Isnin, 31 Oktober 2011

SELAMAT DATANG


Anggota kerja Bahagian Komunikasi Korporat ingin mengucapkan "SELAMAT DATANG"  kepada Puan Siti  Habsah binti Romlan dari Bahagian Khidmat Pengurusan ke Bahagian Komunikasi Korporat. Beliau  ditempatkan di Unit Khidmat Pelanggan. Selamat menjalankan tugas.

TERIMA KASIH PUAN SHARINA SHAARI

Puan Sharina Shaari dari Unit Pengiklanan, Bahagian Komunikasi Korporat telah ditukarkan ke Bahagian Khidmat Pengurusan berkuat kuasa pada 20 Oktober 2011 yang lalu. Beliau telah berkhidmat di Bahagian Komunikasi Korporat dari tahun 2002. 














Bahagian Komunikasi Korporat ingin mengucapkan terima kasih kepada Puan Sharina Shaari dan semoga berjaya. =) 

Kuning emas masaknya padi
Mawar merah dalam jambangan
Terima kasih daun keladi
Budi tuan jadi kenangan

Selasa, 25 Oktober 2011

SELAMAT HARI DEEPAVALI 2011


Deepavali, Diwali atau Dīpāvali adalah dalam Agama Hindu berarti "Festival Cahaya". Festival ini melambangkan kemenangan baik atas buruk, dan lampu dinyalakan sebagai tanda perayaan serta harapan umat manusia. Perayaan ini terfokus pada lampu dan cahaya, terutama pada lampu "diya" tradisional. Kembang api juga turut dipergunakan dalam festival ini dalam beberapa bagian negara.

Deepavali dirayakan selama lima hari berturut-turut dalam kalendar Hindu bulan "Ashwayuja". Biasanya ini terjadi dalam bulan Oktober atau November, dan merupakan salah satu festival terpopular dan paling ditunggu-tunggu di India. Umat Hindu, Jain, dan Sikh sama-sama menganggap festival ini sebagai perayaan hidup dan menggunakan peryaan ini untuk memperkuat tali persaudaraan antara keluarga dan teman. Untuk umat Jain, ini juga adalah salah satu festival terpenting, dan menandai dimulainya tahun Jain. Perayaan ini juga termasuk festival penting bagi umat Sikh.

Bahagian Komunikasi Korporat Kraftangan Malaysia ingin mengucapkan Selamat Meraikan Hari Deepavali kepada semua rakan-rakan beragama Hindu. Semoga dengan hadirnya Pesta Cahaya ini akan membawa kebahagian dan keceriaan buat anda semua!



sumber : wikipedia 

PROMOSI KRAF MALAYSIA -KUANTAN,PAHANG

SEMUA DIJEMPUT HADIR!!

Isnin, 24 Oktober 2011

CERIA BERSAMA KRAF SEMPENA SAMBUTAN HARI KANAK-KANAK SEDUNIA

Bersempena Sambutan Hari Kanak-Kanak Sedunia 2011, Kraftangan Malaysia akan mengadakan program seperti berikut :

                       "CERIA BERSAMA KRAF" 
              29 Oktober 2011 (Sabtu)
             7.30 pagi-5.00 petang

Pelbagai aktiviti menarik disediakan seperti merebut gula-gula,meniup belon,mencari barang kraf dalam tepung. masukkan air dalam labu sayung, pertandingan mewarna, menghias tudung saji dan banyak lagi! 
Acara akan diserikan lagi dengan kehadiran watak animasi terkenal Upin dan Ipin. Jangan ketinggalan! 

Bagi sekolah/ ibubapa yang berminat untuk menghantar anak-anak mereka, boleh menghubungi urusetia di talian 03-21611470 / 80. 



