Selasa, 31 Mei 2011

PERSIAPAN AKHIR MAJLIS SIDANG MEDIA PROMOSI KERJA KAHWIN 2011


Persiapan akhir..
Majlis Sidang Media sempena Promosi Kerja Kahwin pada 26 Mei 2011 (Khamis). Anggota kerja Bahagian Komunikasi Korporat sedang sibuk dengan persiapan terakhir. Gambar diambil sehari sebelum majlis berlangsung...
 
Pn Sharina dan Norehan dengan surat jemputan dan siaran media


Asma sibuk dengan memo sambil berbalas komen peminat

 
 
 Norehan, Wan dan Wani sibuk menyediakan kupon makan kepada media. Masa untuk makan.....




Fara dan Azlan  mengemaskini senarai jemputan. Jemputan perkahwinan

Junaidi dan buku diari perbelanjaan. Simpanan buku kira-kira untuk kahwin
  




En Manan sibuk melayan telefon dari mak andam.
 

Maryam bersama bunga manggar sambil berangan


Bunga manggar siap di pasang. BERJAYA!!!


PERTANDINGAN FOTOGRAFI

Sempena Promosi Kerja Kahwin 2011 yang berlangsung di Kompleks Kraf Kuala Lumpur, Bahagian Komunikasi Korporat telah menganjurkan Pertandingan Fotografi pada 28 Mei 2011 (sabtu) yang lalu. Seramai 17 orang telah mengambil bahagian dalam pertandingan ini. Terima kasih diucapkan kepada peserta dan model pengantin yang terlibat dalam sesi fotografi ini. Keputusan pemenang akan diumumkan 5 Jun 2011 (Ahad).

Model-model  pengantin sempena Pertandingan Fotografi. Terima kasih. 













Jumaat, 27 Mei 2011

PROMOSI KERJA KAHWIN

Promosi Kerja Kahwin sedang berlangsung di Kompleks Kraf Kuala Lumpur, Jalan Conlay. Ia dibuka kepada orang ramai dari jam 10.00 pagi hingga 8.00 malam. Masuk adalah percuma!!!


Peta ke Kompleks Kraf Kuala Lumpur

PERTANDINGAN MENULIS SURAT 1MALAYSIA

Pos Malaysia Berhad dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dengan kerjasama Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) dan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) menganjurkan pertandingan menulis surat 1 Malaysia.

Pertandingan Menulis surat kepada Perdana Menteri ini terbuka kepada semua pelajar sekolah rendah (kategori A) dan menengah (kategori B) di seluruh Malaysia mulai 1 Mei 2011 hingga 30 Jun 2011.

Sebarang pertanyaan berhubung perkara ini boleh hubungi :

Puan Mariati Mohd Arif 
012-3757149 
mariati@pos.com.my

atau 

Encik Muhammad Hafiz A Kadir 
012-2688166. 
hafiz.kadir@pos.com.my

Selasa, 24 Mei 2011

BULETIN KRAF SIRI 1 : DARI MEJA EDITORIAL

Encik Misroni bin Haji Sulaiman (Timbalan Editor Buletin Kraf)






Menyingkap tirai tahun 2011 bermakna kita telah memasuki alam pembaharuan selari dengan gesaan pemimpin nombor satu negara yang menuntut kepada transformasi terutamanya bagi perkhidmatan awam ke arah membekal perkhidmatan yang cemerlang kepada masyarakat.  Menyahut seruan kepada perubahan ini, Buletin Kraf terbitan Kraftangan Malaysia turut berubah wajah menuju dimensi baru dengan tagline “Medium Transformasi Kraf Malaysia”.

Keluaran sulung 2011 menampilkan perubahan dan pembaharuan bukan hanya kepada imej malah menjangkaui liputan berita, kandungan, reka letak, warna dan kualiti serta menyelitkan nilai-nilai komersial. Buletin Kraf diterbitkan empat kali setahun berkonsepkan bacaan ringan yang berinformasi. Sasaran pembaca Buletin Kraf bukan hanya sekadar warga Kraftangan Malaysia malah diperluaskan kepada seramai 7,147 usahawan kraf di seluruh negara dan orang awam.

Sebagai wadah ulung penyampai maklumat kepada usahawan kraf, Buletin kali ini menyajikan aktiviti Hari Kraf Kebangsaan dan Hala Tuju Perancangan Kraftangan Malaysia bersama Ketua Pengarah. Ruangan Info dengan Peragaan Fesyen Batik Miss Tourism International 2010 dan sisipan majlis ilmu bersama Apresiasi Kraf serta tidak ketinggalan segmen antarabangsa mengajak kita semua mendekati Misi Perdagangan Antarabangsa di Birmingham, Dubai dan Frankfurt.

