalu, Kraftangan Malaysia telah menganjurkan Malam Mesra Media bertempat di Laman Wau, Kompleks Kraf Kuala Lumpur. Tetamu kehormat pada malam tersebut adalah Yang Berbahagia Dato' Sri  Kamarudin Siaraf, Ketua Setiausaha Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia.

Malam Mesra Media merupakan penghargaan daripada Kraftangan Malaysia kepada media massa yang telah dan sentiasa menyokong aktiviti-aktiviti anjuran Kraftangn Malaysia. Majlis ini juga diharap dapat menjalinkan hubungan rapat dengan media dan menghargai keprihatinan media dalam memberi publisiti untuk memartabatkan industri kraf negara.  

Antara aktiviti yang disediakan pada malam terbut adalah seperti peragaan busana tekstil, nyanyian karaoke, persembahan koir dan acara "Gagau-Gagau Menang". 






























Bahagian Komunikasi Korporat ingin merakamkan penghargaan kepada semua yaang hadir bagi menjayakan program tersebut. 

PROMOSI KRAF MALAYSIA, JOHOR BAHRU