Khamis, 20 Oktober 2011

FATAH NGAH KARTUNIS LAGENDA

(klik pada keratan akhbar)
Abd. Fatah Ngah (Fatah) merupakan kartunis yang popular sekitar akhir 70an. Fatah berasal dari Paka Terengganu. Beliau mula berkarya sejak tahun 1978. Fatah aktif berpameran sejak tahun 1980.

Fatah juga satu nama besar dalam arena kartun di Malaysia. Beliau bukanlah sebarangan kartunis yang mudah dicari ganti. Beliau adalah kartunis generasi pertama yang merangsang dan menunjang kebangkitan kartun pada akhir 70 an bersama kelahiran Majalah GILA-GILA. 


Lakaran yang diwakili garisan-garisan yang halus hasil tarikan stroke yang rapi dan diadun pula oleh sapuan berus yang begitu menyakinkan telah menonjolkan kekuatan kartun-kartunnya. watak-watak yang dicanai dalam ceritanya adalah begitu didup dengan longhat bahasa yang bersahaja menjadikan ceritanya begitu realistik.

Kekuatan kartun Fatah juga bukan sahaja dapat dilihat melalui persepsinya yang teliti, malahan perkara-perkara yang kecil sekalipun, yang sering dilupai ditonjolkan dalam kartun-kartunnya. Karya Fatah kebanyakkannya sering menggunakan  latar budaya dan sosial masyarakat melayu luar bandar.

Kartunis tersohor negara Datuk Lat juga amat mengagumi bakat Fatah, ini terbukti apabila ditanya pendapat beliau mengenai seni kartun di Malaysia, beliau akan menunjuk kepada Fatah.

Bakat fatah tidak hanya pada kartun, malah jiwanya yang amat halus itu peka juga terhadap seni muzik. Fatah juga amat berkebolehan meggesek biola. Malahan Manan Ngah juga mendapat pendedahan awal muziknya daripada Fatah.

Antara karya popular beliau di Majalah GILA-GILA ialah "Lagak A.Mahmud"

Kini, beliau terlantar dek derita yang ditanggungnya akibat sakit saraf. Sakit yang ditanggungnya membutkan diri hanya terlantar di atas kerusi roda .Hanya ditemani ibu, Fatah kini tinggal di Dungun, Terengganu menghabiskan sisia hidup bersama. Oleh itu, atas usaha dan inisiatif rakan-rakan yang membantu, koleksi jualan amal bagi membantu Fatah telah dirancang. Hasil daripada jualan ini digunakan untuk perubatan beliau.

Lukisan beliau ini akan dipamer dan dijual kepada orang ramai atau badan-bdan koporat. Sesiapa yang berminat boleh melihat sendiri hasil karyanya boleh terus pergi ke : 

Kompleks Kraf Kuala Lumpur
Seksyen 63, Jalan Conlay
50450 Kuala Lumpur
Tel : 03-21613773

21 hingga 30 Oktober 2011
9.00 pagi hingga 7.00 malam



Rabu, 19 Oktober 2011

KARYA FATAH NGAH

Pameran dan Jualan Amal Koleksi Kartunis Fatah Ngah 2011 akan diadakan seperti berikut : 


Tarikh : 21 Oktober hingga 30 Oktober 2011 
Masa   : 9.00pagi - 7.00malam
Tempat : Laman Wau, Kompleks Kraf Kuala Lumpur

Berikut adalah antara hasil lukisan yang akan dijual pada pameran tersebut. Orang ramai dijemput hadir bagi melihat dan membeli hasil karya Fatah Ngah.








Khamis, 6 Oktober 2011

TEXTILE TALK

Sila hubungi nombor tertera jika berminat.