Keluaran eksklusif Buletin Kraf kali ini mengajak pembaca mendekati Tokoh-tokoh Ulung Kraf, mengembara ke Destinasi Kota Batik dan menjengah keunikan Istana Kayu. Rakaman istimewa sempena Hari Kraf Kebangsaan 2011 dipaparkan dalam segmen Lensa Kraf yang berbentuk santai. Ikuti temu bual bersama penyanyi yang meningkat naik, Ana Raffali dalam segmen Ikon Remaja. Inovasi Teknik Pembakaran Labu Sayung dipaparkan dalam ruangan Kreatif dan Inovatif dan segmen Petua memberi panduan penjagaan batik sutera.

Terima kasih diucapkan kepada Yang Berbahagia Datin Seri Masnah Rais isteri Yang Berhormat Dato’ Seri Utama Dr Rais Yatim, Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan yang menjadi Personaliti Budaya menghiasi Buletin Kraf kali ini. Selamat membaca!

Kumpulan Editorial


“Industri kreatif mempunyai potensi besar untuk dimajukan lagi bagi menjana pendapatan negara”.
 YAB Dato’ Sri Mohd. Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia Oktober 2010


Isnin, 23 Mei 2011

AL-FATIHAH : TRAGEDI TANAH RUNTUH RUMAH ANAK YATIM AL-TAKWA.

Al-fatihah dan takziah diucapkan kepada keluarga mangsa tragedi tanah runtuh Rumah Anak Yatim Al-Takwa, Felcra Semungkis, Batu 14, Hulu Langat, Selangor.


Semoga roh mereka yang terkorban dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan kekasih Allah s.w.t.

TAHNIAH PASUKAN FUTSAL!

Tahniah kepada pasukan futsal zon tengah kerana telah memenangi tempat ke-2 dalam pertandingan futsal di Kejohanan Sukan Sempena Perayaan Hari Muzium Antarabangsa Peringkat Kebangsaan Negeri Sembilan. Acara ini telah berlangsung bermula pada 19 Mei 2011 bertempat di Public Star Futsal, Seremban 2, Negeri Sembilan .

Pasukan ini diwakili oleh empat pemain dari Kraftangan Malaysia. Mereka terdiri dari Mohd Azlan Omar Baki (BKK), Mohd Danial Mohd Affendi (IKN), Tuan Azreen Tuan Yaacob (IKN) dan Mohd Hanafi Anuar (IKN).

Tahniah diucapkan!!!




Khamis, 19 Mei 2011

PERHATIAN!! TAHUKAH ANDA..........

Kami telah menambah segmen baru.... ia adalah segmen
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

TAHUKAH ANDA?
(klik disini)


Semoga pembaca terhibur dan sama-sama dapat menambah ilmu pengetahuan.

Rabu, 18 Mei 2011

Isnin, 16 Mei 2011

SELAMAT HARI GURU

Guru..
Dalam ajarnya ada harapan,
Dalam tegurnya ada doa,
Dalam marahnya ada sayang,
Dalam tawanya ada mesra,
Dalam diam ada bijaksana,
Dalam tangannya, kita terbina,
SELAMAT HARI GURU =)

IKLAN PROMOSI KERJA KAHWIN 2011

Kraftangan Malaysia akan mengadakan Promosi Kerja Kahwin 2011 di Kompleks Kraf Kuala Lumpur, Jalan Conlay pada 26 May hingga 06 Jun 2011, mulai 10.00 pagi hingga 8.00 malam.

Pelbagai aktiviti menarik telah disediakan oleh Kraftangan Malaysia di sepanjang Promosi Kerja Kahwin 2011, antaranya jualan produk kraf, produk dan perkhidmatan perkahwinan, pameran kerja kahwin, demonstrasi dan interaktif perkahwinan, manifestasi perkahwinan Malaysia serta alunan muzik perkahwinan Malaysia.

Pada 13 Mei 2011 yang lalu, penggambaran untuk iklan telah diadakan di Kompleks Kraf Kuala Lumpur. Saksikan iklannya nanti di kaca TV anda...









Selasa, 10 Mei 2011

KAUNTER INFORMASI KRAFTANGAN MALAYSIA


Kaunter Informasi di Lobi Bangunan Seri Utama telah mula beroperasi semula pada 9 Mei 2011 yang lalu. Sekiranya anda ingin mendapatkan maklumat mengenai Kraftangan Malaysia, anda akan dibantu oleh pegawai yang bertugas.



