Rabu, 29 Januari 2014

PERTANDINGAN BINTANG HARI KRAF KEBANGSAAN 2014

Pertandingan Bintang HKK2014 merupakan pertandingan nyanyian yang boleh disertai para pengunjung yang hadir semasa Hari Kraf Kebangsaan 2014. Aktiviti ini telah memasuki tahun keempat penganjurannya. Pertandingan Bintang HKK2014 ini diadili oleh juri - juri profesional. Penyertaan percuma dan semua dijemput. 
Sesi ujibakat akan diadakan pada 1 dan 2 Mac 2014 (Sabtu & Ahad) bermula pukul 2.00 hingga 6.00 petang.
Pertandingan akhir pula akan diadakan pada 8 Mac 2014 (Sabtu) pada pukul 8.00 malam. 
Para pemenang bakal membawa pulang hadiah lumayan iaitu:-
  • Tempat pertama - RM3,000.00
  • Tempat kedua    - RM2,000.00
  • Tempat ketiga    - RM1,000.00
  • Saguhati            - RM500 x 5 orang pemenang

Khamis, 23 Januari 2014

TAKZIAH


Bahagian Komunikasi Korporat, Kraftangan Malaysia mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Basir bin Kassim, anggota kerja Institut Kraf Negara yang telah ke rahmatullah pada pagi 23 Januari 2014 bersamaan 21 Rabiulawal 1435H di Hospital Selayang. Semoga diampuni segala dosanya dan ditempatkan dikalangan hambaNya yang terpilih. Al-Fatihah 

Jumaat, 3 Januari 2014

PERTANDINGAN MELUKIS & MEWARNA KL XTRA


TARIKH  : 5 JANUARI 2014 (AHAD)
MASA      : 8.00 PAGI - 1.00 PETANG
TEMPAT : KOMPLEKS KRAF KUALA LUMPUR, JALAN CONLAY

SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN 

  1. Peserta dibahagi kepada 3 kategori  - 4-6 tahun, 7-9 tahun, 10-12 tahun
  2. Peserta-peserta diwajibkan membawa peralatan mewarna sendiri dan boleh menggunakan pensil warna atau krayon. Warna air adalah tidak dibenarkan. Peralatan mewarna tidak akan disediakan oleh pihak penganjur
  3. Bagi kategori 4-6 tahun, peserta dibenarkan mewarna dengan ditemani seorang dewasa
  4. Peserta dikehendaki menulis nama penuh, alamat, umur, no telefon, no surat beranak dan kategori anda dibelakang kertas lukisan.
  5. Pendaftaran peserta adalah pada hari pertandingan dari jam 7.30 pagi - 8.30 pagi. Pendaftaran awal tidak dibenarkan.
  6. Keputusan pengadil adalah muktamad
  7. Sebarang pertaanyaan, sila hubungi di talian 03-26123500 ext 3534/3535 (Encik Mohd Faizal bin Kasmon @ Hafizah bt Saad