Khamis, 30 April 2015
HARI PEKERJA 2015
Sambutan Hari Pekerja peringkat kebangsaan bagi tahun 2015 pada akan diadakan pada 1 Mei 2015 (Jumaat) di Borneo
Convention Centre, Kuching (BCCK) Sarawak. Majlis akan disempurnakan oleh YAB Dato' Sri Mohd. Najib Bin Tun Haji Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia yang akan menyampaikan Amanat Khas Hari Pekerja 2015 serta seterusnya menyampaikan Anugerah Hari Pekerja Tahun 2015. Tema Hari Pekerja pada tahun ini adalah “Pekerja
Sihat Produktiviti Meningkat”.
Selamat Hari Pekerja kepada semua rakyat Malaysia khususnya anggota kerja Kraftangan Malaysia di seluruh negara.
Rabu, 29 April 2015
Selasa, 28 April 2015
SENARAI PROMOSI KRAF MALAYSIA 2015 (April-Jun)
Orang ramai dijemput menghadiri Promosi Kraf Malaysia 2015 yang sedang dan bakal berlangsung di seluruh negara. Temui usahawan-usahawan kraf dari pelbagai bidang seperti tekstil, hasil rimba, logam, seramik dan aneka kraf. Jangan ketinggalan, datanglah beramai-ramai..
22 April - 3 Mei 2015 : Great Eastern Mall, KL
24 April - 3 Mei 2015 : Merdeka Plaza, Kuching
24 April - 3 Mei 2015 : Landmark Mall, Kulim Kedah
30 April - 9 Mei 2015 : Mesra Mall, Terengganu
1 - 10 Mei 2015 : Angsana Johor Bahru Mall
16 Mei - 1 Jun 2015 : Suria Sabah
20 - 31 Mei 2015 : Emcorp Strand Mall, Selangor
12 - 17 Mei 201 : The Curve, Damansara
28 Mei - 6 Jun 2015 : KB Mall Kelantan
Sabtu, 25 April 2015
Khamis, 9 April 2015
HARI KRAF KEBANGSAAN 2015
Hari Kraf Kebangsaan 2015 dengan membawa tema "Eco-Kraf Pelaburan Kesejahteraan" bermula 26 Mac hingga 7 April 2015 bermula jam 10.00 pagi hingga 10.00 malam di Kompleks Kraf Kuala Lumpur. Penganjuran Hari Kraf Kebangsaan 2015 pada tahun ini disertai seramai 638 orang usahawan kraf dari seluruh negara.
Antara aktiviti menarik yang diadakan pada tahun ini seperti Buskers Challenge, Pertandingan Ukiran Buah-Buahan dan Sayuran, Demonstrasi Masakan Tradisional, Pertandingan Dikir Barat, Pertandingan Ayam Serama, Pertandingan Selfie@HKK, Si Comel Meow @HKK15, Ceramah agama, Kursus Pra Perkahwinan, Mini Perkampungan Orang Asli Mah Meri Pulau Carey, Bengkel Sulaman Manik Bunga dan Manik Tambour, Bengkel Teknik penggayaan Tudung, Pertunjukan Telekung, Bicara Kreatif dan banyak lagi.
Terima kasih kepada usahawan yang menyertai HKK 2015 dan pengunjung yang hadir memeriahkkan suasana. Jumpa lagi tahun hadapan!
Ceramah agama oleh Uztazah Sii Norbahyah |
Peserta pertandingan "Selfie@HKK" |
Pemenang Pertandingan Produk Terbaik sempena Hari Kraf Kebangsaan 2015 |
Hasil kerja Pertandingan Ukiran Buah dan Sayuran |
Aksi kucing sempena "Si Comel Meow @HKK2015" |
Pertamdingan ayam serama |
Pertandingan Dikir Barat |
Perkampungan mini Mahmeri, Pulau Carey |
Konsert Masihkah Kau Ingat : Yankee-Yankee |
Rabu, 8 April 2015
PERTANDINGAN DIKIR BARAT & BUSKERS CHALLENGE SEMPENA HKK2015
Pertandingan ini diadakan sebagai salah satu aktiviti galakan pengunjung sempena memeriahkan Hari Kraf Kebangsaan 2015 yang berlangsung pada 26 Mac hingga 7 April 2015 di Kompleks Kraf Kuala Lumpur yang lalu.