SIARAN SECARA LANGSUNG UCAPAN BELANJAWAN 2012 MELALUI PORTAL PERBENDAHARAAN MALAYSIA

Pembentangan Belanjawan 2012 oleh YAB Dato’ Sri Mohd Najib Bin Tun Haji Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia dan Menteri Kewangan akan diadakan seperti berikut:

Tarikh             : 7 Oktober 2011 (Jumaat)
Masa               : 4.00 petang
Tempat           : Parlimen Malaysia

Siaran Langsung :

·         RTM, TV3, NTV7, ASTRO, TV ALHIJRAH dan BERNAMA
·         secara langsung (webcasting) melalui Portal Belanjawan 2012.
·         Pautan RSS – http://www.treasury.gov.my
·         Mobile Web – http:// www.treasury.gov.my/bajetmobile

Pautan menerusi laman web agensi-agensi di bawah Kementerian Kewangan seperti berikut:

 • Kastam Di Raja Malaysia – http://www.customs.gov.my
       • Bank Negara Malaysia – http://www.bnm.gov.my
     • Suruhanjaya Sekuriti – http://www.sc.com.my
     • Lembaga Hasil Dalam Negeri – http://www.hasil.gov.my



Siaran langsung ini boleh didapati dalam dua versi iaitu
Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris dengan melayari Portal Perbendaharaan Malaysia http://www.treasury.gov.my . Teks Ucapan Belanjawan 2012 dan Laporan Ekonomi 2011/2012 juga boleh dimuat turun dari Portal Perbendaharaan Malaysia sejam selepas YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak membentangkan Belanjawan 2012.


PAMERAN PERDAGANGAN ANTARABANGSA 2012

Kraftangan Malaysia komited membantu usahawan kraf meluaskan pasaran produk kraf ke peringkat global. Usahawan kraf dipelawa menyertai Pameran Perdagangan Antarabangsa 2012. Bagi usahawan yang berminat, sila layari www.kraftangan.gov.my untuk mengisi borang atas talian atau muat turun borang penyertaan.

BULETIN KRAF : PETUA PENJAGAAN BATIK SUTERA BERSAMA PUAN KHALIJAH MOHD NOR - PEREKA KRAFTANGAN MALAYSIA


Oleh                           :          Sharina binti Shaari
                                               sharina@kraftangan.gov.my

Baju batik cantik dan menarik dipakai. Namun demikian kadang kala terdengar keluhan daripada pengguna baju batik bila baju batik yang disayangi telah rosak, luntur dan pudar warna.

Puan Khalijah Mohd Nor atau lebih mesra dengan panggilan Kak Jah akan berkongsi petua untuk menjaga dan  mencuci baju batik sentiasa kelihatan cantik, menarik dan yang paling penting ia tahan lama. Menurut Puan Khalijah fabrik batik akan tahan lebih lama sekiranya dicuci dengan tangan atau cucian kering.

Antara petua yang dikongsi Kak Jah:
Ø  Batik sutera seelok-eloknya dicuci dengan tangan menggunakan sabun khas.
Ø  Selepas dicuci baju digantung dan disidai di tempat berangin dan terlindung daripada pancaran matahari.  
Ø  Pakaian batik tidak sesuai dibasuh menggunakan mesin kerana ia boleh merosakkan tekstur kainnya yang lembut dan juga melunturkan warna. 
Ø  Bagi memudahkan kerja menggosok pakaian batik, semburkan air yang dicampurkan dengan sedikit pelembut kain dan biarkan selama setengah jam sebelum digosok.

Selamat mencuba. BK

Isnin, 3 Oktober 2011

MAJLIS RUMAH TERBUKA KRAFTANGAN MALAYSIA

Majlis Rumah Terbuka Kraftangan Malaysia telah diadakan pada 24 September 2011 (Sabtu). Majlis ini diserikan dengan kahadiran Pengerusi baru Kraftangan Malaysia, Yang Berbahagia Dato' Sohaimi Shahadan.
Setiap bahagian perlu menyediakan menu istimewa masing-masing. Bahagian Komunikasi Korporat yang diketuai oleh Encik Misroni bin Haji Sulaiman telah menyediakan sup kambing sempena rumah terbuka kali ini. Terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakan program ini.. =)