Jumaat, 22 Januari 2010

Pelajar Praktikal

Bahagian Komunikasi Korporat telah menerima 2 orang pelajar praktikal dari Universiti Teknologi MARA (UiTM), Shah Alam. Meraka akan menjalani latihan praktikal dari 14 Disember 2009 hingga 31 Mac 2010....














Nama : SHARIFAH ZATI AMNI BINTI SYED AZLAN
Tarikh Lahir : 30 Mac 1980












Nama : NURUL NADIA BINTI AHMAD SHUKRI
Tarikh Lahir : 8 Julai 1987


Selamat datang....dan Selamat menikmati alam pra-pekerjaan..

Jumaat, 15 Januari 2010

PERTANDINGAN MENULIS SURAT KEPADA PERDANA MENTERI


PERTANDINGAN MENULIS SURAT KEPADA PERDANA MENTERI
Sukacita dimaklumkan Pertandingan Menulis Surat kepada Perdana Menteri telah dilancarkan pada 29 Disember 2009 oleh YAB Perdana Menteri sendiri di Kota Kinabalu, Sabah sempena Majlis Rumah Terbuka Malaysia Krismas 2009.

Pertandingan yang dianjurkan bersama oleh Pos Malaysia dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan dengan kerjasama Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan dan Kementerian Pelajaran Malaysia serta RTM sebagai Rakan Media.

Pertandingan ini telah bermula pada 29 Disember 2009 dan bakal berakhir pada 19 Februari 2010. Ia dibuka kepada semua pelajar sekolah rendah dan menengah warga Malaysia berusia 7-17 tahun.


Borang dan syarat pertandingan juga boleh dimuat turun dari laman web www.pos.com.my atau www.skmm.gov.my. Sebarang pertanyaan mengenai pertandingan ini, sila hubungi Bahagian Komunikasi Korporat, Pos Malaysia Berhad di talian 03-22672000 atau emel kepada Sekretariat Pertandingan Menulis Surat kepada Perdana Menteri di azira@pos.com.my atau mariati@pos.com.my.

Kami memohon sokongan tuan/ puan dalam memanjangkan lagi maklumat berkenaan pertandingan ini ke bahagian/ jabatan/ Kementerian tuan/ puan, justeru menggalakkan lebih banyak penyertaan daripada anak-anak dalam kalangan para pegawai dan staf di bahagian/ jabatan/ Kementerian tuan/ puan sekalian.

Segala kerjasama yang diberikan kami dahului dengan ucapan ribuan terima kasih.