Pertandingan Dikir Barat melibatkan 11 kumpulan yang datangnya dari Kelantan, Terengganu, Pahaang dan Kuala Lumpur. Daripada jumlah tersebut sebanyak 5 kumpulan terpilih ke peringkat akhir. Pertandingan ini diadili oleh barisan juri daripada ASWARA, RTM, Persatuan Dikir Barat dan Kratangan Malaysia.
SENARAI PEMENANG PERTANDINGAN DIKIR BARAT :PERTAMA (RM7,000) - Gemersik Alam
KEDUA (RM5,000) - Kumpulan Dikir Hulubalang Sultan Mizan (IPG Kampung Sultan Mizan)
KETIGA (RM3,000) - Warisan Sri Pujangga (Universiti Malaysia Pahang)
SAGUHATI x2 (RM1,000) -Balong Mas & Warisan Seni Samudra
Buskers Challenge melibatkan penyertaan 30 kumpulan yang datangnya dari Kuala Lumpur, Selangor, Ipo, Pulau Pinang dan Johor. Objektif acara ini untuk memberi peluang kepada anak muda menyampaikan kreativiti ciptaan muzik, menggalakkan pertumbuhan komuniti buskers ke arah lebih berkualiti di samping memeriahkan Hari Kraf Kebangsaan 2015. Kesemua kumpulan ini diuji pada peringkat saringan yang diadakan selama 3 hari pada 30, 31 mac dan 1 April 2015 di lokasi khas sekitar Kompleks Kraf Kuala Lumpur untuk slot busking. Dari jumlah tersebut, seramai 5 kumpulan terpilih ke peringkat akhir pada 3 April 2015.
SENARAI PEMENANG BUSKERS CHALLENGE : BUSKERS TERBAIK (RM3,000) - The Kodox's (KL)
BUSKERS PILIHAN (RM3,000) - Big Groove Buskers (Perak)
BUSKERS GAYA KREATIF (RM3,000) - Sentuhan (KL)
SAGUHATI x 2 (RM300) - One Avenue Buskers (JB) & Meet The Plumber (KL)
Selasa, 7 April 2015
ANUGERAH CITRA DEWANGGA
Buat julung kalinya dalam lipatan sejarah kraf negara, Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia telah memperkenalkan sebuah anugerah khas iaitu Anugerah Citra Dewangga. YABhg. Datin Paduka Seri Rosmah Mansor, Isteri YAB Perdana Menteri Malaysia, menjadi penerima pertama anugerah ini. Penyampaian anugerah telah disempurnakan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Dr Ong Hong Peng pada 6 April 2015 di Kompleks Kraf Kuala Lumpur yang lalu.
Citra Dewangga yang membawa maksud seseorang yang mempunyai kedudukan yang tinggi, berpenampilan menarik dan mempromosikan kraf tekstil di dalam dan luar negara sehingga dapat menonjolkan ciri-ciri keindahan seni pembuatan kraf tekstil tempatan.
Pemilihan YABhg. Datin Paduka Seri Rosmah Mansor adalah berdasarkan sumbangan dan jasa beliau memartabatkan serta memperjuangkan seni kraf tempatan khususnya kraf tekstil yang menjadi seni karya kebanggaan negara. Sokongan ini sentiasa di gambarkan dalam ucapan-ucapan beliau semasa menyertai aktiviti dan program-program bersama Kraftangan Malaysia.
Trivia penerima Anugerah Citra Dewangga telah dibacakan oleh Tuan Haji Misroni bin Haji Sulaiman, Pengarah Bahagian Komunikasi Korporat Kraftangan Malaysia. Malam penganugerahan ini turut diserikan dengan peragaan fesyen batik dan tenun dari usahawan batik dan pereka-pereka fesyen tempatan yang dijayakan bersama oleh Yang Berbahagia Datuk Radzuan Radzwill
Langgan:
Catatan (Atom)