Waktu beroperasi :

ISNIN - KHAMIS
8.15 pagi - 12.45 tengahari

2.15 petang - 4.45 petang


JUMAAT
8.15 pagi - 12.00 tengahari
3.00 petang - 4.45 petang


PERHATIAN :
  • Bagi pelawat yang ingin berjumpa dengan mana-mana anggota kerja Kraftangan Malaysia di pejabat, anda WAJIB meninggalkan lesen memandu/kad pekerja dikaunter informasi dan mengambil pas masuk. Kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan pelawat tidak dapat memasuki bangunan pejabat.

SIRI 2 : SKRIP VIDEO KORPORAT KRAFTANGAN MALAYSIA

Sambungan dari Siri 1

Sebagai sebuah badan berkanun tanggungjawab dan tugas lebih luas diamanahkan untuk memaju, menggiat dan memulihkan kemahiran serta ketukangan tradisional melalui penggunaan cara moden pengeluaran, pengurusan dan pemasaran.


Kraftangan Malaysia, lantas menyusun strategi dan pendekatan khusus dengan VISI, MENJADI PEMIMPIN DALAM PEMBANGUNAN INDUSTRI KRAF NEGARA YANG KUKUH DAN BERDAYA SAING.

Visi ini dipacu dengan MISI, UNTUK MENGKOMERSILKAN PRODUK SENI KRAF MELALUI PAMBANGUNAN PASARAN, PRODUK DAN USAHAWAN.



Nilai komersil, diterapkan dengan memberi fokus kepada penghasilan kraf secara sepenuh masa dan mampu menyumbang pendapatan tetap kepada lebih dari 500 usahawan kraf di seluruh negara.

nantikan sambungan SIRI 3....

Isnin, 9 Mei 2011

SELAMAT BERSARA TUAN HAJI CHUARI SELAMAT


Lebih 38 tahun berada dalam bidang penyiaran, Tuan Haji Chuari Selamat berpengalaman luas dalam penerbitan rancangan radio,pengacaraan, juruhebah, pengulas, pelapor, pembaca berita, penulisan skrip, menulis drama, puisi, pantun dan lagu lirik.

Mulai 1993, beliau kemudiannya telah dilantik sebagai Pengawal stesen Radio I, kemudian berpindah ke Radio Muzik pada tahun 2001 dan sekarang sebagai Pengawal stesen KLASIK NASIONAL. Sejak mengambil alih jawatan sebagai Pengawal KLASIK NASIONAL, Tuan Haji Chuari Selamat telah membawa perubahan dari segi penyampaian, kandungan dan imej stesen secara keseluruhan.

Sepanjang kerjayanya sebagai penyiar, beliau pernah memenangi Anugerah Seri Angkasa, Penyampai Terbaik Radio 1984, Anugerah Seri Angkasa DJ Terbaik Radio 1991, anugerah Q Produk Radio Terbaik 2003, Anugerah MACP 2007, Anugerah Tinta GAFIM 2008, Anugerah Khas Ketua Pengarah sempena hari RTM 2008 dan Anugerah Khidmat Cemerlang 2008.

Beliau juga telah dikurniakan Pingat Jasa Bakti, PJK oleh DYMM Sultan Selangor pada tahun 2002. Pingat Ahli Setia Negeri Sembilan, ANS oleh DYMM Yang Di Pertuan Besar Negeri Sembilan pada tahun 2006, dan Bintang Khidmat Terpuji, BKT oleh TYT Yang Dipertua Negeri Melaka, pada tahun 2006. Anugerah Khas Angkasapuri 2005 oleh YB Menteri Penerangan dan Anugerah Seri Temasik Radio Klasik oleh Majlis Pusat Singapura 2011.

Terima kasih Tuan Haji... Kraftangan Malaysia mengucapkan Selamat Bersara kepada Tuan Haji Chuari Selamat dan mendoakan agar beliau sentiasa diberi perlindungan dan kesihatan berpanjangan oleh Allah s.w.t serta dimurahkan rezeki dan berbahagia bersama keluarga tercinta.

SELAMAT HARI IBU



Bahagian Komunikasi Korporat mengucapkan SELAMAT HARI IBU kepada semua ibu-ibu di seluruh Malaysia terutamanya kepada warga kerja Kraftangan Malaysia.

"Setiap pagi sedekahkan Al-fatihah kepada kedua ibu bapa (tak kira masih hidup @ telah tiada).. nescaya pintu rezekimu akan terbuka buat kamu.. "